suasana menjadi tegang seketika. aiman dan daniel saling berpandangan. aiman melihat dari ekor matanya Tuan Fareez yang hanya diam dengan wajah yang agak ketat. Puan Syazlin pula menelan air liur melihat riak wajah suaminya.
"jemput minum dulu ya" kata bibik menghidangkan empat gelas teh suam di atas meja teh di hadapan mereka
aiman dan daniel mengangguk dengan senyuman pahit di bibir kerana kedua ii mereka berdebar duduk di hadapan kedua orang tua Auliya.
"auliya tak pernah cakap pula yang dia ada kenal dengan mana ii lelaki" Puan Syazlin memulakan perbicaraan
"aaa-
"dah berapa lama kenal anak perempuan saya?" belum sempat aiman berkata apa ii lantas Tuan Fareez memotong
"sebenarnya saya dengan auliya dah berkenalan selama 4 tahun. tapi dua tahun lepas kami buat keputusan untuk buat haluan masing ii, kami buat keputusan untuk menjaga diri masing ii dari terjerumus dalam hubungan yang tidak diredhai. kami buat keputusan untuk fokus dengan diri sendiri sampai berjaya. alhamdulillah sekarang kami berdua dah berjaya" aiman bersuara
entah kenapa setelah mendengar apa yang dikatakan aiman, hati Tuan Fareez sedikit tersentuh.
"kami bertemu kembali dalam 5 bulan lepas. tak sangka pula tuhan mempertemukan kami di waktu yang tepat, waktu kami dah berjaya mencapai impian masing ii" kata aiman
"aunty, uncle. saya datang ni sebenarnya nak minta izin untuk menghalalkan Auliya Maisarah. saya dah lama berniat untuk jadikan Auliya sebagai isteri saya yang sah. sebelum saya ambil keputusan untuk datang sini, saya dah buat istikharah untuk dapatkan petunjuk. dan saya memang tekad untuk halalkan Auliya, menjaga dia, menyayangi dia, dan mencintai dia selayaknya" kata aiman lagi
keadaan diam seketika. mungkin Tuan Fareez dan Puan Syazlin masih dalam keadaan terkejut. Tuan Fareez berdehem dan membetulkan posisinya.
"auliya tahu ke kamu datang ni?" soal Tuan Fareez
laju aiman menggeleng.
"saya tak bagitahu dia apa ii lagi, kalau aunty dengan uncle izinkan, insyaAllah saya akan melamar Auliya dan insyaAllah hujung bulan ni keluarga saya akan bawakan rombongan untuk bertunang" terang aiman
Tuan Fareez mengangguk faham. wajah aiman dia lihat di setiap sudut. jelas terlihat keikhlasan lelaki itu ingin menghalalkan puterinya.
"apa pekerjaan kamu? apa yang kamu dah capai? apa yang kamu dah sediakan dekat anak perempuan saya?" soal Tuan Fareez bertubi ii
"saya bekerja sebagai Chief Financial Manager dalam Company AAD. company AAD juga merupakan sebahagian dari company saya kerana saya, daniel dan lagi seorang kawan kami merupakan partnership di dalam company tersebut." terang aiman
"saya juga dah belikan sebuah rumah untuk Auliya, cuma Auliya masih belum tahu tentang pembelian rumah tu" sambung aiman lagi
Tuan Fareez dan Puan Syazlin mengangguk faham. agak kagum juga dengan lelaki itu.
"Auliya Maisarah tu puteri sulung saya. saya sayang dan jaga dia macam nyawa saya sendiri. saya curahkan segala rasa cinta dan kasih sayang sejak dia lahir. saya tak pernah tinggikan suara atau buat dia menangis walau setitik. saya beri semua yang dia nak tanpa merungut atau mengeluh apa ii. kasih sayang saya dekat dia dari lahir sehingga sekarang tak pernah kurang sikit pun" kata Tuan Fareez panjang lebar
"kamu boleh buat macam mana saya buat?" soal Tuan Fareez
"saya cuba. insyaAllah saya akan pimpin dia, sayang dia, cinta dia, hingga ke syurga" ujar aiman dengan penuh keikhlasan
YOU ARE READING
Let's fix it
FanficEvery man can fall in love with u everytime they see ur smile - Aiman I never fall in love again - Auliya Give me a second chance, please, cinta - Qistina Maybe we met at a wrong time, let's fix it this time - Numan Siapakah yang terpaksa mengorbank...