Confused

0 0 0
                                    

Zuri tidak percaya dengan apa yang baru saja dia lihat sebentar tadi. Patutlah Dean tak reply chat dia dari pagi tadi. Rupa-rupanya Dean sedang sibuk shopping dengan seorang wanita berumur antara late 20's to early 30's.

Berambut panjang berwarna hitam, berkulit cerah, memiliki bentuk badan yang cantik dan orangnya agak tinggi. Wajah wanita itu tidak kelihatan kerana dalam posisi membelakangi Zuri.

Nafas Zuri turun naik menahan marah apatah lagi dia melihat Dean melingkari tangannya dipunggung wanita itu. Mereka kelihatan sangat mesra.

Zuri tidak dapat mengawal emosinya lagi. Perkara ini tidak dapat dibiarkan sahaja kerana sudah dilihat oleh mata kepala Zuri sendiri tanpa perlu bukti untuk menyerang Dean dan wanita itu.

Dengan pantas Zuri melangkah ke arah Dean dan wanita itu. Kenapa langkahnya terasa sangat berat. Dia cuba untuk melangkah dengan lebih cepat tetapi langkahnya seakan akan terhalang. Belum sempat dia tiba di mana Dean dan wanita itu berada Dean sudah menoleh.

Dean tersenyum sinis memandang Zuri. Perasaan geram dan marah semakin membuak buak. Dia menjerit sekuat hatinya tetapi suaranya tidak keluar. Jantungnya berdetak kencang. Nafasnya semakin laju.

Tiba-tiba dia tersedar. Rupa-rupanya dia hanya bermimpi. Wajahnya dibasahi peluh. Nafasnya masih laju. Detak jantung masih terasa. Dia berpaling ke sebelah. Dean tidur dengan sangat nyenyak, berdengkur lagi tu.

Zuri menarik nafas yang dalam. Kerana mesej Amber dia mengalami mimpi begitu. Zuri bangkit dari katil. Dia melirik jam dinding. Pukul 4 pagi.

Dia berjalan masuk ke bilik air untuk mencuci muka kemudian ke dapur untuk mendapatkan segelas air sejuk. Kini dia merasa lebih tenang.

Dia kembali ke bilik dan segera mendapatkan hp Dean. Tiada mesej baru masuk. Mesej dari Amber dibuka. Masih mesej yang sama tadi. Dia meletakkan kembali hp ke atas meja kecil tadi. Wajah Dean ditenung seketika.

Apa yang sedang dia sembunyikan ya? Bisik Zuri dalam hati. Dia sangat mengenali Dean. Bukan sehari dua mereka sudah bersama. Sudah 15 tahun berkahwin. Baik buruk, kelebihan dan kekurangan diterima. Selalunya Dean tidak akan menyembunyikan apa-apa darinya apatah lagi kalau ada wanita lain cuba mendekatinya. Dean sangat pantang kalau terjadi benda macam tu. Oleh itu, Zuri sangat-sangat percaya kepada suaminya.

Zuri kembali ke katil dan mengeluh panjang. Dia bercadang untuk menunggu Dean sendiri spill the beans siapa Amber dan kenapa dia mencari Dean. Zuri memberi peluang sehingga mereka kembali ke tanah air in another 3 days lagi.

Tidak mengambil masa yang lama, Zuri kembali terlelap.

*  *  *

Zuri memandang skrin hpnya dengan pandangan yang kosong. Mesej dari Kensuke 15 minit yang lalu belum berbalas. Entah mengapa sejak dia tahu tentang mesej antara Amber dan Dean, dia merasa hidupnya berubah sekelip mata. Dia merasa hilang motivasi.

Zuri tersentap apabila hp nya berdering. Panggilan dari Kensuke. Dengan malas Zuri menjawab panggilan Kensuke.

📞Kensuke : Zuri.. Hi, how are you?

📞Zuri: hi, I'm ok.. I guess..

📞Kensuke: Why do you sounds like you are soo not good?

Zuri mengeluh. Dia tidak tahu bagaimana nak menjelaskan apa yang dia rasa.

📞Kensuke: I'm sorry for bugging you. If you need time to be alone, please tell me. I will end this call..

📞Zuri: I don't know.. I just.. (Mengeluh lagi)

📞Kensuke: Talk to me..

Tiba-tiba air mata hangat mengalir di pipi Zuri. Kata-kata Kensuke tadi betul-betul mengusik jiwanya. Dia tidak dapat menahan emosinya.

Defeated To HerWhere stories live. Discover now