✨74✨

4 0 0
                                    

Dari awal pagi tadi mood Auliya tidak begitu baik seperti selalu. Setiap minit dia memeriksa telefon bimbitnya kalau ii ada terima sebarang mesej dari tunangnya itu tapi satu mesej pun tiada. Rumah pula kosong tidak berpenghuni. Kereta milik tunangnya juga tiada di rumah tersebut.

"Yah kau taknak lunch ke? Aku dah siap masak ni" soal Farhana selesai menghidangkan makanan di atas meja makan mereka

Tapi Auliya langsung tidak menjawab. Hanya diam dalam posisi baring di atas sofa sambil mata yang melihat ke siling rumahnya. Entah apa yang difikirkan hingga tidak peduli akan suara Farhana yang memanggilnya.

"Oi aku cakap dengan kau ni Auliya Maisarah" bahu gadis itu Farhana cuit buatkan Auliya tersedar dari lamunannya

"Far, boleh tak kau call number aku kejap?" Pinta Auliya

"Hm? Phone kau hilang ke?" Terkebil ii Farhana mendail number telefon gadis itu seperti yang dipinta

Sebaik sahaja telefon bimbit Auliya berbunyi, lantas Auliya memegang dan memerhati skrin telefonnya yang tertera nama Farhana di situ.

"Ouh tak rosak rupanya. Aku ingat phone aku dah rosak sebab tak berbunyi dari pagi tadi" ujar Auliya terus mengatur langkah menuju ke dapur untuk menikmati makanan

"Wah, perang akan bermula ke ni?"

Soal Farhana sendiri seakan ii boleh menghidu apa yang ada dalam fikiran rakannya itu. Melihat wajah Auliya yang masam mencuka. Lihat pula ke arah rumah sebelah mereka yang kosong tak berpenghuni. Dia dapat rasakan angin Auliya sedang tidak baik sekarang dan berkemungkinan Aiman lah puncanya.

"Gaduh dengan Aiman lagi?" Soal Farhana yang dah boleh meng-agak

Auliya diam tidak menjawab.

"Cis. Asyik gaduh je korang ni. Macam mana nak kahwinnya?" Bebel Farhana

"Diam lah. You know nothing" dengus Auliya

"Kau kena la faham, dia tu kerja. Dia pula owner business. Mana la tahu ada meeting tergempar ke apa ke. Aku tahu la aku pun pernah alami meeting tergempar. Takkan sempat nak pegang phone punya. Tambah pula dia orang atasan. Mesti lah lagi sibuk" bebel Farhana panjang lebar

Auliya langsung tak pedulikan bebelan tersebut dan menikmati hidangannya.

>

Loceng rumah bernombor 75 itu tak henti ii berbunyi membuatkan Farhana rimas. Siapa pula yang datang tanpa beritahu apa ii ni? Selalunya kalau tetamu ii yang datang rumah mereka pasti akan menelefon dahulu, tapi ini dia tidak menerima sebarang mesej atau panggilan pun. Buka sahaja pintu, terserlah susuk tubuh Aiman yang terjenguk ii di hadapan rumah itu.

"Auliya ada? Kenapa aku call dia tak berjawab? Kenapa aku chat dia onetick je? Mana dia pergi? Dia tidur ke?" Soal Aiman bertubi ii sebaik sahaja Farhana membuka pintu rumah itu

"Memang aku housemate dia, tapi aku bukan penjaga dia eh" jeling Farhana

"Aku tanya betul ii ni jangan buat aku risau boleh tak?" Marah Aiman

"Kau yang mulakan perang kau pula yang risau berlebihan" perli Farhana

"Ye aku tahu aku salah. Aku kena attend meeting penting tadi tak sempat nak buka phone pun untuk inform dia apa ii, itu yang aku bersalah sangat" Aiman luah rasa kesal

"Kau patut bagitahu dekat tunang kau, bukan aku" jeling Farhana lagi

"Yee bagitahu la dia kat mana? Dekat dalam ke?" Soal Aiman ingin tahu

"Mana lah aku tahu, phone dia tak bawa, dia terus keluar dengan pakaian sukan, pergi gym lah kot malam ii ni" balas Farhana

Dengan ucapan terima kasih terus Aiman berlari menuju ke gym yang terletak di hujung lorong rumah mereka.

Let's fix itWhere stories live. Discover now