"Bunga! Alahai budak bertuah ni, jangan lah jenguk-jenguk kat luar tu bahaya... Ramai anggota tengah beroperasi."
"Kejap maklong. Bunga nak tengok je, tak menganggu diorang kerja pun." Bunga tetap tak mengendahkan nasihat dari mak longnya. Kakinya perlahan-lahan menuju ke luar rumah seraya kedua tanganya meraba-raba barang yang ada di sekelilingnya. Takut tersilap langkah bila berjalan dalam keadaan gelap gulita.
Suasana sunyi diperhati dari kejauhan. Apa yang tergambar di kornea matanya hanyalah beberapa lori polis dan kenderaan angkatan tentera darat yang sedang bertugas.
"Ya Allah, seramnya. Agaknya macam ini ke zaman peperangan dulu." Gumam bunga seorang diri.
Tanpa sengaja siku bunga terlanggar pada salah satu barang yang berada di belakang rumah itu hingga membuatkan bunga hampir terjatuh.
"Akkhh!!!"
Tangan bunga ditarik pantas sambil mulut gadis itu ditekup supaya berhenti menjerit. Debaran jantung bunga mula berubah dari radar biasanya, matanya melopong melihat satu figura lelaki yang sedang berdiri di hadapanya saat ini dengan tindakan yang agak berani.
"Emmmph!?" Bunga sedaya upaya bersuara.
"Jangan bising. Kami sedang jalankan tugas." Kata pemuda itu dengan suaranya yang sayup-sayup.
Anak mata bunga memerhati cara pemakaianya. Lengkap berpakaian seragam serba hitam dan peralatan senjata yang lain, wajahnya pun tak juga kelihatan.
Bunga tepis tangan lelaki itu dari menekup mulutnya. Wajahnya sedikit cemberut menandakan dia kurang senang dengan perbuatan seperti itu.
"Awak jangan risau, saya tak sentuh aurat awak pun. Saya ada sarung tangan." Katanya seakan faham apa yang mengundang emosi Bunga.
Bunga tetap diam tak membalas.
"Leftenan, kat situ clear?" Salah satu anggota muncul dari arah berlawanan. Lelaki tersebut hanya menunjukkan ibu jarinya menandakan dia dalam keadaan baik.
Bila anggota tadi bertukar tempat, pemuda bergelar leftenan itu berpaling ke arah Bunga semula.
"Awak okay?" Soalnya.
Bunga angguk. Matanya masih memerhati leftenan.
"Sejak bila leftenan ada kat sini?" Tanya bunga ragu.
"Sejak tadi."
"Tadi bila?"
"Sebelum awak keluar rumah. Saya yang bertugas jaga kawasan luar rumah awak." Jawabnya penuh teliti, kepala Bunga terangguk-angguk faham.
"Betul ke penceroboh ada kat sini?" Bunga masih menyoal dalam keadaan berbisik.
"Betul."
"Penceroboh tu dari mana?"
"Siam."
Bunga bulatkan mulut. Wajahnya menunjukkan macam-macam reaksi, berkerut kening leftenan melihatnya.
"Bunga! Masuk lah cepat nak oi." Laung mak Rosnah dari dalam.
Bunga sekadar menoleh sekilas. Lalu dia senyum kepada leftenan yang masih berdiri di depan.
"Good luck on duty, semoga penjahat kena tangkap!" Bunga tayang giginya yang rata sambil naikkan kedua ibu jari selepas itu dia tabik hormat pula pada pemuda tersebut.
"Bunga datang mak long." Dia membetulkan tuala yang menutupi rambutnya. Leftenan tadi geleng kepala kemudian betulkan posisinya dengan tegakkan dada ke hadapan, masih berjaga-jaga dengan musuh yang masih belum dapat dijejak.
YOU ARE READING
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)
FanfictionLeftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Blurb coming soon...