✨60✨

9 0 0
                                    

"assalamualaikum ada orang ke takkk?" panggil aiman dengan suara yang lantang

puas kedua ii lelaki itu menekan loceng dan memberi salam berkali ii pada rumah yang terletak bersebelahan dengan rumah mereka tetapi langsung tiada sahutan. tetapi kereta ada dua biji terletak elok di rumah tersebut. 

"tidur mati ke?" dengus aiman

"yah. harini weekend okay mesti la semua orang tidur lagi waktu ii macam ni, kita je yang rajin sangat nak bersiar ii dekat taman ni" kata daniel

"jangan nak samakan orang lain dengan kau eh, kau je yag melantak tidur waktu ii macam ni" bidas aiman

daniel menjeling.

"kamu berdua cari siapa?" tegur seorang wanita yang bersiar ii di kawasan itu melihat kedua lelaki itu saling berbalah

"aaa assalamualaikum kak" ucap kedua ii lelaki itu dan menunduk hormat

"waalaikumussalam. kamu cari maisarah atau alyea? kamu berdua kawan siapa?" soal wanita itu lagi

"hah?" terkebil ii daniel dengan persoalan wanita itu

"aaa kitaorang baru je pindah masuk kawasan ni, kitaorang nak bagi la sikit buah tangan untuk jiran ii kat sini" jelas aiman

"ouhhh kamu berdua pindah rumah yang mana satu?" soal wanita itu

serentak kedua ii lelaki itu menunjukkan ke arah rumah mereka yang bernombor 74 itu.

"ouhh jiran maisarah rupanya. hujung minggu selalunya diorang memang takkan buka pintu pagi ii, sama ada diorang tengah tidur, atau diorang keluar berjoging, ataupun diorang pergi gym" terang wanita itu

"ada gym dalam ni?" soal daniel terkejut

"haah dekat belakang sana ada satu gym untuk penduduk taman ni, free je nanti bila ii korang pergi la" balas wanita itu

kedua ii mereka mengangguk faham. 

"ha makanan tu kamu letak je dekat tembok tu nanti diorang balik diorang ambil la tu" kata wanita itu lagi

"baik. terima kasih kak" ucap aiman

>

"eh. siapa yang bagi ni?" soal auliya melihat satu bungkusan makanan terletak elok di tembok rumahnya

bungkusan tersebut dia ambil dan terdapat sehelai nota kecil yang tertampal di bungkusan tersebut.

from ur new neighbour. itu yang tertulis di nota kecil itu. terus dia melihat ke arah rumah sebelahnya yang terdapat dua buah kereta mewah. kereta pertama merupakan honda city yang dikatakan farhana semalam. kereta kedua pula merupakan Mercedes AMG GT63s. terbeliak biji matanya, kereta tersebut lagi mahal dari keretanya yang merupakan Mercedes AMG A45s itu. kerja apa agaknya jiran barunya itu. dengan keadaan terpegun gadis itu berjalan masuk ke rumahnya dengan badan yang masih berpeluh kerana baru selesai berjoding dalam kawasan taman perumahan mereka.

"alyea farhana bangun sekarang" kata auliya tegas dan menutup kipas dan juga penghawa dingin bilik itu supaya rakannya bangun dari tidur

tak sampai 5 minit gadis itu bangun dengan muka yang barai.

"kau tahu harini weekend lagi kan? boleh tak bagi aku tidur secukupnya sebelum aku hadapi kesukaran di tempat kerja esok?" soal farhana 

"kau dah tidur sepuasnya semalam. ni matahari dah terpacak atas kepala pun kau masih nak tidur lagi ke? kau bangun sekarang" kata auliya tegas

namun gadis itu masih terbaring lemah di atas katil empuknya.

"kau tidur mati ke sampai tak sedar yang ada orang datang rumah?" soal auliya

Let's fix itWhere stories live. Discover now