dari jauh kelihatan aiman dan auliya sedang duduk di kerusi berhampiran bilik pesakit. auliya melentokkan kepalanya di bahu aiman dan kepala aiman pula dilentokkan di kepala gadis itu. entah apa yang mereka berdua sedang renungkan.
"mana yang lain" tegur daniel
"uruskan hal pengebumian" balas aiman
"korang pergi lah makan dulu. aiman, kau belum makan kan" kata daniel
"auliya, you pun dari pagi belum makan, nanti gastrik pula" kata numan pula
"taknak. I tak lapar" balas auliya ringkas
daniel melabuhkan punggungnya di sebelah aiman.
"man. auliya. korang kena terima apa yang jadi. nenek pun mesti sedih bila tengok korang berdua macam ni. ajal maut di tangan tuhan. tak kira la kau taknak nenek pergi sekalipun kalau dah ajal dia kita boleh buat apa? yang hidup ni kena teruskan" kata daniel
"senang la kau cakap. bukan nenek kau yang pergi. nenek aku yang pergi" bidas aiman
daniel mengeluh berat. susah betul nak tenangkan lelaki itu.
"okay jom kita gerak balik. diorang akan hantar jenazah ke rumah kita untuk kita uruskan semua" terjah puan adila
"ayah nak naik van jenazah dengan mak?" soal tuan faiz
lelaki tua itu mengangguk.
"aiman nak ikut. aiman pun nak ikut nenek naik van jenazah" kata aiman
"auliya pun" sampuk auliya
"iya jom cucu ii atuk, kita teman nenek naik van jenazah ya" kata atuk
"em niel naik dengan aunty uncle ya, banyak bag kan?" kata puan adila
"eh takpe aunty, segan pula niel" kata daniel menunduk
"ala habis tu macam mana? dengan bagasi ii lagi" soal puan adila melihat beberapa beg baju milik daniel dan aiman yang baru sahaja pulang dari jakarta
"aaa kalau daniel segan dengan aunty, takpa biar saya tumpangkan daniel" celah numan
"takpe ke? tak susahkan kamu?" soal puan adila
"tak pun. kejap ya saya ambilkan kereta." kata numan terus bergerak mendapatkan keretanya
_
selesai sudah sesi pengebumian arwah nenek. semua orang sudah mula bergerak pulang dari kubur tapi aiman dan auliya masih berada di situ merenung ke arah kubur nenek di hadapan mereka. auliya melihat ke arah aiman yang merenung ke arah kubur dengan air mata yang bergenang.
"awak. jom lah kita balik." ajak auliya
"saya nak teman nenek. nenek sorang ii kat bawah tu. nenek takut gelap. nenek takut berseorangan" kata aiman
"aiman. nenek tak berseorangan. ada malaikat yang temankan nenek kat bawah tu. jangan risau okay dekat bawah tu tak gelap. sebabkan nenek tak pernah tinggal Al-Mulk setiap malam jadi kubur nenek bercahaya, nenek takkan duduk dalam kegelapan" auliya cuba menenangkan lelaki itu
perlahan ii nafas lelaki itu ditarik dan dihembus. air matanya yang gugur dia kesat.
"aiman balik dulu ya nek. nanti aiman akan datang lagi lawat nenek, cantikkan kubur nenek sebab ini kan rumah baru nenek" kata aiman sambil memegang tanah kubur
"assalamualaikum nenek. aiman sayang nenek." ucap aiman sebelum dia meninggalkan tempat itu bersama auliya
>
"kenapa ni mama?" soal auliya mendengar keluhan yang dilepaskan oleh puan adila dengan sepinggan mee goreng di tangannya
"atuk tu ha. dah dua hari dia tak makan. mama risau la nanti dia pula yang sakit" luah puan adila
YOU ARE READING
Let's fix it
FanfictionEvery man can fall in love with u everytime they see ur smile - Aiman I never fall in love again - Auliya Give me a second chance, please, cinta - Qistina Maybe we met at a wrong time, let's fix it this time - Numan Siapakah yang terpaksa mengorbank...