JAM di dinding menunjukkan 6.45 pagi. Fauzan sudah bersiap untuk keluar ke tempat kerja. Seperti kebiasaan, jika isterinya, Azlina bekerja pada shift siang, dia akan menghantar anak keduanya yang berusia 6 tahun ke Tadika dahulu sebelum dia ke tempat kerja. Anak sulung dan anak bongsunya pula akan dibawa bersama oleh isterinya dan di hantar ke rumah pengasuh sebelum isterinya itu ke tempat kerja. Ini kerana rumah pengasuh anak-anak mereka adalah satu jalan dengan kilang tempat isterinya bekerja.
"Kakak, kakak dah siap belum tu?" Laung Fauzan perlahan kepada anak keduanya itu sambil tangannya mencapai kunci kereta dan kunci rumah di tempat gantungan kunci di sebelah pintu utama rumahnya.
"Dah pa." Pendek anak keduanya itu, Nabila menjawab. Fauzan menoleh ke arah anaknya. Kelihatan Nabila yang berbaju seragam Tadikanya berjalan ke arahnya. Satu beg digalas di belakang dan satu beg bekal dipegang dengan tangan kanannya. Comel dia melihat satu-satunya anak perempuannya itu.
"Ok dah, jom kita gerak." Balas Fauzan kepada anaknya sambil tangannya membuka pintu rumah. "Pakai selipar kakak cepat" arah Fauzan selepas dia menutup pintu utama rumah dan menguncinya, grill besi rumahnya pula dibuka. Giliran Fauzan pula menyarungkan kasutnya setelah anaknya itu selesai memakai selipar dan keluar menunggunya di koridor rumah.
Setelah dia yakin semua barang-barang penting sudah di ambil, Fauzan melangkah keluar ke koridor utama rumahnya. Pintu grill rumah apartmentnya itu ditutup semula. Sedang dia mengunci, terdengar jiran bertentangan rumahnya membuka pintu utama dan menutup kembali. Terdengar pintu grill pula dibuka.
Fauzan selesai mengunci pintu grill rumahnya. "Baru nak pergi kerja ke tu?" Tegur Fauzan kepada jirannya itu sekadar untuk bertegur sapa sesama jiran. "Ha ah." Pendek jirannya itu, wanita yang kelihatan sebaya Fauzan menjawab. "Baiklah, kami gerak dulu ye, jom kakak." Balas Fauzan lalu mula mengatur langkah ke arah lift bersama Nabila. "Ok." Jawab jirannya itu pendek, sambil tersenyum.
Fauzan berdiri tegak menunggu lift di hadapan tiba di arasnya. Anaknya juga berdiri disebelahnya turut sabar menunggu. Rumah apartment yang dibelinya sekitar 2 tahun lepas itu berada di aras 15. Satu aras mempunyai 13 unit rumah dan rumahnya adalah unit yang paling hujung sekali. Setiap kali hendak keluar, dia dan keluarganya perlu turun ke aras 5 kerana kereta Fauzan parkir di aras itu.
Sedang Fauzan menunggu, terdengar olehnya daun pintu yang menghubungkan di antara ruang legar lift dengan koridor utama ditolak seseorang. Muncul Diana, jiran hadapan rumah Fauzan dari sebalik pintu itu. "Eh, tak turun lagi?" Soal Diana tersenyum. "Belum, tak sampai lagi lift ni. Ramai orang agaknya ni. Biasala pagi-pagi macam ni." Jawab Fauzan. Anaknya yang berdiri disebelah hanya tersenyum memandang Diana. "Betul juga tu." Ringkas Diana menjawab. "Seorang je ke. Mana Danial?" Soal Fauzan sekadar untuk memecah kesunyian setelah berdiam beberapa ketika. "Oh Danial outstation, saya seorang je la ni." Diana menjawab soalan Fauzan itu. Beberapa ketika, lift yang ditunggu mereka sampai. Kelihatan sudah ada penghuni lain didalam lift itu ketika pintu lift terbuka.
"Masuk la dulu" Fauzan tersenyum memberi ruang untuk Diana masuk ke dalam lift. Diana hanya menundukkan kepala sedikit tanda terima kasih lalu melangkah masuk. Fauzan turut melangkah masuk bersama anaknya selepas itu. Bau aroma wangian yang dipakai Diana menusuk hidung Fauzan. "Aduhai, pagi-pagi dah buat orang rasa stim. Dah la cantik, wangi menggoda pulak tu" Fauzan berkata-kata di dalam hati.
Sewaktu Diana melangkah masuk ke ruang legar lift tadi, Fauzan sudah perasan akan kecantikan jirannya itu. Orangnya yang hampir sama tinggi dengannya. Berkulit agak putih dan mempunyai susuk tubuh yang tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk. Sesedap mata memandang. Diana pula mengenakan kemeja berlengan panjang berwarna biru lembut yang sedikit mengikut bentuk tubuh dan skirt labuh berwarna hitam serta dipadankan dengan tudung berwarna sama menaikkan lagi kecantikannya. Cara pemakaian yang menarik minat Fauzan.
Pintu lift terbuka di aras 5. Fauzan melangkah keluar bersama anaknya, Nabila dituruti Diana kerana parkir kerata Diana juga berada di aras yang sama. "Jarang juga ye nampak Danial" Fauzan memulakan bicara. Sekadar menunjuk ramah terhadap jirannya itu. Sudah dua tahun Fauzan dan keluarganya berpindah ke apartment itu, tidak dinafikan hanya sesekali sahaja dia terserempak dengan Danial, jirannya itu. "Oh, Danial sebenarnya kerja offshore. Memang jarang dia ada dekat sini. Kadang sebulan atau dua bulan je dia balik, lepas tu kena pergi balik. Kadang-kadang tu tiga empat bulan baru balik semula. Tadi saya cakap dia outstation sebab tu je jawapan senang. Hehehe. Kalau tak panjang kena explain" jawab Diana yang berjalan seiring dengan Fauzan. Fauzan hanya tersenyum membalas. "Ok lah, saya gerak pergi kerja dulu ya" sambung Diana apabila mereka tiba di depan keretanya. "Ok" pendek Fauzan membalas , turut melangkah ke arah petak parkir keretanya yang bertentangan dengan parkir Diana.
Fauzan melangkah masuk ke dalam kereta apabila dia sudah memastikan anaknya itu juga telah masuk lalu menutup pintu kereta. Enjin dihidupkan dan dia menunggu seketika untuk memanaskan enjin keretanya. "Pin" terdengar bunyi hon kereta dibunyikan. Lantas Fauzan mengangkat tangan dan tersenyum apabila dia melihat kereta Diana sudah bergerak meninggalkan parkir untuk ke tempat kerja.
Patutlah Fauzan jarang sekali bertemu dengan Danial, jirannya itu. Fauzan hanya sesekali terserempak dengan Danial dan hanya kenal kerana mereka berada dalam satu 'group WhatsApp' untuk block apartment mereka. Fauzan tidak menyangka yang jirannya itu berkerja dalam bidang 'offshore'.
Gear kereta dimasukkan dan perlahan-lahan Fauzan bergerak meninggalkan parkir untuk menghantar anaknya ke Tadika seterusnya ke tempat kerjanya.
YOU ARE READING
Fantasi Keluarga Mentua
FantasyCerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja ditukarkan dan mungkin 'sidekick characters' sahaja yang menggunakan nama sebenar. Ada juga watak-wata...