As a young gaming champion takes on the challenges of the virtual battlefield, he finds himself plunged into an emotional maelstrom after falling head-over-heels for a striking millionaire's wife, testing the limits of loyalty, desire, and the quest...
Degupan pada jantung Kensuke semakin laju. Sekian lama sudah tidak bersua dengan Caitlyn, hari ini adalah hari pertemuan mereka. Dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya-gabungan antara gembira, resah, dan rindu yang bertaut menjadi satu.
Sebulan telah berlalu dan hari ini Caitlyn akan tiba di tanah air. Sejak panggilan dan mesejnya di-unblock, mereka telah kembali berkomunikasi, tetapi Kensuke dapat merasakan perbezaan. Mesej-mesej Caitlyn terasa lebih formal, kurang ceria seperti dahulu. Namun, dia memilih untuk tidak mempersoalkan perkara itu.
Dia membaca semula mesej terakhir Caitlyn. "My arrival time is around 3 pm. See you tomorrow,"
Kensuke melirik jam tangannya. Pukul 3 sudah menghampiri, dan dia berdiri tegak di kawasan ketibaan lapangan terbang. Suasana sibuk di sekelilingnya tidak dapat mengalihkan perhatian dari pintu ketibaan.
Dia menarik nafas panjang dan berbisik pada dirinya, "Calm down, Kensuke. She is still the same Caitlyn,"
Lima minit berlalu. Kelibat Caitlyn belum muncul. Penumpang lain yang sama penerbangan dengannya sudah keluar dengan wajah gembira bertemu keluarga atau teman mereka. Kensuke mengimbas wajah setiap wanita yang keluar, mencari sosok yang dirindui.
Akhirnya, selepas sepuluh minit berlalu, dia melihat Caitlyn. Dia hampir tidak mengenali wanita itu. Caitlyn kelihatan sangat elegan, persis seorang model dengan blouse putih tanpa lengan yang menonjolkan lekuk tubuhnya. Wajahnya bersinar, rambutnya terurus rapi, dan ada sesuatu yang sangat berbeza.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kensuke terpaku. Catlyn yang berada di hadapannya tidak lagi seperti Catlyn yang dia kenal dulu.
Catlyn adalah gadis yang sederhana dan ceria. Namun, senyuman Catlyn masih sama. Itu yang membuat Kensuke yakin, ini memang wanita yang dicintainya.
Saat Catlyn menghampiri, Kensuke segera memeluknya erat. "I miss you, baby!" katanya dengan penuh emosi.
Catlyn tertawa kecil dan membalas pelukan itu, tetapi dia tidak berkata apa-apa.
"Let me take that," kata Kensuke sambil menyambut luggage yang ditolak Catlyn dengan troli. "Let's go, baby."
Dalam perjalanan ke kereta, Kensuke mencuri pandang wajah Catlyn di sebelahnya. Hatinya berdebar lebih kuat. Dia tidak mahu bertanya, tetapi soalan itu seperti tidak dapat dibendung.
"My beautiful girl," katanya sambil mengusap pipi Caitlyn dengan lembut.
Catlyn tersenyum manja. "Do you see any difference?"
Kensuke mengangguk perlahan, matanya tidak berganjak dari wajah Catlyn. "Yes... you did it?"
Catlyn menghela nafas pendek, seolah-olah telah menjangkakan soalan itu. "Yes, I did. Do you like it?"
Kensuke memalingkan pandangan ke jalan di hadapannya. Dia mengambil masa untuk menjawab, berfikir dengan hati-hati. "It's... different. But why, Catlyn? You were already perfect to me."
Catlyn diam sebentar, memandang ke luar tingkap. "I've always wanted this, Kensuke. Even before I met you. It's not about you; it's about me. I wanted to feel confident in my own skin."
Catlyn tersenyum kecil, namun ada sedikit kegelisahan di matanya. "I wasn't sure how you'd react, Kensuke. That's why I didn't say much about it after Paris."
Kensuke memandang jalan di hadapannya, tangannya menggenggam stereng dengan sedikit kuat. "I know... You told me about it last time... I just didn't expect to see your new look today," balasnya, suaranya sedikit bergetar.
Catlyn menghela nafas perlahan, cuba membaca reaksi Kensuke. "It's still me, Kensuke. Nothing's changed, except for how I look. I hope you can see that."
Kensuke tidak menjawab dengan segera. Dia cuba mencari kata-kata yang tepat, tetapi fikirannya bercelaru. "It's not about whether I recognize you or not, Catlyn. It's just... I loved how you were before. You didn't need to change for anyone-not for me, not for the world."
"It wasn't for anyone," Catlyn membalas tegas namun lembut. "This was for me. It's something I've wanted for so long, something I felt would help me feel more confident about myself. I don't regret it."
Mata Kensuke sesekali melirik ke arah Catlyn, tetapi dia tidak mahu membiarkan emosinya menguasai diri. "I get that... and I'm happy if this makes you happy. But it feels like I'm meeting someone new, Catlyn. It's... overwhelming."
Catlyn tertawa kecil, cuba mencairkan suasana. "You'll get used to it. I promise I'm still the same Catlyn who loves tea more than coffee and cries during every sad movie we watch."
Kensuke tersenyum tipis, tetapi hatinya masih terasa berat. Dia tahu dia perlu menerima Catlyn sepenuhnya, tetapi perubahan yang drastik ini memerlukan masa untuk dihadam.
Setibanya mereka di sebuah kafe kecil yang menjadi tempat kenangan mereka berdua, Kensuke menarik nafas dalam-dalam dan memutuskan untuk jujur. "Catlyn, I don't want you to think I'm not supportive. I love you-then and now. But I hope you understand if I need some time to adjust. This is new for me too."
Catlyn menggenggam tangan Kensuke dari seberang meja, menatapnya dengan penuh kasih. "I understand, Kensuke. I just need to know that you're still here with me. That's all I need."
Kensuke mengangguk perlahan. "I'm here, baby ft. I'll always be here."
*****
Malam itu, Kensuke masih tidak dapat memejamkan matanya. Deruan pendingin udara yang biasa menemaninya terasa sunyi, seolah-olah mencerminkan kekosongan dalam fikirannya. Di sebelahnya,
Catlyn sudah lama lena, nafasnya perlahan dan teratur.
Kensuke berbaring di sisi, matanya tidak lepas menatap wajah Catlyn. Dia mengambil masa memerhati setiap inci wajah wanita yang dicintainya.
Hidung yang kini lebih mancung, rahang yang lebih tirus, dan bibir yang sedikit berbeza bentuknya. Semuanya sempurna seperti yang diinginkan Catlyn, tetapi hati Kensuke terasa seolah-olah dia sedang melihat seseorang yang asing.
Dia berbisik perlahan, hampir kepada dirinya sendiri, "Catlyn... you're still you, right?"
Dalam kegelapan bilik itu, soalan tersebut terasa seperti melayang tanpa jawapan. Kensuke cuba meyakinkan dirinya bahawa perubahan pada wajah Catlyn tidak mengubah siapa wanita itu di dalam. Tetapi bayangan Catlyn yang dulu tidak henti-henti menghantui fikirannya.
Dia terkenang kembali saat pertama kali mereka bertemu-Catlyn yang tersipu malu ketika tersenyum, wajahnya yang sederhana namun memancarkan keikhlasan. Kensuke jatuh cinta bukan kerana kecantikannya, tetapi kerana kehangatan dan kesederhanaan itu.
"Am I being selfish?" Kensuke berbisik lagi, matanya masih menatap Catlyn yang sedang tidur. "You did this for yourself... and I should be happy for you. But why does it feel so hard?"
Kensuke menghela nafas panjang. Dia tidak mahu menjadi lelaki yang hanya mencintai penampilan, tetapi perubahannya membuat dia merasa kehilangan sesuatu yang penting-sesuatu yang pernah menjadi ciri istimewa Catlyn dalam hatinya.
Dia mengusap rambut Catlyn dengan lembut, tidak mahu membangunkan wanita itu. "No matter what, I'll stay by your side," katanya perlahan. Walaupun masih ada kekeliruan di hatinya, Kensuke tahu cinta mereka lebih besar daripada wajah baru Catlyn.
Malam itu, Kensuke memejamkan matanya dengan keputusan yang dia akan belajar menerima Catlyn yang baru, kerana hatinya tetap milik Catlyn, bukan wajahnya.