BAB 19

1.5K 87 3
                                    

"Fiq."

Syafiq yang ketika itu sedang membuang pandangannya ke laut luas, sempat menoleh sekilas ke arah Husnie yang menghampirinya.

Tak menjawab, dia hanya mengangkat kening sambil mengukir senyuman tipis.

"Bunga ada kat rumah kau, kan?" tanya Husnie, teruja.

"Ha'ah, baru je sampai tadi. Kenapa?" Syafiq membalas, matanya kini tertumpu pada sahabat karibnya itu.

"Tadi aku terserempak dia depan rumah kau. Dah besar dia sekarang, eh? Dulu kecil molek aje." Husnie bersuara lagi.

Syafiq tersenyum siring, seakan mengerti makna tersirat di sebalik kata-kata Husnie.

"Adik aku dah besar panjang, tunggu masa je nak berumah tangga." jawab Syafiq bersahaja.

Husnie tergelak kecil, membuatkan Syafiq memandangnya dengan wajah hairan.

"Kau kenapa?"

"Buddy to brother-in-law?" Husnie sempat bergurau sebelum tawanya meledak.

Syafiq menggeleng kepala, namun dia sendiri tak dapat menahan ketawa. Lucu rasanya bila memikirkan sahabat baiknya bakal jadi adik ipar nanti.

"Aku tak berani jamin dia nak kat kau. Adik aku pemilih orangnya." ujar Syafiq jujur.

Husnie berdecit, tangannya memegang tiang di pelabuhan.

"Apa kurangnya aku? Kalau soal rupa, alhamdulillah, kacak aje. Soal ekonomi, insyaAllah mampu. Soal nak bahagiakan anak orang? Itu pasti! Aku kawan kau, kan? Bertahun-tahun kita membesar sama-sama, takkan kau tak boleh bagi kepercayaan?" Panjang lebar Husnie cuba meyakinkan Syafiq.

"Kau full pakej, tapi tak semestinya match kat mata adik aku. Walaupun aku rasa kau sesuai untuk Bunga, yang kahwin nanti dengan kau tu dia, bukan aku. Jadi biar dia sendiri yang buat keputusan." balas Syafiq tenang.

Husnie menghela nafas panjang.

"Aku dah tunggu dia lama kot. Dari dia habis SPM, sampailah dia selesai degree. Kebetulan pulak waktu tu aku sambung latihan ke Amerika Syarikat, tak sempat nak lock dia awal-awal." luah Husnie pula.

Syafiq tersenyum nipis. Dia tahu Husnie sudah lama menyimpan perasaan terhadap adiknya, tapi dia memilih untuk tidak masuk campur. Biarlah takdir yang menentukan dengan sendirinya.

----

Bunga termenung di atas meja, dagunya bertumpu, merenung sayu makanan yang dibeli oleh ketiga-tiga abangnya. Seakan belum cukup, mereka bertiga turut duduk berhadapan dengannya, seolah-olah menantikan dia memulakan suapan.

"Makanlah. Kami risaukan kau tau, sanggup kami keluar kem seawal pagi hanya sebab nak belikan sarapan untuk kau." ucap Fakhrul dengan nada lembut, tapi tersirat kegusaran.

"Bunga tak pernah suruh pun, korang yang beriya nak beli," balasnya, acuh tak acuh.

"Eh, budak ni..." Fakhrul menghela nafas panjang, lelah dengan kerenah adiknya. Bunga tersenyum kecil, tahu sangat dirinya berjaya mengusik hati abang bongsunya itu.

"Esok Bunga dah nak balik kampung. Bila dah kat sana nanti, susahlah kita nak bersua muka... Bila waktu cuti aje kita boleh jumpa." suara Syafiq kedengaran tenang namun berbaur sendu.

Zambri mengangguk, tanda bersetuju.

"Di kampung nanti, kerap-keraplah hubungi kami di sini. Bagi tahu keadaan mak ayah. Jangan senyap terus."

Bunga mengangguk perlahan, mendengar sahaja setiap titah abang-abangnya. Sudah lali dia dengan nasihat-nasihat mereka.

"Faham." jawabnya ringkas, tangannya mula merayap ke arah makanan yang terhidang.

Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)Where stories live. Discover now