"ISH..mana ni tak jawab pula" bebel Atiqah. Sudah beberapa kali dia cuba menelefon kakaknya itu. Tapi tidak berjawab. Sekali lagi, dia menekan skrin telefonnya, cuba menghubungi kakaknya itu sekian kalinya.
* * * * * * *
Pagi itu, seperti biasa Atiqah keluar ke tempat kerja dengan motosikalnya itu. Kakaknya, Azlina sudah keluar awal pagi lagi bersama dua anaknya. Abang iparnya juga sudah keluar sedikit awal darinya.
Atiqah menunggang seperti biasanya motosikalnya itu. Dia hanya santai, tidak perlu terburu-buru kerana tempat kerjanya tidaklah begitu jauh. Dia jugak tidak perlu fikirkan akan kesesakan jalan raya pada sebelah pagi kerana mudah untuknya menyelit dengan motosikalnya itu.
Dipertengahan jalan, tiba-tiba dia merasakan kelajuan motosikalnya semakin perlahan. Dia memulas sedikit kuat 'throttle' motosikalnya tetapi tetap sama. Dengan cepat dia memberi signal ke kiri dan dengan berhati-hati dia meluncurkan motosikalnya ke bahu jalan. Nasibnya baik kerana kebetulan kawasan bahu jalan itu agak luas. Sebaik dia berhenti, kedengaran enjin motosikalnya itu tersemput-semput lalu mati.
"Alahai.. pagi-pagi orang nak pergi kerja la nak buat hal pun" Atiqah sedikit mendengus. Motosikal itu cuba dihidupkan beberapa kali, tetapi tetap sama. Tongkat motosikal diturunkan lalu Atiqah turun dari motosikalnya itu. Petrol diperiksa di dalam tangki. "Ada je minyak. Kenapa pula dah ni" ngomel Atiqah sendirian.
Jam di pergelangan tangan dilihat. Lagi 30 minit akan berganjak ke jam 8 pagi. Telefon pintarnya di dalam beg yang diletakkan di dalam raga motosikal dicapai. Skrin telefon ditekan beberapa kali.
"Hello Kak Yati, maaf kak saya nak beritahu ni, saya ambil 'halfday' harini" maklum Atiqah setelah panggilannya disambungkan. "Motosikal saya rosak ni. Haah, ada tepi jalan ni. Takpa, nanti saya call kakak saya. Ok baik kak. Terima kasih ye kak" panggilan dimatikan. Dia segera menelefon penyelianya untuk memaklumkan tentang hal itu.
Sekali lagi skrin telefon ditekannya beberapa kali. Telefon diletakkan ditelinganya. Bunyi deruman dari enjin kenderaan di atas jalan raya tidak diendahkan oleh Atiqah.
* * * * * * *
"Hello Iqa. Sorry Kak Na tertinggal telefon tadi dekat meja. Maaf-maaf. Kenapa Iqa?" akhirnya panggilan Atiqah dijawab oleh kakaknya itu. "Oh takpa. Kak Na boleh tolong tak? Motor Iqa rosak la" balas Atiqah. Hatinya sedikit lega apabila panggilannya dijawab oleh kakaknya itu.
"Alamak Iqa. Kak Na ada meeting sekejap lagi. Maaf sangat-sangat" kedengaran suara Azlina sedikit risau akan perihal adiknya itu. "Cuba call Abang Jan kot dia boleh tolong. Kalau dia tak boleh, Iqa beritahu Kak Na semula. Nanti Kak Na cuba ikhtiarkan untuk keluar" cadang Azlina. "Baiklah Kak Na kalau macamtu. Apa-apa nanti Iqa beritahu semula" balas Atiqah. Panggilan dimatikan.
"Aduh..macam mana ni. Kak Na tak boleh tolong pula. Dah la aku baru berapa bulan kat sini. Kawan pun tak ramai lagi nak mintak tolong" Atiqah membebel sendirian. Dia mati akal. Tak mungkin dia nak minta tolong dengan Azwan, suami kakaknya, Afiyah. Afiyah juga mungkin tidak dapat menolong memandangkan kakaknya itu seorang suri rumah. Susah hendak keluar dengan anaknya dua orang itu.
Atiqah termenung seketika. Kenderaan yang lalu lalang dipandang kosong. Serba salah dia untuk menelefon Fauzan, abang iparnya itu.
Setelah beberapa ketika, Atiqah menghidupkan skrin telefon pintarnya itu. Butang 'dial' ditekan setelah nombor telefon yang dicarinya, tertera diskrin. Telefon diletakkan ke telinga. Panggilannya dijawab setelah beberapa ketika.
* * * * * * *
Fauzan melambai ke arah anaknya, Nabila yang mula melangkah masuk ke dalam kawasan tadikanya.
Seperti biasa, Fauzan menghantar anak keduanya itu sebelum ke tempat kerja. Dia melangkah masuk ke dalam kereta setelah memastikan anaknya itu telah selamat masuk ke dalam tadika.
Jam di dasboard kereta dilihat seketika. Sudah 7.30 pagi. Perlahan-lahan keretanya bergerak meninggalkan kawasan tadika anaknya.
Baru beberapa minit Fauzan memulakan pemanduannya, tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Dicapai telefonnya itu yang berada di kerusi penumpang sebelah. Dilihat nama yang terpapar di skrin telefonnya.
Segera dia memberikan signal ke kiri dan setelah memastikan tiada kenderaan dibelakang serta keadaan selamat, perlahan-lahan Fauzan memberhentikan keretanya di bahu jalan. Nasib baiklah dia masih berada di dalam kawasan taman perumahan, jadi mudah baginya mencari kawasan selamat.
Panggilan telefon dijawab. "Hello" jawab Fauzan memulakan perbualan. "Laa yeke. Dekat mana tu? Ok baik. Tunggu dekat situ" panggilan dimatikan. Fauzan menekan pula skrin telefonnya itu. "Hello, Ril" Fauzan menelefon pula kepada Nazril, rakannya sekerjanya merangkap pembantu penyelia di jabatannya. "Aku masuk kerja lambat sikit. Mungkin halfday" terang Fauzan kepada rakannya itu.
"Eh kau ada tahu mana-mana 4x4 yang boleh angkut motosikal rosak pergi bengkel tak?" tanya Fauzan pula. "Haaa baik-baik. Nanti share contact dia" lalu Fauzan menamatkan panggilan itu.
Nasib baiklah Fauzan masih belum sampai ke tempat kerja ketika adik iparnya itu menghubunginya memaklumkan bahawa motosikalnya itu rosak. Jika tidak, tidak tahu lah apa nasib adik iparnya itu.
Perlahan-lahan Fauzan mula memandu menuju ke tempat adik iparnya, Atiqah menunggunya bersama motosikalnya yang rosak.
YOU ARE READING
Fantasi Keluarga Mentua
FantasyCerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja ditukarkan dan mungkin 'sidekick characters' sahaja yang menggunakan nama sebenar. Ada juga watak-wata...