✨67✨

4 0 0
                                    

"eh auliya, ada apa datang?" sapa daniel mendekati auliya yang tercegat di luar pagar rumahnya

"aiman ada?" soal auliya

"ouh aiman tak tahu la, aku bangun subuh tadi dia dah takde" balas lelaki itu

"dia tak bagitahu kau ke dia pergi mana?" soal auliya lagi

"takda pula, aku call pun dia tak angkat"

gadis itu mengangguk faham.

"takpelah macam tu. nah ada lauk lebih kitaorang masak tadi, ambik lah" gadis itu menghulurkan sebekas lauk ayam kam heong ke arah daniel

"wahhh terima kasih la eh, aku memang tengah lapar sekarang" ucap daniel gembira

_

aiman tercegat di hadapan sebuah rumah yang agak besar. setiap sudut rumah itu dia lihat dengan teliti. ini merupakan rumah yang ke-7 dia survey. sesudah subuh lagi dia keluar bersama Mikael yang merupakan interior design yang diupah oleh aiman sendiri memandangkan Mikael merupakan interior design yang agak terkenal di negara itu. jadi, aiman perlukan lelaki itu untuk merealisasikan rumah impiannya. setelah beberapa tahun dia bekerja, akhirnya dia dah terdetik untuk mempunyai rumah sendiri.

"macam mana encik aiman?" soal mikael melihat lelaki itu hanya diam melihat setiap sudut rumah itu

"cantik" ungkap aiman

mikael tersenyum mendengar pujian lelaki itu. setelah beberapa buah rumah yang dia tunjukkan kepada aiman, satu pujian pun tak terungkap di bibirnya. ini pujian pertama dia dengar dari lelaki itu. susah nak memenangi hati lelaki itu yang mempunyai cita rasa amat tinggi.

"okay proceed"

terbeliak biji mata mikael mendengarnya. semudah itu? tanpa apa ii komen? 

"betul ke ni encik aiman?" soal mikael tidak percaya

lelaki itu mengangguk selamba.

"tapi saya nak ubah suai sedikit ikut cita rasa yang saya nak" kata aiman

"okay kalau macam tu mari kita masuk dulu untuk tengok bahagian mana yang perlu diubah suai." ajak mikael

>

"okay jadi macam mana encik aiman?" soal mikael sebaik saja selesai mereka melawat semua bahagian rumah tersebut

"okay main bedroom saya perlukan satu spot untuk tengok and enjoy the sunset from window, itu bahagian penting jadi saya nak awak buat yang terbaik" ujar aiman

"okay noted, apa lagi yang perlu diubah suai?" soal mikael lagi

"em kat luar rumah tu saya nak ada mini garden, and then I need two living room which is satu is a main living room dekat area bawah, another living room saya nak dekat tingkat dua tapi it's just mini living room. bahagian belakang perlu dibesarkan sikit untuk dijadikan bilik laundry. and bilik bilik yang ada semuanya perlu dilengkapi dengan bathroom include toilet. dan tinggalkan satu bilik untuk dijadikan office atau bilik bacaan, and I need rak buku yang besar untuk diletakkan dalam bilik tu. tingkat tiga pula saya nak awak tambah balkoni yang besar untuk enjoy the view." 

mikael mendengar dengan teliti dan mencatat di dalam IPad edisi terbaru miliknya supaya tidak terlepas mana ii bahagian penting. 

"so, bila boleh siap?" soal aiman teruja

"in 2 months?" 

"okay proceed, saya akan bayar separuh harga rumah ni dulu sebagai deposit" kata aiman

"s..separuh harga?" terbuntang biji mata mikael

"iya, lagi separuh saya akan bayar sebaik saja rumah ni siap dan fully furnish" kata aiman lagi

mikael masih dalam keadaan tergamam. kaya betul lelaki ni. harga rumah ini hampir mencecah 1 juta ringgit malaysia. dia akan bayar pendahuluan sebanyak RM500,000 sekali gus begitu sahaja? 

_

"amboii aiman, dah 3 bulan kamu tak balik, mama ingatkan kamu dah lupakan mama kat sini" kata Puan Adila memeluk tubuh sendiri

"hihi, aiman busy sikit sekarang ni ma" 

"hmph, iya la tu, rumah mama ni bukannya jauh pun dengan kamu" jelimg Puan Adila

"alaa mama jangan la merajuk, nanti aiman selalu datang sini okay, aiman bawa auliya nak?" pujuk lelaki itu

"auliya? mama tak salah dengar ke ni?" soal puan adila bersemangat

lelaki itu hanya tersenyum riang.

"kamu dah kawan balik ke dengan auliya?" soal wanita itu lagi

"kan aiman dah cakap yang kitaorang akan kembali di waktu yang tepat, ini la buktinya" kata lelaki itu tersenyum bangga

"alhamdulillah, bawa la dia datang sini, mama rindu sangat la dengan dia, bawa la dia aiman" rayu puan adila yang sangat rindukan gadis itu

"ma, aiman sebenarnya nak minta tolong sikit dengan mama papa ni" 

"aiman, minta tolong banyak pun takpe sayang, tolong apa bagitahu je" kata puan adila mendekati anak tunggalnya itu

"aiman nak minta mama dengan papa tolong bawa rombongan pertunangan auliya untuk aiman" pinta aiman

ceria puan adila mendengarnya.

"boleh sayang, bila kamu nak?" soal puan adila teruja

"hujung bulan ni?"

"boleh, auliya dah tahu? ibu ayah dia?" soal wanita itu lagi

perlahan ii lelaki itu menggeleng.

"aiman sebenarnya nak surprisekan dia, jadi aiman tak bagitahu apa ii pun dekat auliya" jelas lelaki itu

"aiman. mama faham niat kamu, tapi seeloknya kamu pergi la jumpa ibu ayah dia, minta izin untuk dijodohkan dengan anak perempuan mereka, tak sopan kalau kita terjah macam tu je. walaupun kamu nak surprisekan auliya, tapi mama nak kamu minta izin ibu ayah dia dulu ye" pesan puan adila

lelaki itu mengangguk faham. betul juga apa yang dikatakan ibunya itu. 

"ha lepas dah dapat izin baru lah kamu lamar auliya, beli lah cincin ke, rantai ke, simple ii je untuk melamar, lepas tu baru lah kita akan bawa rombongan bertunang. step by step. jangan terlalu gelojoh" sambung puan adila

"baik ma, nanti aiman cuba berjumpa dengan ibu ayah dia ye" kata lelaki itu

_

"kenapa awak tengok saya encik aiman? kerja awak dah habis ke?" soal auliya sambil meneliti file kerjanya

walaupun dia sibuk meneliti file kerjanya tapi dia boleh lihat dari ekor matanya bahawa aiman yang berada di hadapannya itu sedang menongkat dagu dan termenung memandangnya.

"kerja saya tengok awak lah" kata aiman tersenyum

"yah. baik awak habiskan kerja awak, atau awak patut balik office awak" ugut gadis itu

"taknokkk, saya nak duduk depan awak, tengok awak, sampai bila ii" kata lelaki itu manja

"cis, kenapa awak takda dekat rumah eh lately ni?" soal auliya

"kenapa? awak cari saya?" soal aiman ingin tahu

gadis itu hanya menjeling.

"cieee, cari saya lah tu, awak rindu saya eh? auliya maisarah cari saya? wah bestnya influencer terkenal cari dan rindukan saya lah. untungnya saya" ejek aiman

"muhammad aiman, jangan melebih lebih eh" jeling gadis itu lagi

"aigo aigo tengok tu pipi awak dah merahh, betul lah tu awak rindukan sayaa kannn" kata lelaki itu menunjuk ii pipi gebu gadis itu yang dah kemerahan

"yahhh! mana ada" marah auliya memegang kedua belah pipinya

"hahahaha, ni saya dah ada depan mata awak, baik awak tengok puas ii nanti rindu pula" ejek aiman lagi

lantas gadis itu mencubit ii lengan lelaki itu geram.


..TBC..


Let's fix itWhere stories live. Discover now