✨17✨

14 0 0
                                    

"Numan tak keluar bilik lagi harini?" Soal tuan malik

"Belum. Abang, saya risau la" kata puan anita sambil memakaikan tali leher pada suami tercinta itu

"Abang dengar tak ni?" Geram wanita itu apabila suaminya hanya diam tidak menjawab

"Ya sayang habis tu nak abang buat apa?" Soal lelaki itu

"Ish abang ni, tak risau ke dekat anak kita tu?" Soal puan anita

"Dia yang taknak pergi sekolah. Cakap dekat dia esok kalau dia masih tak pergi sekolah, surat amaran pertama akan dikeluarkan. Abang takkan berkompromi dah kali ni" kata lelaki itu tegas

"Dia ada masalah dekat sekolah kot abang. Cuba abang siasat" kata wanita itu cuba memujuk

"Sayangku. Anak kamu tu dah besar. Dah 17 tahun dah bukannya 7 tahun. Pandai ii la dia selesaikan masalah dia" kata tuan malik langsung tak makan pujukan isterinya itu

"Ish abang ni kan" jeling puan anita

"Marah abang pula. Anak dia yang buat perangai" kata tuan malik menggeleng

"Abang pergi dulu ya, dah lambat ni, bye assalamualaikum" sambung tuan malik bersalaman dengan isterinya dan mengucup dahi wanita itu dengan niat memujuk

>

"Numan"

"Numan sayang, tidur lagi ke?"

"Numan 3 hari kamu tak keluar bilik ni kamu okay tak?"

"Numan tak lapar ke?"

"Numan, ibu ada masakkan makanan favorite kamu ni"

"Numan buka pintu sayang"

Masih tiada sahutan.

"Numan jangan buat ibu risau boleh tak? Ibu panggil ayah pecahkan pintu ni eh?" Ugut puan anita masih mengetuk pintu bilik anak lelakinya itu

"Numan okay je lah ibu. Numan nak masa sendiri" akhirnya lelaki itu menyahut setelah berkali ii dipanggil

Puan anita menghela nafas lega. Terhapus segala perkara buruk dalam fikirannya.

"Okay tapi nanti turun makan ya sayang. Ibu masak banyak ni untuk numan" pujuk wanita itu

Lelaki itu hanya diam.

"Turun tau nanti. Ibu tunggu" sambung puan anita

Suasana dalam bilik tidur lelaki itu sangatlah suram. Langsir tidak buka. Tingkap tertutup. Katil bersepah. Bayangkan, lelaki itu tidak mandi selama 3 hari sejak dia pulang dari rumah auliya yang tidak berpenghuni itu. matanya pula kelihatan sedikit bengkak akibat menangis.

Dia meluangkan masa sendiriannya di dalam bilik dengan tidur. Termenung. Keluarkan air mata jantan. Membayangkan segala kenangan bersama auliya maisarah. Masih tidak sangka yang gadis itu telah pergi jauh darinya.

Kali pertama hidup numan begini setelah putus hubungan. Sebelum ini apabila putus, hidupnya baik ii saja, dia masih boleh jalani kehidupan macam biasa, bergelak tawa macam biasa.

Tetapi setelah putusnya hubungan dengan auliya maisarah, kehidupannya seolah ii terhenti, tiada arah tuju. Dia terlanjur menyayangi gadis itu. Penyesalan yang tak terhingga dalam diri lelaki itu kerana lepaskan dan putuskan hubungannya dengan auliya. Hidupnya sepanjang 3 hari itu tidak terurus. Ini kah maksud putus cinta yang sebenar?

"Sayang. I rindu" kata lelaki itu sendiri sambil menatap ke arah frame gambar dia bersama gadisnya itu

 I rindu" kata lelaki itu sendiri sambil menatap ke arah frame gambar dia bersama gadisnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Let's fix itWhere stories live. Discover now