Chapter 7

17.8K 99 2
                                    

KINI sudah hampir dua bulan Atiqah tinggal dirumah kakak sulungnya,Azlina. Dia merasakan lebih selesa tinggal disini berbanding rumah kakak keempatnya, Afiyah.

Ini mungkin kerana abang iparnya, Fauzan lebih menghormatinya jika dia berada di rumah. Pernah hanya beberapa kali sahaja dia terserempak dengan abang iparnya itu, memakai tuala. Itu pun sekadar keluar sebentar mencari pakaian yang mungkin tidak dilipat kakaknya, kemudian segera masuk ke bilik tidurnya dan keluar kembali dengan berpakaian lengkap.

Atiqah tidak begitu pasti sama ada itu memang sifat abang iparnya atau sekadar menghormatinya ketika dia berada di rumah. Disebabkan itu, Atiqah juga lebih selesa keluar dari biliknya dan melayan kerenah anak-anak saudaranya jika dia berkelapangan, tidak kira sama ada kakaknya ada dirumah atau di tempat kerja. Seperti kebiasaan, jika dia keluar dari bilik, dia akan memakai pakaian yang sopan, baju berlengan panjang dan tracksuit serta bertudung. Tidak pernah dia keluar dari bilik dengan keadaan freehair.

Bagi Atiqah, abang iparnya itu, Fauzan juga mempunyai personaliti yang baik dan karakter bapa yang penyayang. Dia tahu dan faham akan tanggungjawabnya. Dengan keadaan isterinya yang bekerja giliran shift, Atiqah lihat Fauzan tiada masalah untuk menguruskan rumah dan juga anak-anaknya yang seramai tiqa orang itu. Tidak seperti suami kakaknya, Afiyah yang serba serbi diuruskan oleh isterinya.

Jika Azlina berkerja shift malam, Fauzan hanya menguruskan anak-anaknya sahaja, mandi, tukar pakaian tidur, makan malam dan tidur. Ini kerana isterinya sudah siapkan makanan untuk mereka sebelum pergi kerja. Manakala jika Azlina berkerja pada shift siang pula, Fauzan akan mengambil alih untuk memasak, manakala Azlina akan menguruskan anak-anak. Jika pada hari itu, Azlina terlalu letih dek kerana kerja yang banyak, Fauzan akan menguruskan semua dari memasak termasuk anak-anak. Atiqah melihat kakak dan abang iparnya itu saling membantu tugas masing-masing sebagai pasanagn suami isteri.

Ini membuatkan Atiqah lebih menghormati abang iparnya itu sekarang. Mudah sahaja untuk dia mengikut apa yang diminta oleh abang iparnya itu jika abang iparnya memerlukan pertolongan darinya. Tanpa Atiqah sedar, sedikit sebanyak dia sudah sayangkan abang iparnya itu. Sayang sebagai seorang abang, kerana walaubagaimanapun, Fauzan tetap suami kepada kakaknya, Azlina.

                                    * * * * * *
"Cik Iqa, papa ajak makan" laung Iskandar, anak sulung Fauzan berdiri dihadapan pintu bilik Atiqah. Pintu diketuk perlahan beberapa kali. "Sekejap" Atiqah menjerit kecil menjawab panggilan anak saudaranya.

Iskandar kembali ke meja makan mengambil tempat duduk. Adik-adiknya pula sudahpun duduk di meja makan sedari tadi. Fauzan sedang melayan kerenah anak bongsunya. Tidak beberapa lama kemudian, Atiqah keluar dari bilik dan menapak ke meja makan. "Jom makan sekali Iqa" ajak Fauzan memandang sekilas adik iparnya itu. Seperti biasa, Atiqah mengenakan baju t-shirt berlengan panjang dan tracksuit beserta tudung. Fauzan mengambil tempat berhampiran anak bongsunya, senang untuk dia melayan kerenah anaknya itu. Manakala Atiqah mengambil tempat bersebelahan Iskandar, dan bertentangan dengan anak kedua abang iparnya, Nabila yang duduk di sebelah ayahnya. Adib, anak bongsu Fauzan pula duduk di kerusi kanak-kanak dihujung meja makan.

Mereka menikmati makan malam seperti malam-malam kebiasaannya. Minggu itu, Azlina isteri Fauzan bekerja pada shift malam. Jadi, menjadi tugas Fauzan untuk menguruskan anak-anaknya. Nasib baik sekarang Atiqah tinggal bersama mereka, maka bolehlah dia meminta serba sedikit pertolongan dari adik iparnya itu.

Atiqah sesekali tergelak kecil melayan telatah serta celoteh anak-anak saudaranya, terutama Nabila yang banyak mulut itu.

"Iqa, Abang Jan nak cakap sikit" Fauzan memulakan bicara setelah anak-anak sudah siap makan. Anak-anaknya sedang menonton TV dibruang tamu setelah selasai makan tadi. Hanya Fauzan dan Atiqah yang berada di meja makan.

"Abang Jan nak cakap apa? Iqa ada buat salah ke?" soal Atiqah, risau. Riak mukanya sedikit berubah.

"Eh tak lah. Bukan macam tu" terang Fauzan menenangkan adik iparnya. "Sebelum tu, abang tak ada niat apa-apa pun tau. Sekadar cadangan je " sambung Fauzan. Atiqah menanti dengan sabar.

"Abang tak kisah kalau Iqa rasa Iqa nak freehair dalam rumah ni. Abang faham sekarang cuaca panas. Abang takut Iqa la tak selesa nak kena sarung tudung bila keluar bilik" terang Fauzan tentang perkara yang ingin diperkatakan. "Tapi waktu Kak Na tak ada la. Nanti dia cakap apa pula" tambah Fauzan lagi.

Atiqah memandangkan abang iparnya itu, tersenyum. "Betul ke Abang Jan tak kisah?" tanya Atiqah inginkan kepastian. Sebenarnya memang dia pun agak tidak selesa apabila setiap masa perlu bertudung di rumah. Apabila abang iparnya itu memberi cadangan sebegitu, ia bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal. Dia cuma tidak mahu sesuka hati freehair begitu sahaja, nanti apa pula kata abang iparnya itu. Hatinya tersenyum bila abang iparnya sendiri yang memberikan cadangan.

"Yup. Suka hati Iqa la tapi ingat laa, waktu Kak Na tak ada je. Kak Na ada pakai je la macam biasa" jawab Fauzan sambil bangun melangkah ke sinki. Atiqah tidak kisah asalkan dia dapat sedikit kebebasan berpakaian ketika dirumah. Tidaklah perlu berpakaian lengkap walaupun sekadar hanya keluar untuk minum air.

Fantasi Keluarga MentuaWhere stories live. Discover now