Malam itu, seperti biasa Fauzan menonton TV di ruang tamu rumahnya. Dia tersandar di sofa melayan cerita di kaca TV miliknya. Cerita yang dipasang sekadar cukup syarat. Cerita yang tidak menarik minatnya. Moodnya untuk menonton movie seperti kebiasan tiada pada malam itu. Mungkin penat barangkali.
Anak-anaknya sudah masuk ke dalam bilik bersama isterinya untuk tidur. Selesai menjamu hidangan makan malam pada malam itu, seperti biasa dia melayan kerenah anak-anaknya yang seramai tiga orang. Kebiasaannya dia dan isterinya telah menetapkan, dua jam selepas makan, anak-anak mereka harus masuk ke bilik untuk tidur. Dan sekarang jam sudah menunjukkan hampir 11 malam. Cepat masa berlalu, sedar tak sedar masa sudah hampir berganjak ke angka 12 tengah malam. Esoknya dia akan berkerja seperti biasa.
Fauzan yang bekerja sebagai seorang penyelia di jabatan kejuteraan sebuah syarikat swasta kebiasaannya akan masuk kerja jam 8 pagi dan pulang pada jam 5 petang. Kebiasaan bagi pekerja yang bekerja mengikut 'normal working hours' di Malaysia. Berlainan pula bagi isterinya yang bekerja yang mempunyai giliran shift. Isterinya juga seorang penyelia yang bekerja di sebuah kilang yang agak terkenal di daerah yang diduduki mereka. Lebih 10 tahun isterinya bekerja disitu, sebab itulah isteri agak sayang untuk berhenti kerana sudah bekerja dalam tempoh masa yang agak lama. Fauzan tidak kisah asalkan isteri selesa disitu. Masa bekerja isteri yang mempunyai giliran shift seminggu siang dan seminggu malam dan perlu masuk bekerja seawal jam 6 pagi dan pulang sekitar jam 6 petang pada shift siang, dan masuk bekerja 6 petang dan pulang sekitar 6 pagi membuatkan Fauzan perlu menjaga sendiri anak-anaknya jika isterinya bekerja pada shift malam.
Fauzan tersedar dari lamunannya ketika dia mendengar pintu bilik terbuka. Kelihatan isterinya keluar perlahan-lahan lalu menutup pintu dengan perlahan juga. Barangkali takut anaknya tersedar dari tidur. "Adik dah tidur?" Tanya Fauzan kepada isterinya itu. Dia merujuk kepada anak ketiganya iaitu anak bongsu mereka yang dipanggil adik. Anaknya itu baru hendak memasuki 3 tahun. "Dah. Baru je, tu yang Na keluar tu." Jawab Azlina perlahan. Dia berdiri seketika dihadap Fauzan untuk membetulkan ikatan rambut ponytail nya itu lalu terus berlalu ke dapur.
Ruang dapur rumah mereka yang berkonsepkan 'open kitchen' membolehkan Fauzan melihat apa yang dilakukan isterinya di dapur. "Tak nak tidur lagi ke tu? Dah dekat jam 12 malam dah ni?" Tanya Fauzan apabila melihat isterinya berdiri di hadapan sinki dapur. Suaranya dikuatkan sedikit bimbang isterinya tidak mendengar soalannya.
"Sekejap lagi bang. Nk basuh pinggan ni sikit. Serabut tengok pinggan tak berbasuh sebelum tidur." Balas Azlina sambil tangannya bergerak laju memulakan kerja. Sudah menjadi tabiatnya yang tidak suka membiarkan pinggan-pinggan kotor berlonggok di dalam sinki tidak berbasuh sebelum tidur. Walaupun hanya sebiji pinggan kotor juga akan dibasuhnya sebelum tidur.
Fauzan yang sudah faham benar akan tabiat isterinya itu hanya membiarkan sahaja. Bukan dia tidak boleh buat semua itu. Jika isterinya kerja pada shift malam, dia jugalah yang akan membasuh pinggan-pinggan itu selepas makan malam bersama anak-anaknya. Cuma malam itu, terasa sedikit malas. Mungkin kerana isterinya ada dirumah sekali. Fauzan meneruskan menonton movie yang masih dimainkan dikaca TV. Seperti tadi, cerita itu masih tidak menarik perhatiannya. Dibiarkan TV itu sekadar untuk menghilangkan suasana sunyi di malam hari.
"Abang nak minum apa-apa tak? Nescafe panas ke?" Sekali lagi isteri Fauzan menarik kembali Fauzan ke alam realiti dari lamunannya. "Tak nak lah. Kejap-kejap lagi nak masuk tidur dah?" Jawab Fauzan lembut menolak pelawaan isterinya. "Eleh abang tu cakap je nak masuk tidur kejap-kejap lagi, tapi tahu-tahu jam 1 pagi juga masuk tidurnya." Balas Azlina sambil mencebikkan bibirnya sedikit. Kakinya turut melangkah ke arah suaminya setelah selesai kerja di dapur sebentar tadi. Fauzan tergelak kecil mendengar bebelan dari isterinya sambil matanya memandang isterinya yang mengambil tempat disebelahnya di atas sofa.
"Eh bang, Na baru teringat. Na nak tanya abang dan juga minta izin dari abang kalau abang izinkan." Azlina memulakan bicara selepas beberapa ketika. Fauzan memalingkan muka memandang isterinya disebelah sambil keningnya dikerutkan sedikit. "Apa dia?" Tanya Fauzan pendek.
"Dua tiga hari lepas, Iqa ada call Na. Dia cakap dia nak duduk rumah kita sebab dia dapat kerja dekat area dengan rumah kita." Terang Azlina kepada suaminya. Baru tadi dia teringat perihal adik bongsunya itu ketika dia membasuh pinggan di dapur. Sudah dua tiga hari adik bongsunya itu, Atiqah memaklumkan kepadanya, cuma dia sahaja asyik terlupa akan perkara itu dek kerana sibuk dengan kerja dan urusan dirumah.
"Eh, bukan ke dia sekarang duduk dengan Yah dan Wan ke?" Fauzan bertanya sedikit pelik. Setahu Fauzan, adik bongsu isterinya itu sedang 'intern' di sebuah syarikat swasta dan tinggal bersama kakaknya iaitu adik ketiga isterinya, Afiyah dan juga suaminya, Azwan. "Lagipun rumah Yah tu bukan jauh sangat pun dari rumah kita. Lebih kurang 20 minit je dari sini." Fauzan meneruskan bicara.
"Entah la bang. Na pun tak pasti juga. Dah dia tanya Na, Na cakap la Na kena bincang dengan abang dulu. Minta izin abang dulu. Sebab tu la Na cerita kat abang ni." Terang Azlina lagi. "Tapi Iqa ada la juga bagitau Na yang dia tak selesa duduk sana sebab Wan tu macam suka mengomel, rendah-rendahkan dia." Sambung Azlina lagi.
Fauzan hanya mendiamkan diri. Dia tahu akan perihal perangai birasnya itu. Birasnya itu, Azwan memang suka bercakap dengan agak sinis dan kadang-kadang seakan merendahkan orang lain. Mungkin faktor yang dia seorang yang bergaji agak tinggi atau faktor umur yang agak tua menjadikan birasnya itu sebegitu. Mana tidaknya, beza umur Azwan dan Afiyah isterinya itu hampir 10 tahun. Dia berkahwin dengan Afiyah dikala umurnya hampir menjangkau 40 tahun.
"Macam mana bang?" Soal Azlina seraya menepuk perlahan lengan suaminya membuatkan Fauzan tersentak dari lamunanya. "Tak tahu la nak cakap." Balas Fauzan. "Na ok ke?Iqa pula ok juga ke? Yela, Na kan kerja shift. Kalau waktu Na kerja malam macam mane? Abang ok jek kalau Na ok." Fauzan meluahkan apa yang terdetik di dalam hatinya.
"Na rasa Iqa ok la kot. Kalau tak ok tak kan dia tanya dekat Na macam tu. Bab Na kerja malam tu, ok je Na rasa. Lagipun anak-anak pun ada sekali dengan abang. Bilik kita pun ada tiga. Kita bagi la Iqa guna bilik tetamu tu. Dalam tu pun dah ada bilik air. So, tak perlu la Iqa nak keluar bilik untuk guna bilik air tu." Panjang Azlina menerangkan kepada suaminya. "Ok. Takpe la dah Na cakap macam tu." Pendek Fauzan membalas menandakan kata sepakat telah dicapai.
Suasana sunyi seketika. Hanya suara TV sahaja yang memecah kesunyian di ruang tamu itu. Perlahan tangan Fauzan bergerak ke arah peha Azlina lalu diusap peha isterinya itu lembut. Sewaktu isteri keluar dari bilik setelah selesai menidurkan anak bongsunya tadi, Fauzan sudah sedikit terangsang melihat isterinya yang berkain batik dan berbaju t-shirt. Tambahan pula dengan isterinya yang mengikat rambut ponytail itu membuatkan nafsunya sedikit teransang.
"Haa..mula dah la tu." Kata Azlina sambil menolak lembut tangan Fauzan yang berada di pehanya. "Dah la, Na masuk tidur dulu. Lewat dah esok Na nak kena bangun awal pergi kerja." Sambung Azlina sambil bingkas bangun menuju ke bilik tidur.
"Hahahaha." Fauzan hanya tergelak kecil. Gelak yang dibuat untuk menutup rasa yang sedikit hampa. Dia hanya memandang langkah isterinya itu menuju ke dalam bilik. Setelah pintu bilik tertutup rapat, satu keluhan keluar dari mulut Fauzan. "Macam biasa." Perlahan keluhan itu keluar dari mulutnya. Fauzan menyambung menonton TV yang sedari tadi tidak menarik minatnya. Sambil ditemani dengan rasa yang sedikit hampa. Kecewa.
YOU ARE READING
Fantasi Keluarga Mentua
FantasiaCerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja ditukarkan dan mungkin 'sidekick characters' sahaja yang menggunakan nama sebenar. Ada juga watak-wata...