Pintu bilik dibuka kasar, Bunga yang sedang bergayut melalui telefon bersama Hud itu tersentak sedikit. Pantas matanya memandang ke arah pintu, Maya sudah berdiri di situ dengan raut wajah penuh geram.
"Awak... Nanti saya call balik."
Sempat Bunga menitipkan kata itu pada Hud sebelum panggilan dimatikan. Dia angkat punggung dari katil dan dekatkan diri pada kakak iparnya.
"Kenapa tak bagi salam?" Bunga berpeluk tubuh.
"Why I should bagi salam dekat rumah I sendiri?" Sinisnya. Mulut Bunga sedikit ternganga, jelas-jelas dia tunjukkan reaksi mengejek pada Maya.
"Eh hello? Belajar mana ni? Nama je belajar overseas tapi bab agama terbang ke lautan cina. For your information, kakak iparku yang tersayang... Dekat rumah sendiri lah kita lebih digalakkan bagi salam tau. Yang tak bagi salam tu, syaitan je." Jelas Bunga panjang lebar.
"Just shut up with your tazkirah. Kau dengan abang kau tak habis-habis nak acah alim ulama, keluarga yang terpaling warak lah kononya. Padahal satu keluarga bullshit!" Tengking Maya. Tak pasal-pasal melepaskan geram pada Bunga, entah salah apa yang dia buat pun tak tahu.
Bunga diam. Raut wajahnya berubah merah, tangan dikepal sekuat tenaga.
"Jangan biadab, Maya." Katanya singkat, anak matanya menikam mata milik Maya. Kalau ikutkan hati saat itu juga tanganya naik memukul muka kakak iparnya tapi kerana dia sedar, dirinya sekadar menumpang di situ, Bunga tetap menahan diri. Tak mahu melanggar batas.
"Aku hormat kau, sebab kau masih bergelar isteri abang aku. Kau jangan nak bangkitkan kemarahan aku Maya... Aku tahu apa yang kau buat belakang abang aku, tapi aku diam sebab aku tak nak keruhkan keadaan dalam keluarga aku. Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau sembunyikan selama ni." Suara Bunga semakin mendatar, tapi penuh dengan amaran.
Maya tergelak sinis, wajahnya berlagak di hadapan Bunga.
"Kau ingat aku takut dengan ugutan kau tu? Abang kau sayang sangat kat aku, dia takkan percaya cakap kau." Ujarnya.
Bunga tersenyum nipis, penuh sinis kali ini.
"Sayang? Kau fikir abang aku tu bodoh ke? Kau fikir dia tak nampak apa-apa? Jangan sampai dia tahu semua benda yang kau buat… satu persatu. Sebab waktu tu, bukan aku yang bakal rosakkan hidup kau. Kau yang akan jatuhkan diri kau sendiri."
"Kau…" Maya terdiam, wajahnya tegang.
"Aku apa? Jangan cabar kesabaran aku. Aku mungkin tak sekejam kau, tapi jangan lupa, setiap benda yang kau buat ada balasannya. Hari ni kau boleh ketawa. Esok lusa? Kau menangis pun belum tentu ada siapa nak peduli." Bunga bergerak lebih dekat, suaranya hampir berbisik.
"Kalau aku jadi kau, aku akan jaga mulut dan langkah aku. Sebab bila sampai masanya, kau sendiri takkan mampu nak lari dari kebenaran." Sambungnya lagi.
Bunga berpaling, melangkah keluar dengan tenang, tapi Maya tahu, amaran Bunga itu bukan main-main.
---
"Weh, kau biar betul?" Amir menggeleng kepala melihat Hud yang sedang baring dengan cool fever ditekapkan di dahinya.
"Apa dia?" Hud ketawa kecil.
Amir duduk di birai katil, tepat di sebelah Hud sambil menyentuh wajah dan leher lelaki itu. Sekali lagi dia tergelak.
"Tak demam tapi pakai cool fever? Serius lah?" Amir menyindir.
"Iyalah, sayang je cool fever tu kalau tak dipakai... Lagipun, best tau pakai lepas tu tidur." jawab Hud sambil tersengih-sengih, macam kerang busuk.
Amir menggeleng kepala sebelum bangun dan bercekak pinggang.
"Problem betul kau ni. Dah angau teruk kat Bunga, ya?"
Amir masih geli hati melihat gelagat sahabatnya. Mana taknya, Hud yang selalu gagah di medan operasi tiba-tiba jadi macam kucing jinak bila sebut pasal Bunga.
"Kau tak ada girlfriend, Mir. Kau tak faham 'era kupu-kupu dalam perut' ni berfungsi macam mana." balas Hud selamba.
Amir buat muka selamba, memandang wajahnya di cermin. Dirinya yang sudah siap dalam seragam latihan hanya mendiamkan diri.
"Jodoh aku sesat lagi kot kat kampung Konoha." Amir bergurau, menyebabkan Hud tergelak besar.
"Tunggu, kau ada latihan ke?" Hud tiba-tiba kalut bangun dari pembaringan.
"Iyup. Latihan senjata dan motivasi. Siapa lambat kena push-up 200 kali." balas Amir cepat sebelum keluar dari bilik, sengaja mahu membiarkan Hud kelam-kabut bersiap.
"Amir! Ya Allah, kau sengaja, kan?" Hud geram sambil cepat-cepat mencapai baju seragam yang sudah tergantung.
Gelak tawa Amir bergema walaupun kelibatnya sudah hilang dari pandangan. Memang seronok kerjakan member.
---
"Abang! Lama lagi ke nak balik?"
Bunga berpeluk tubuh, wajahnya berkerut memikirkan gelagat Maya. Puas dia mengadu pada Syafiq melalui panggilan telefon.
"Abang baru je pergi kerja tadi, mana boleh balik sekarang."
Bunga menjeling ke atas, memutar matanya. Iya tak iya juga, ingat Syafiq ni bos ke yang boleh suka-suka balik kerja?
"Ish, Kak Maya tu lah. Abang bawa Bunga ke sini nak jauhkan dari musuh, eh tup-tup musuh tinggal serumah pula!" Bunga mengeluh.
Syafiq ketawa kecil.
"Kak Maya buat apa kat Bunga ni? Cerita kat abang." Syafiq bertanya lembut.
"Dia hina Bunga, hina abang sekali... Tak suka dengar. Hampir-hampir je lagi nak keluarkan taekwondo ni haa."
"Keluarkanlah. Bagi dia tendangan padu sikit." usik Syafiq sambil ketawa.
"Boleh ke? Abang bagi izin tak kalau Bunga belasah dia?"
"Ish, janganlah. Nanti abang pula yang susah." Syafiq ketawa halus di hujung talian.
"Alah, cepatlah balik!" Bunga masih merengek.
"Tak boleh lah, abang balik lewat sikit hari ni... Bunga abaikan je Kak Maya tu. Anggap je dia tak wujud."
"Fine." Nada Bunga sedikit merajuk.
"Nak apa-apa tak? Abang boleh belikan." tanya Syafiq lagi.
"Kalau Bunga minta, abang boleh bagi tak?"
"Boleh, insyaAllah. Apa dia?"
"Nak... Hud. Boleh?"
"Bunga... Dah mula lah tu." Syafiq menggeleng kepala sambil ketawa kecil mendengar suara Bunga yang ketawa terkekeh-kekeh.
"Nak coklat."
"Nanti abang belikan, tunggu kat rumah tau... Abang letak telefon dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
Bunga tersenyum lebar, hilang terus rasa geramnya. Telefon di tangan ditatap sebentar, senyuman di bibirnya tak mampu disorok. Perbualan dengan abang sulungnya memang selalu berjaya menyejukkan hatinya. Kalau ikutkan hati, mungkin dah 'terbakar' rumah ni sekarang.
"Hi."
Bunga segera menoleh ke belakang. Seorang lelaki berdiri di situ dengan senyuman mesra.
"H... hi." Bunga teragak-agak membalas.
"Adik Syafiq, kan?" tanyanya.
Bunga hanya mengangguk. Matanya tetap memandang lelaki itu. Wajahnya nampak familiar, tapi siapa eh?
"Saya Husnie, kawan abang awak. Saya pernah beraya kat rumah awak dulu di kampung. Ingat tak?" Senyuman di bibir Husnie masih tak pudar.
Bunga tiba-tiba tergelak kecil, serta-merta teringat.
"Yang kena kejar itik tu, kan?" Bunga ketawa lagi, mengenangkan peristiwa itu.
Husnie menggaru pipinya yang tak gatal. Pipinya sudah merah bila Bunga masih ingat kejadian memalukan itu. Tak pasal-pasal, dah kena bahan.
YOU ARE READING
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)
FanficLeftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Blurb coming soon...