Chapter 13

19.5K 126 3
                                    

FAUZAN melangkah keluar dari bengkel menuju ke kereta. Atiqah menunggunya di dalam kereta. Memang Fauzan menyuruhnya begitu.

"Huh panas. Sorry eh kalau bau masyem. Hahaha" Fauzan tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri. Pintu kerata ditutup. Terasa sejuk sedikit badannya dek penghawa dingin kereta.

"Maaf Abang Jan susahkan Abang Jan" Atiqah rasa bersalah. Muka abang iparnya itu dtenunung seketika. Kelihatan peluh jantan membasahi dahi Fauzan. Dia kemudian mencari sesuatu di dalam beg miliknya.

"Alah takda hal lah" jawab Fauzan ringkas. "Nah" tiba-tiba Atiqah menghulurkan beberapa keping tisu muka kepadanya. "Thanks" ucap Fauzan lalu mencapai tisu itu. Peluh di dahi dilapkan.

"Macam mana motor Abang Jan?" soal Atiqah sambil menunggu abang iparnya itu mengelap peluh. "Oh ya. Motor kena tinggal sini. Apa ntah tadi pomen tu cakap kena repair. Dua tiga hari juga baru siap" terang Fauzan. Tisu digumpalkan lalu dilemparkan ke belakang kereta. Nanti-nanti dia ambil buang ke dalam tong sampah.

"Alah yeke. Macam mana nak pergi kerja nanti" keluh Atiqah. Dia terdiam. "Nanti la kita fikir macam mana nak buat" balas Fauzan. Kereta sudah pun bergerak meninggalkan bengkel itu.

Suasana di dalam kereta sepi. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin dan radio yang terpasang. "Iqa cuti terus ke macam mana ni?" Fauzan memecah kesunyian itu. "Tak lah. Iqa ambil halfday je ni" jawab Atiqah. "Abang Jan hantar Iqa dulu. Nanti balik Abang Jan ambil" beritahu Fauzan. "Ok" balas Atiqah pendek sambil mengangguk. Abang iparnya sudah membuat keputusan untuknya.

* * * * * * *

"Motor macam mana, Iqa?" soal Azlina kepada adik bongsunya itu.

"Abang Jan cakap kena tinggal dekat bengkel. Dua tiga hari jugak baru siap" jawab Atiqah. Cawan berisi air berhampiran pinggan dicapai lalu dia meneguk air perlahan.

"Betul ke bang motor Iqa kena tinggal dekat bengkel dulu?" soal Azlina kepada suaminya pula yang berada di sofa. Suaminya berada di sofa menonton TV setelah selesai makan tadi. Anak-anaknya pula sedang bermain sesama mereka. Hanya dia dan Atiqah sahaja masih dimeja makan.

"Haah. Nanti dah siap bengkel call la beritahu" jawab Fauzan. Matanya masih menatap kaca TV.

"Kalau macam tu abang tolong hantar Iqa pergi kerja boleh? Na susahlah sikit nak hantar sebab Na pergi kerja awal pagi" sambung Azlina lagi.

"Boleh je. Kena keluar awal la sikit sebab nak kena hantar Bella dulu pergi tadika" balas Fauzan. Tidak mengiyakan tidak juga menolak. Jantungnya berdegup laju. Dua tiga hari juga dia akan berduaan dengan Atiqah selepas menghantar Nabila ke tadika. Hatinya sedikit gusar.

Atiqah seakan mahu tersedak mendengar kata-kata kakaknya itu. "Ok kan Iqa?" soal kakaknya itu. "Ok je kalau Abang Jan ok" jawab Atiqah. Jika dia bersungguh menolaknya, khuatir kakaknya akan kehairanan. Ada betulnya juga kata-kata kakaknya itu. Jika dia menolak bagaimana dia hendak pergi kerja. 'Kopak' duitnya jika dia mengambil 'GRAB CAR' selama dua tiga hari itu.

* * * * * * *

"Aduh..macam mana aku nak hadap dia ni. Dua tiga hari pula tu" Atiqah mengomel sendirian. Hatinya gusar. Duduknya diatas katil serba tidak kena. Dia berperang dengan perasaan. Perasaaan yang dia sendiri tidak pasti, apakah perasaan itu.

"Hadap je la. Ape lagi pilihan yang aku ada. Tengok je la nanti apa yang jadi" Atiqah menarik nafas dalam. Dia baring memejamkan mata mahu melelapkan matanya. Tanpa dia sedari, dia seakan menantikan sesuatu dari abang iparnya itu. Sesuatu yang dia sendiri tidak pasti, apakah ia.

* * * * * * *

Sudah tiga hari Atiqah pergi ke kerja dengan dihantar oleh abang iparnya. Pulangnya juga dijemput oleh abang iparnya itu.

Fantasi Keluarga MentuaWhere stories live. Discover now