✨52✨

9 0 0
                                    

"kerja dah habis ke kat jakarta tu?" soal puan adila 

"ouh event dah habis, cuma diorang ada buat parti je serba sikit" jelas daniel

"ouh, susah ii kamu je datang sini tinggalkan parti tu" kata puan adila serba salah

"eh takpe lah aunty, niel pun nak jumpa nenek juga sebelum dia pergi. lagipun airil ada dekat sana wakilkan kitaorang" terang daniel

puan adila mengangguk faham dan matanya tertumpu kepada susuk tubuh lelaki yang berada di sebelah daniel.

"ini siapa?" soal puan adila

"aaa saya.. numan basyir.. saya kawan auliya" sapa numan menunduk

"ouhh kamu yang bawa auliya datang sini?" soal puan adila

numan mengangguk.

"kitaorang baru habis discussion tadi. alang ii saya pun ada kereta, itu yang saya bawakan auliya ke sini" terang numan

"ouh.. terima kasih ya" ucap puan adila

>

sebaik saja atuk keluar dari bilik rawatan serta merta auliya, aiman dan yang lain berdiri untuk mendengar berita yang ingin disampaikan mengenai kesihatan nenek. perlahan ii lelaki tua itu melabuhkan punggungnya di kerusi.

"doktor cakap apa atuk?"

"nenek akan okay ke atuk?"

"ayah"

"ayah doktor cakap apa? mak okay ke tak?" 

pelbagai soalan yang dikeluarkan tetapi lelaki itu masih diam membisu. nafasnya ditarik dan mengumpul tenaga yang kuat untuk menceritakan keadaan isterinya kepada anak cucunya. 

"atuk saksi apa yang jadi. atuk hidup lebih lama dengan isteri atuk. atuk dah tengok dia gembira. sedih. sakit. bila dah tua, atuk tengok isteri atuk banyak lalui kesakitan yang anak dan cucu dia tak tahu. walaupun atuk sayang dan cintakan dia. walaupun atuk nak hidup dengan dia sampai akhir hayat atuk. tapi atuk juga tak sanggup nak tengok dia menahan sakit tu. dah lama dia tanggung kesakitan yang kita sendiri tak merasainya. kalau ini buatkan dia tak sakit lagi, atuk ikhlas lepaskannya" ucap atuk 

"atuk..." air mata aiman mula bergenang

"atuk nak kita semua redha. kita tak boleh halang dia untuk pergi. dia takkan sakit lagi. kita jangan seksa dia untuk terus hidup dalam kesakitan." kata atuk lagi

"doktor cakap, keadaan nenek sekarang sangat kritikal. jadi doktor cuma minta kita untuk terima apa saja yang akan berlaku sebab doktor dah buat sebaik mungkin. jadi sekarang, kita semua boleh berkumpul dengan nenek sama ii sebelum dia pergi, sebab nenek nak kita semua ada dengan dia dalam bilik tu sekarang" terang atuk 

>

keadaan dalam bilik pesakit itu sayu, pilu. masing ii cuba menahan air mata. keberadaan atuk, aiman, auliya, tuan faiz, puan adila, daniel dan juga numan membuatkan wanita tua itu tersenyum lebar walaupun dalam keadaan pucat. tangan aiman dan auliya dia pegang lembut. 

"suami nenek..." panggil wanita itu

terus aiman bergerak memberi ruang kepada atuk untuk duduk di sebelah isterinyalalu dia duduk di sebelah auliya yang juga berada di sebelah neneknya.

"nenek. terima kasih. sebab sudi bahagikan kasih sayang nenek dekat auliya. nenek layan auliya baik sangat. auliya bersyukur sebab dapat jumpa nenek, luangkan masa dengan nenek walaupun sekejap" ucap auliya sebak

"auliya pun... cucu nenek" kata wanita itu mengusap wajah gadis itu seterusnya mengusap wajah aiman yang berada di sebelah gadis itu

"nenek... aiman.. aiman redha kalau nenek nak pergi. aiman.. aiman terima.. asalkan nenek dah tak sakit lagi" kata aiman 

Let's fix itWhere stories live. Discover now