PAGI itu Atiqah bersiap awal. Hari ini merupakan hari pertama dia melaporkan diri di tempat kerja baru. Dia merancang keluar awal untuk bagi mengenal jalan ke tempat kerjanya. Sekurang-kurangnya tidaklah dia 'rushing' andai kata tersalah jalan. Walaupun dia sudah tahu jalan ke tempat kerjanya ketika pergi ke temuduga tempoh hari, tidak salah baginya keluar awal.
Mukanya disolek sedikit. Dia harus menjaga penampilannya untuk hari pertamnya. Dia membetulkan sedikit baju kurungnya setelah mukanya siap disolek. Baju kurung berwarna cream dengan corak bunga halus berwarna biru gelap dikenakan ke tubuhnya. Tudung bawal bertona hampir sama dengan corak bunga pada bajunya menyerlahkan lagi keayuannya.
Setelah yakin dengan penampilannya, dia melangkah keluar dari bilik. "Bella dah nak pergi sekolah? Ala comelnya dia" tegur Atiqah kepada anak saudaranya apabila dia terlihat Nabila sudah siap berbaju uniform sekolahnya. Pintu biliknya ditutup. "Dah" jawab Nabila ringkas melangkah ke arah ayahnya yang menanti di pintu utama rumah.
"Awal Iqa pergi kerja" tegur Fauzan melihat akan adik iparnya itu sudah pun bersiap untuk ke tempat kerja. "Haah. First day kan. Saja la keluar awal. Tak la kelam kabut nanti" jawab Atiqah sambil melangkah ke arah pintu juga. Bau aroma wangian yang dipakai Atiqah menusuk ke hidung Fauzan ketika dia menghampiri abang iparnya itu.
"Cantiknya" detik hati Fauzan. Dia agak terpana melihat penampilan adik bongsu isterinya itu. Mukanya yang cantik putih itu, ditempekkan pula solekan nipis menambahkan lagi ayu wajahnya. Tingginya yang hanya separas telinga Fauzan, dikenakan pula baju kurung serta tudung, membuatkan Fauzan kaku seketika. Nafsu jantannya sedikit terjentik melihat figura didepannya itu.
"Abang Jan, jom la. Abang Jan tunggu apa?" panggil Atiqah apabila melihat abang iparnya berdiri tegak. Diam memandangnya. Fauzan tersedar dari lamunan. "Haa jom. Jom kakak" Fauzan menggamit anak perempuannya itu. "Kenapa Abang Jan pandanng Iqa macam tu? Ada yang tak kena ke?" soal Atiqah pelik. "Tak ada apalah" sambil kepala digelengkan. "Iqa cantik sangat. Terkejut sekejap Abang Jan tengok" jawab Fauzan sambil pintu grill rumahnya dibuka. "Hahahah. Biasa je la. Cakap je la nak kutuk Iqa kan" Atiqah ketawa kecil mendengar jawapan abang iparnya. Fauzan hanya tersenyum lebar. Disimpan sahaja apa yang dirasainya di dalam hati.
Mereka bertiga melangkah ke arah lift setelah pintu grill dikunci oleh Fauzan.
Fauzan hanya berdiri diam menunggu lift tiba, sambil dia memegang tangan anaknya, Nabila. Begitu juga Atiqah yang berdiri di sebelah anak saudaranya itu, sedikit jauh. Suasana sunyi menyelubungi ruang legar lobi lift itu.
Kedengaran pintu ruang legar lift itu ditolak seseorang. "Hai Cik Diana" tegur Nabila apabila melihat Diana masuk ke ruangan itu. Nabila sudah mula pandai menegur Diana kerana kerap kali jugak dia dan ayahnya betembung dengan Diana di depan lift.
"Hai Bella. Comelnya Bella, nak pergi school ye?" balas Diana menyambut sapaan anak kecil itu. "Siapa siapkan Bella? Papa eh?" soal Diana lagi. "Haah. Papa siapkan" jawab Nabila tersenyum memandang Diana. Diana membalas senyuman anak jirannya itu.
Atiqah hanya tersenyum melihat telatah anak saudaranya itu. Dilihat Nabila tidak kekok dengan jiran abang iparnya itu. Munkin kerap bertembung agaknya. Fikir Atiqah didalam hati.
"Ni ke adik Na tu, Jan?" soal Diana kepada Fauzan yang dipanggil Jan itu. Nama singkatan Fauzan dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakannya. Diana yang berdiri di sebelah Fauzan tetapi sedikit jauh itu, menundukkan sedikit kepalanya kedepan melihat Atiqah sambil tersenyum.
"Ha ah" ringkas jawapan Fauzan. "Iqa, ni Diana. Jiran Abang Jan. Rumah dia betul-betul depan rumah kita" Fauzan memperkenalkan jirannya itu kepada adik iparnya. "Hai Kak Diana " Atiqah bergerak sedikit menghampiri Diana untuk bersalaman. "Alah, panggil Kak Di je. Tak yah la formal sangat" Diana berseloroh sambil salaman dari Atiqah disambut mesra.
"Hehe. Baiklah la Kak Di. Kak Di pun panggil Iqa je ya" balas Atiqah pula.
Wangian dari kedua wanita didepan itu membuatkan Fauzan sedikit tidak senang duduk. Keduanya mempunyai figura yang menarik dan menawan di matanya. Dia mula merasakan denyutan halus di batang kemaluannya. Sebaik mungkin dia mengawal rasa ghairahnya itu.
"Ting!" pintu lift terbuka di aras mereka. Fauzan memberi laluan untuk Atiqah dan Diana masuk dahulu. Barulah dia dan anaknya melangkah masuk ke perut lift. Kebiasaan yang dilakukannya.
Apabila lift tiba di aras 5, Fauzan dan anaknya keluar diikuti Diana. Atiqah pula akan turun ke aras 'G' kerana dia akan ke tempat kerja barunya itu hanya dengan motosikal. "Bawa motosikal tu hati-hati Iqa" sempat Fauzan memesan kepada adik iparnya itu. "Ok" jawab Atiqah sebelum pintu lift kembali tertutup.
"Fuhh. Dugaan betul pagi-pagi ni" keluh Fauzan ketika dia sudah masuk kedalam kereta. Dia mengusap kedua pehanya sendiri, mengawal rasa di hati. "Apa, pa?" soal anaknya menyedarkannya dari rasa itu. "Tak ada apa lah, Bella. Dah, duduk betul-betul. Kita nak gerak dah ni" arah Fauzan kepada anaknya.
Perlahan kereta Fauzan bergerak meninggal parkir. "Apa la aku ni. Tak kan dengan jiran dan adik ipar sendiri pun boleh stim" gumam Fauzan di dalam hati. Laju dia menggelengkan kepala membuang rasa berahinya dari dalam diri. Keretanya mula keluar dari blok apartmentnya itu, meneruskan perjalanan seperti biasa.
YOU ARE READING
Fantasi Keluarga Mentua
FantastikCerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja ditukarkan dan mungkin 'sidekick characters' sahaja yang menggunakan nama sebenar. Ada juga watak-wata...