"Jan, report breakdown yang aku minta tu dah siap?" soal Saiful kepada Fauzan. Saiful merupakan ketua jabatan kejuteraan di syarikatnya bekerja. "Aku rasa semua report dah siap dan dah hantar. Ni report yang mana ye?" soal Fauzan kembali, sedikit keliru. Seingatnya semua kerja sudah siap seperti yang diminta.
"Report machine breakdown dua minggu lepas dekat *****" Saiful cuba memberi bayangan. Fauzan diam seketika, cuba mengingatinya kembali. "Alamak!" Fauzan menepuk dahi. "Maaf sangat-sangat Pul, aku terlepas pandang report tu. Bila kau nak?" soal Fauzan kembali. "Esok aku kena submit dekat bos dah ni. So kau kena siapkan juga harini. Hahahaha" balas Saiful sambil tergelak melihat Fauzan yang sudah tak senang duduk. "Nampak gaya kau kena stayback la harini Jan" sambung Saiful lagi. "Tu la tu" balas Fauzan pula sambil menggaru kepala yang tidak gatal. "Ok la, dah siap nanti kau email je ke aku ye" pinta Saiful sambil berlalu pergi.
Fauzan mengeluh panjang. Salahnya sendiri kerana terlepas pandang. Tetapi dia lega kerana tidak dimarahi oleh ketua jabatannya. Bila difikirkan semula, dia beruntung bekerja disini kerana dikelilingi rakan-rakan yang sekepala. Saiful, ketua jabatannya itu dirasakan seorang yang sporting dan mudah dibawa berbincang. Mungkin beza umur yang tidak begitu ketara membuatkan dia berperwatakan sebegitu. Tetapi tidaklah Fauzan mengambil kesempatan akan kebaikan ketuanya itu.
Jam ditangan dilihat seketika. Sudah menunjukkan 3 petang. Berbaki dua jam sebelum waktu pulang. Fauzan meraup mukanya. Betul kata Saiful, dia perlu stayback untuk hari ini untuk menyiapkan report itu.
Telefon pintar diatas meja dicapai. Mencari whatsapp isterinya. Dia perlu memaklumkan kepada isterinya yang dia terpaksa pulang lewat dan meminta isterinya itu untuk menguruskan anak-anak untuk hari ini. Nasib baik isterinya itu bekerja shift siang pada minggu ni. Jika tidak, mahu pening memikirkan akan perkara ini.
Setelah memastikan hal anak-anaknya akan diuruskan oleh isterinya, barulah Fauzan memulakan kerja yang dipinta ketuanya itu.
* * * * * * *
"Abang Jan tak balik lagi ke Kak Na?" soal Atiqah kepada kakak sulungnya itu. Hairan kerana tidak nampak kelibat abang iparnya itu. Kebiasaannya abang iparnya itu lah yang akan masak makan malam jika kakaknya itu bekerja shift siang.
"Belum. Dia kena stayback. Ada report belum siap nak kena submit hari ni. Dia terlepas pandang report tu. Esok big bos dia nak report tu. Tu yang kena siapkan juga" panjang Azlina menerangkan sambil tangannya laju menyediakan makan malam yang dibeli.
Memang suaminya sudah berpesan supaya beli sahaja makanan untuk malam ini kerana dia tidak dapat pulang awal seperti kebiasaannya.
Atiqah melirikkan mata ke arah jam di dinding seketika. Sudah menunjukkan 8 malam. "Lambat juga ye dia balik. Dah pukul 8 dah" bukan niat untuk menyibuk perihal rumah tangga kakaknya, tetapi sepanjang dia tinggal bersama kakaknya, ini pertama kali abang iparnya itu pulang lewat sebegini.
"Haah. Selalu dia pergi makan terus. Kadang-kadang dia ambil peluang ni lepak minum dengan kawan office dia kalau dia kena balik lambat" terang Azlina.
"Jarang-jarang sekali dia balik lambat macam ni. Akak pun tak kisah sangat. Yela, anak-anak dia jaga baik waktu akak kerja malam. Kalau kerja siang, dia yang masak makan malam. Sekali sekala macam ni, akak anggap bagi rehat dekat dia" sambung Azlina lagi.
Atiqah hanya menganggukkan kepala perlahan. Seakan mengiyakan apa yang dikatakan oleh kakaknya itu. Sesekali dia merasakan kakaknya itu bertuah memiliki suami seperti abang iparnya itu.
* * * * * * *
Butang 'send' ditekan. Fauzan mengeluh panjang. Report yang dipinta oleh ketuanya sudah dihantar melalui email. Dia tersandar ke kerusi kerjanya. Sedikit lelah. Report yang agak details berkaitan breakdown yang berlaku berjaya disiapkan.
![](https://img.wattpad.com/cover/374938552-288-k535417.jpg)
YOU ARE READING
Fantasi Keluarga Mentua
FantasiCerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja ditukarkan dan mungkin 'sidekick characters' sahaja yang menggunakan nama sebenar. Ada juga watak-wata...