BAB 25

1.4K 71 5
                                    

"Kita mulakan latihan macam biasa nanti. Bagi mereka rehat dulu." ucap Zambri kepada salah seorang tentera yang bertugas.

Selepas itu, dia berdiri menghadap pagar utama. Matanya tertumpu pada seorang gadis muda yang sedang berbicara dengan tentera yang menjaga pagar tersebut. Keningnya berkerut, cuba meneliti siapa gerangan gadis itu.

Tentera yang ditugaskan di pagar tadi mula melangkah mendekati Zambri.

"Tuan, ada perempuan nak jumpa pasangan dia." lapornya.

Zambri memandang dengan penuh kehairanan.

"Siapa?"

"Dia cakap, dia girlfriend Leftenan Hud."

Berderau darah Zambri sebaik mendengar nama itu disebut, namun dia tidak semudah itu mempercayai tanpa memastikannya sendiri.

Tiada sepatah kata pun keluar dari bibirnya, hanya gerakannya yang bertindak balas. Kakinya melangkah menuju ke pagar utama, di mana gadis itu masih berdiri.

"Nak cari siapa?" Suara Zambri tegas.

Gadis tersebut tersenyum kecil.

"Saya nak jumpa Leftenan Hud. Dia ada kan, kat sini?" tanyanya tanpa gentar.

"Apa hubungan cik dengan dia?" Zambri menyoal lagi, keningnya berkerut, nada suara yang jelas menunjukkan ketidakpuasan hati.

"Saya girlfriend dia. Saya dah call banyak kali, tapi dia tak jawab... Sebab tu saya datang, urgent." balas gadis itu teragak-agak, namun penuh keyakinan.

Zambri mengetap rahangnya. Pandangannya meluncur dari kepala hingga ke kaki gadis itu, menilai, sebelum dia berpaling ke belakang. Kebetulan, Leftenan Amir muncul, wajahnya cemas seolah-olah sudah menduga apa yang sedang berlaku.

"Leftenan Amir." seru Zambri, dengan tegas.

"Tuan." balas Amir sambil berdiri tegak, namun jelas gugup.

"Panggil Leftenan Hud. Bagitahu kekasih dia datang nak jumpa."

arahan Zambri keluar dengan penuh ketegasan, genggamannya pada senjata semakin erat. Mata helangnya merenung tajam, seolah-olah mahu menerkam mangsa. Leftenan Amir sudah mula menggeletar, takut untuk menyampaikan perkara sebenar kepada Zambri.

----

"Bunga, abang nak tanya sikit... Boleh tak?"

Lembut suara Zambri menyapa, namun ada getar kegusaran di balik nada tenangnya.

"Tanya apa? Dah kenapa nak minta izin bagai... Hantu mana yang sampuk abang ni?" Bunga masih mahu berjenaka, meskipun hatinya sedikit resah.

Rasa bersalah menghimpit Zambri, terpalit pada dirinya apabila adik perempuannya itu masih cuba menceriakan suasana.

"Betul ke Bunga ada hubungan dengan Hud?"

Soalan itu bagai petir menyambar. Bunga mengerutkan kening, penuh hairan.

"Soalan apa ni, bang? Abang sendiri tahu kitaorang nak kahwin, kan?"

"Ya, tapi sebelum kenal dia... Bunga dah pastikan ke Hud memang tak ada sesiapa?"

Bunga terkedu. Soalan itu menggoncang ketenangannya. Lama dia terdiam, mencari jawapan yang tak kunjung tiba.

"Bunga..."

"Kenapa dengan Hud?" Bunga memintas, kali ini nadanya tegang, ingin Zambri berterus terang, tanpa meleret.

"Abang... abang jaga kem kemarin. Ada perempuan cari Hud. Dia kata dia girlfriend Hud..."

Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)Where stories live. Discover now