Empty heart in Bangkok

2 0 0
                                        

Kensuke berdiri di hadapan tingkap besar bilik hotelnya, memandang sayu ke arah langit mendung di luar. Sudah dua hari dia tiba di tanah air, namun hatinya masih gelisah.

Sejak tiba, dia langsung tidak dapat menghubungi Catlyn, wanita yang selama ini menjadi sumber kekuatan dan inspirasi hidupnya.

Sesekali wujud wajah Zuri di benaknya namun dia cuba sedaya upaya untuk tidak pergi jauh kerana dia tidak mahu menjadi orang ketiga di pihak Zuri. Cukuplah dengan wujudnya orang ketiga di pihak Dean.

Lagipun, sekembalinya dia lunch bersama Zuri tempoh hari, Zuri tidak membalas whatsapp nya. Seperti apa yang Zuri katakan sebelum mereka kembali ke hotel masing-masing, "I might be nowhere to be found until I found myself again,"

Kensuke agak tersentap dengan apa yang Zuri katakan ketika itu tetapi dia faham, Zuri sedang bergelut dengan emosi dan kekecewaan dan siapalah dia untuk masuk campur urusan rumah tangga orang.

Kensuke menerima kata-kata Zuri itu dengan pasrah.

Dia mengangguk perlahan dan Zuri segera masuk ke dalam Limousine hitam berkilat tanpa menoleh kebelakang lagi.

Kensuke mengeluh panjang. Mungkin lebih baik dia menjauhkan diri buat masa ni untuk mengelakkan ketegangan dalam rumah tangga Zuri menjadi lebih buruk.

Catlyn..

Dia sudah cuba pelbagai cara untuk menghubungi Catlyn. Menghantar pesanan teks, menelefon, dan bahkan menghubungi pejabat tempat Catlyn bekerja. Namun jawapannya tetap sama, "Catlyn sedang berada di luar negara."

"Dia sekarang adalah duta produk kecantikan Skinz," kata salah seorang rakan sekerja Catlyn ketika Kensuke cuba mendapatkan maklumat lanjut.

"Skinz?" Kensuke mengerutkan dahi. Nama itu tidak asing baginya. Produk kecantikan itu sedang menjadi fenomena di media sosial. Setiap kali dia melayari internet, pasti ada iklan atau ulasan tentang keajaiban Skinz. Namun dia tidak menyangka Catlyn terlibat dalamnya.

Kensuke mengeluh panjang. Hatinya bergolak antara kecewa dan risau. Dia tahu kerjaya Catlyn sebagai hos tempatan dan kini telah di promosi ke ahli pemasaran sering membawanya ke luar negara, tetapi kali ini terasa berbeza.

Catlyn biasanya akan memaklumkan keberadaannya, walaupun hanya dengan pesanan ringkas.

Dia mengambil telefon bimbitnya, meneliti sekali lagi senarai panggilan dan pesanan teks yang tidak berbalas. "Catlyn, where have you been?" bisiknya perlahan.

Hatinya mengimbau kenangan saat pertama kali dia bertemu Catlyn tiga tahun lalu. Catlyn adalah wanita yang bersemangat dan penuh karisma, seorang yang mampu mengubah suasana suram menjadi ceria hanya dengan senyumannya.

Kensuke yang ketika itu baru pulih daripada kekecewaan besar dalam hidupnya, merasa seperti menemukan cahaya dalam kegelapan.

Mana tidaknya, dia dikecewakan oleh teman wanitanya yang sudah 3 tahun bersama akhirnya menjadi tunangan orang. Bukan itu sahaja, di squad lama bakatnya tidak pernah diberi perhatian malah sering diperlekehkan dan seringkali menjadi pemain simpanan sahaja.

Hidupnya seolah olah tiada masa depan. Dia bukanlah pelajar cemerlang di zaman persekolahan. Keputusan ujian setiap tahun cukup makan saja.

Oleh kerana minat yang mendalam terhadap game MOBA, dia mencuba nasib mengetengahkan dirinya dan nasib menyebelahinya ketika itu dan dia di pilih masuk ke dalam satu team namun rezeki nya bukan pada team itu.

Begelut dalam dilemma selama 2 tahun didalam team itu akhirnya dia menerima tawaran dari Crypstar Fortress dan bermula disitulah rezeki nya tidak putus sehingga ke hari ini.

Defeated To HerStories to obsess over. Discover now