✨73✨

6 0 0
                                    

terbeliak biji mata Daniel dan Aiman melihat rumah banglo tiga tingkat milik Aiman yang sudah siap diubah suai, kelihatan lebih mewah dari sebelumnya. 

"cantik nak mampos rumah kau bro" ucap daniel yang matanya tak lepas dari memandang setiap sudut rumah tersebut

"taste aku memang tak pernah mengecewakan" kata aiman dengan penuh bangga

"nanti aku nak beli juga la sebijik, nak berjiran dengan kau" kata daniel teruja

"cis tak payah, duduk je la rumah kau tu" balas aiman dan melangkah masuk ke dalam rumah tersebut

daniel menjeling dan mengikut langkah rakannya itu.

>

"almost fully furnished" kata aiman setelah meronda ronda di dalam rumah tersebut

cantik. kemas. luas. memang menepati cita rasa dan keinginannya. tak sabar dia nak bawa bakal isterinya masuk dan hidup di dalam rumah bak istana ini. 

"cantik furniture ii ni, pandai kau pilih" puji aiman

daniel tersenyum bangga. daniel memang mempunyai bakat untuk memilih barang ii yang aesthetic. disebabkan itu lah Aiman serahkan tanggungjawab kepada lelaki itu supaya memilih segala perabot yang akan diletakkan di dalam rumahnya.

_

sebaik sahaja susuk tubuh Aiman melangkah masuk ke dalam Company Queens dengan sejambak bunga di tangannya, hampir kesemua staff Queens memandang ke arahnya.

"Cik Auliya ada? Dia ada client ke?" soal Aiman pada kerani di situ

"Cik Auliya ada dalam pejabat dia, Encik Aiman ada meeting dengan Cik Auliya ke?" soal kerani tersebut

Aiman hanya tersenyum tidak menjawab, terus dia mengatur langkah menuju ke pejabat gadis itu tanpa pedulikan staff ii yang masih tak lepas memandangnya.

sebaik sahaja Aiman hilang dari pandangan mereka, macam biasa tercetuslah segala gosip di antara mereka.

"dia bawa bunga"

"diorang ada hubungan apa ii ke?"

"perasan tak Encik Aiman selalu datang sini jumpa Cik Auliya?"

"haah padahal kerja Cik Auliya dengan company AAD tu dah lama selesai"

"mesti diorang ada hubungan istimewa ni"

"hm Cik Auliya tu cantik kot, tak hairan lah kalau Encik Aiman sukakan dia"

"hmm melepas lah aku, aku baru berniat nak mengorat Encik Aiman, belum sempat mencuba dah kalah"

pelbagai reaksi dan spekulasi yang timbul di antara mereka semua.

>

pintu pejabat Auliya diketuk dan lelaki itu terus masuk tanpa sempat diarah oleh gadis itu. 

"bunga sayaaaa" sapa Aiman teruja

hati Auliya dah berbunga melihat kehadiran lelaki itu dengan sejambak bunga di tangan. tetapi riak wajah Auliya masih cuba selindung kerana dia masih dalam fasa merajuk. biasa lah dugaan dalam pertunangan, ada waktu romantik, ada waktu bagai anjing dengan kucing, ada waktu merajuk tak bertempat. macam ii hal.

"bunga ni, macam tak suka je saya datang" kata Aiman membuat riak wajah sedih

gadis itu hanya menjeling.

"amboi, tak baik tau jeling bakal suami" kata aiman

"awak pula? hilang entah ke mana selama ni. tak bagitahu saya pun, saya ni siapa bagi awak?" bidas auliya kembali

Let's fix itWhere stories live. Discover now