Chapter 5

19.3K 102 0
                                    

ATIQAH mengemas barang-barangnya didalam bilik. Sudah seminggu tempoh 'intern'nya tamat di sebuah syarikat swasta berdekatan. Lagi seminggu pula, dia akan melaporkan diri di sebuah syarikat lain pula untuk berkerja. Syarikat itu juga berdekatan dengan rumah kakak sulungnya, Azlina, rumah yang bakal dia tinggal nanti.

Tempat belajar Atiqah yang menetapkan tempoh 'intern' adalah diakhir semester membuatkan dia dapat terus bekerja setelah tamat 'intern'nya itu. Atiqah bertuah dan bersyukur dengan peraturan IPT nya yang menetapkan sebegitu. Ini kerana, ada rakan-rakannya yang belajar di IPT lain perlu masuk semula ke IPT selama satu atau dua semester selepas tamat 'intern'.

"Tok!Tok!" kedengaran pintu bilik diketuk. Atiqah segera bangun menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipulas lalu dibukakan sedikit, melihat siapa yang mengetuk pintu biliknya. "Oh, Kak Yah. Masuklah" pelawa Atiqah lalu pintu dibuka luas memberi lauan untuk kakaknya itu masuk.

Afiyah mengambil tempat di atas katil manakala Atiqah kembali duduk di atas lantai mengemas baju-bajunya. "Banyak lagi Iqa?" tanya Afiyah memulakan bicara. Dia hanya memandang adiknya itu. "Sikit je lagi Kak Yah. Ni last. Lepas tu siap" jawab Atiqah memalingkan muka memandang kakaknya itu sambil tersenyum. Dia meneruskan kerjanya kembali.

"Esok akak dengan Abang Wan hantar Iqa pergi rumah Kak Na ye. Akak dah beritahu Abang Wan. Esok pun dia cuti. Dia cakap ok" beritahu Afiyah. Memang dia sudah memaklumkan kepada suaminya itu hajatnya untuk menghantar Atiqah ke rumah kakak sulung mereka.

"Ish..buat susah akak dengan Abang Wan je. Nanti apa kata Abang Wan pula" balas Atiqah. Dia agak risau jika dia membebankan abang iparnya itu. "Takpe. Abang Wan ok jek " Afiyah meyakinkan adiknya itu walaupun dia tahu yang suaminya menunjukkan riak keberatan apabila dia memaklumkan perkara itu beberapa hari lepas. Dia tidak kisah asalkan dia dapat membantu adik bongsunya itu dan memastikan adiknya selamat.

"Lagipun, macam mana Iqa nk pergi sendiri dengan barang-barang ni semua" sambung Afiyah sambil mulutnya dijuihkan ke arah barang-barang adiknya itu. Terlihat beberapa biji kotak dan beg terletak di satu sudut bilik. "Yalah kakakku sayang. Iqa ikut je mana-mana pun. Janji tak menyusahkan akak dengan Abang Wan" Atiqah malas hendak bertekak dengan kakaknya itu. Dia bangun lalu mengambil tempat disebelah kakaknya. Beg bajunya yang terakhir sudah siap dikemas dan diletakkan bersama barang-barang yang lain.

"Esok jam berapa nak gerak?" soal Afiyah lagi. "Lepas sarapan. Dalam jam 9 macam tu, boleh?" jawab Atiqah. "Ok. Nanti akak beritahu Abang Wan" balas Afiyah tanda setuju.

Mereka diam beberapa ketika. "Iqa minggu depankan baru mula kerja baru tu?" soal Afiyah cuba untuk memecahkan suasana yang hening tiba-tiba itu. "Haah" balas Atiqah pendek. "Habis tu Iqa nak duduk je la rumah Kak Na tu tak buat apa-apa?" soal Afiyah inginkan kepastian. "Tak lah. Iqa ingat nak balik kampung sekejap. Habiskan masa yang ada ni dengan ibu sebelum Iqa mula kerja" terang Atiqah. Afiyah hanya mengangguk. "Nanti kirim salam dekat ibu ye. Dah lama juga akak tak balik tu" tiba-tiba Afiyah teringatkan ibunya di kampung. Memang sudah agak lama dia tidak pulang menjenguk ibunya itu. "InshaAllah kak kalau Iqa tak lupa" Atiqah membalas.

"Ok lah. Akak keluar dulu. Maaf kacau Iqa" Afiyah bangun menuju ke pintu bilik. "Tak ada kacau la. Mengada la akak ni" Atiqah mencebik mendengar kata-kata kakaknya. "Mana la tahu kot nak 'bergayut' dengan boyfriend ke" balas Afiyah sambil pintu bilik ditarik untuk menutupnya. "Uweekkk" Atiqah menjelirkan lidahnya sebelum pintu bilik itu ditutup rapat. Kedengaran kakak ketawa di balik pintu itu.

                                      * * * * *
DING DONG!!! Kedengaran loceng rumah dibunyikan seseorang. "Abang Is, tolong tengokkan kejap siapa yang datang tu" Fauzan yang sedang santai diatas sofa melayan TV melaung memanggil anak sulungnya, Iskandar. Kelihatan Iskandar berjalan laju keluar dari biliknya menuju ke arah pintu utama.

Pintu dibuka sedikit. "Oh, Cik Iqa" lalu pintu dibuka luas. "Pa, Cik Iqa dah sampai ni. Cik Yah dengan Cik Wan pun ada" beritahu Iskandar lalu kunci rumah dicapai. Fauzan lantas bangun apabila anak sulungnya itu memberitahu akan perkara itu.

"Mari la masuk" pelawa Fauzan apabila pintu grill rumahnya itu telah dibuka Iskandar.

"Thank you, Is" ucap Atiqah kepada anak saudaranya itu. Iskandar mencapai tangan Atiqah untuk bersalam. Afiyah dan Azwan juga turut disalamnya tanda hormat.

"Ni je ke barangnya?" soal Fauzan kepada Atiqah. Afiyah serta suami dan dua anaknya sudah masuk ke dalam rumah. "Haah Bang Jan" jawab Atiqah "Eh, biar je la. Nanti Iqa angkat sendiri" Atiqah berasa serba salah apabila melihat abang iparnya itu sudah mula mengangkat barang-barangnya.

"Alah takpe. Alang-alang dah kat luar ni" balas Fauzan. "Is, mari tolong jap angkat barang Cik Iqa ni" laung Fauzan memanggil anaknya untuk menolong. "Iqa letak barang dalam bilik depan tu. Iqa guna bilik tu. Kak Na dah kemas dah tu" arah Fauzan pula kepada adik iparnya itu.

Sementara menunggu anak sulungnya datang, Fauzan menunggu dimuka pintu rumahnya. Tiba-tiba kelihatan jiran depan rumahnya, Diana muncul. "Siapa datang tu?" soal Diana lembut. "Oh Di, ni ha adik Na pindah sini. Dia dapat kerja dekat-dekat sini. Tu yang dia stay sini je" jawab Fauzan. "Oh ok la tu" jawab Diana pendek sambil tangannya membuka pintu grill rumahnya.

"Nak angkat yang mana, Pa?" tanya Iskandar yang tiba-tiba muncul di belakang Fauzan. Fauzan memandang Iskandar lalu menunjukkan barang yang perlu diangkat. "Masuk dulu, Di" beritahu Fauzan kepada Diana sekadar untuk beramah. "Ok" jawab Diana. Diana juga sudah mahu masuk ke rumahnya.

Pintu ditutup setelah semua barang telah diangkat masuk. "Kak Na mana Abang Jan?" soal Afiyah setelah melihat abang iparnya itu telah selesai membantu Atiqah. "Ada tu ha dalam bilik. Baru siap mandikan Adib kot" jawab Fauzan. "Kejap-kejap lagi keluar la tu" sambung Fauzan lagi.

"Ingat Kak Na kerja harini" Atiqah yang sudah siap menyusun serba sedikit barangnya di dalam bilik keluar untuk bersama-sama kakak dan abang-abang iparnya di ruang tamu.

Azwan hanya diam membatu di sofa. Sesekali melayan kerenah anaknya kemudiam menyambung bermain telefon. "Kalau ikutkan dia kerja hari Sabtu. Tapi dah Iqa nak pindah masuk harini, dia off la" terang Fauzan tentang perihal kerja isterinya itu.

"Lama dah sampai?" tiba-tiba kedengaran suara Azlina dari arah bilik tidurnya. Kelihatan Azlina sedang berjalan menuju ke arah ruang tamu, sambil memimpin tangan anak bongsunya, Adib yang berusia 3 tahun itu. Lantas Afiyah dan Atiqah pergi untuk bersalaman dengan kakak sulung mereka itu.

Suasana ruang tamu rumah Fauzan pada hari Sabtu itu riuh rendah dengan gelak ketawa mereka adik beradik. Sesekali dapat berjumpa, ada sahaja cerita atau sakat menyakat di antara mereka.

Fantasi Keluarga MentuaWhere stories live. Discover now