✨27✨

8 0 0
                                    

"sini rupanya nenek, puas auliya cari dalam rumah" tegur auliya melihat nenek sedang duduk santai di pondok sambil kupas rambutan masuk ke dalam bekas

"kenapa?" soal nenek

"saja rinduuu hihihihi" balas auliya memeluk erat wanita itu

"aiyo kamu ni sama macam si aiman, manja" kata wanita itu tersenyum

auliya hanya tersenyum masih memeluk erat wanita itu.

"ha cakap pasal aiman. mana dia? selalunya pantang nampak nenek kat luar dia orang pertama datang menyondol, ni takda pula" soal nenek menunggu kehadiran cucu kesayangannya itu

"ouh aiman pergi pekan dengan atuk, beli barang kebun katanya" balas auliya melabuhkan kepalanya di paha wanita itu

"ouhh patut la, tengok ni nenek kupaskan rambutan ni, kejap lagi dia balik licin la rambutan ni sekelip mata je" kata nenek 

gadis itu tertawa kecil. 

"sini auliya tolong" kata gadis itu dari posisi baring terus duduk 

"aigo budak bertuah ni, kenapa tak pergi borak dengan mama kamu tu?" soal nenek 

"mama busy buat kerja, itu yang auliya balik tu, taknak ganggu dia" jelas auliya

wanita tua itu mengangguk. faham sangat dah perangai workaholic anak perempuannya itu. walaupun bekerja dari rumah sama saja sibuknya dari dulu hingga sekarang.

"auliya dah lama ke kenal aiman?" soal wanita itu tiba ii

"aaa auliya sebelum ni kenal dia dalam fon je tak pernah berborak pun, kitaorang mula kenal pula dalam 5 bulan lepas" balas auliya

"ouh, lama la juga tu, auliya suka ke kawan dengan cucu nenek tu?" 

"er... maksud nenek?" soal auliya cuba memahami setiap perkataan wanita itu

"maksud nenek, sepanjang kamu berdua kenal ni, semuanya okay ke? cucu nenek tu perangainya macam mana bila dengan kamu?" soal wanita itu lebih terperinci

"ouhh, okay je setakat ni nenek, cucu nenek tu baik orangnya" balas auliya 

"dah lama dia tak kenalkan kawan perempuan dia dekat nenek, dah setahun lebih rasanya" 

"ouh sebelum ni dia ada kenalkan orang lain juga ke?" soal auliya ingin tahu

"aiman ni kan auliya, bila dia ada kenal dengan mana ii perempuan, dia akan datang bawa jumpa nenek dengan mama dia dulu, dari dulu sampai sekarang, baru 2 orang yang dia bawa datang jumpa kitaorang, auliya orang yang ketiga" terang wanita itu

"dan nenek harap kamu orang terakhir lah yang dia bawa jumpa kitaorang" sambung wanita itu lagi

"kenapa nenek?" soal auliya

"sebab nenek rasa kamu la orang paling sesuai dengan dia, kalau boleh, nenek dah taknak dia kenal orang lain selain auliya" balas wanita itu

"kenapa nenek rasa macam tu? jodoh tu kan di tangan Allah nenek, kalau ditakdirkan jodoh aiman dengan orang lain macam mana?" soal auliya

"auliya. naluri seorang ibu, naluri orang tua ni hebat tau. bila dia rasa ada sesuatu yang tak kena, maknanya memang ada la yang akan berlaku, bila dia rasa ada sesuatu yang baik akan berlaku maknanya?" 

auliya hanya diam tidak menjawab.

"nenek nampak dari mata auliya, auliya sayangkan dia kan nak?" soal nenek memegang lembut wajah mulus gadis itu

gadis itu hanya hadiahkan sebaris senyuman.

"nenek doakan kamu berdua berjodoh ya" 

gadis itu mengangguk setuju.

Let's fix itWhere stories live. Discover now