BAB 26

1.3K 76 3
                                    

15 panggilan daripada Hud hanya direnung kosong oleh Bunga. Dia tiada hati untuk mendengar rayuan dari seorang lelaki yang akhirnya akan berputar-belit dengan kata-kata.

Ada sebabnya mengapa dia hanya mendengar penjelasan daripada Amir, bukan terus bertanya kepada Hud. Amir adalah sahabat baik Hud, sudah tentu banyak rahsia Hud tersimpan pada Amir. Jika dia bertanya kepada Hud, lelaki itu pasti akan sedaya upaya menjaga hatinya. Dan, Bunga benci ditipu, walaupun sebab penipuan itu untuk menjaga perasaannya.

Telefon di atas meja menyala sekali lagi. Satu pesanan masuk daripada orang yang sama.

Hud
Kenapa tak angkat? Awak okay ke?

Bunga menjeling sekilas sebelum pantas bangun, melangkah keluar dari biliknya. Setibanya di ruang tamu, dia melihat mak dan ayahnya berbual mesra sambil menjamah kuih seri muka hasil tangannya malam tadi.

Dia hanya menghadiahkan senyuman nipis sebelum duduk di hadapan Encik Megat, tangannya laju mencapai kuih itu.

“Ada sesuatu yang hilang hari ni, kan? Awak perasan tak?” Encik Megat bersuara tiba-tiba, memandang isterinya.

“Ha’ah lah bang, mana eh? Tak jumpa pula.”

Bunga mengerutkan dahi, turut sama mencari-cari tanpa mengetahui apa yang hilang.

“Mak, ayah cari apa?” soal Bunga, hairan.

“Senyuman Bunga.” jawab Encik Megat selamba. Puan Zaharah tersenyum sumbing, kali ini, giliran mereka pula menyakat anak perempuan mereka.

Bunga tersenyum hambar. Dia meneruskan kunyahannya tadi tanpa sepatah kata.

“Kenapa monyok je dari semalam? Cuba cerita sikit kat ayah?” Encik Megat cuba memujuk, nada suaranya lembut.

“Tak apa, ayah... Bunga tak suka kongsi beban.” balasnya ringkas, berlapis-lapis kerutan di dahi Encik Megat mendengarnya.

“Jangan berkias sangat, ayah ni tak pandai tafsir kiasan. Cakap terus terang, ada apa? Hud tak boleh datang ke? Sebab tu kamu terima pinangan Husnie?” soalnya lagi, terus meneka.

“Bukan soal boleh atau tak, ayah.”

Mak dan ayahnya memandang Bunga dengan penuh ingin tahu, debar di hati mereka makin terasa.

“Bunga tak nak berhubungan dengan lelaki yang belum selesai dengan masa lalunya. Daripada nanti lepas kahwin bercerai-berai, lebih baik tak diteruskan dari awal. Nanti jadi sia-sia.” Suara Bunga sedikit sebak.

Encik Megat menghela nafas panjang.

“Apa pun keputusan kamu, mak dan ayah akan sentiasa sokong. Mak yakin, Bunga dah cukup dewasa untuk buat keputusan.” Puan Zaharah bersuara lembut, menenangkan hati Bunga. Suaminya hanya mengangguk setuju.

“Betul tu, Bunga. Keputusan kamu ni melibatkan hati orang lain juga. Ayah tak mahu orang anggap anak ayah suka permainkan perasaan lelaki. Kalau terima abang Husnie, pastikan ianya dari hati. Jangan seret dia ke dalam krisis kamu dengan Hud. Kesian dia.” Tegas, tapi lembut, nasihat Encik Megat.

“Tak, ayah. Bunga tak permainkan perasaan abang Husnie. Bunga yakin ini cara Allah bukakan jalan jodoh kami. Abang Husnie mengajak Bunga mencipta hubungan yang halal. Siapa Bunga untuk menolaknya.” Tuturnya yakin, meski suaranya bergetar menahan sebak di dada.

Encik Megat dan Puan Zaharah hanya menatap Bunga yang termenung jauh. Ini bukan Bunga Sofea mereka yang ceria. Sudah sedalam itukah luka di hati Bunga sampai menghapus senyum dan tawanya?

Tiba-tiba, telefon Encik Megat berdering. Nama yang tertera di skrin membuat mereka saling berpandangan.

Kak Esah

Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)Where stories live. Discover now