Bunga duduk termenung di meja makan namun mulutnya ralit mengunyah kuih seri muka yang dibuatnya malam tadi. Selang berapa saat, kelibat Puan Rosnah muncul disebalik langsir yang menjadi penghadang antara dapur dan ruang tamu.
Figura mak long yang sudah berusia itu diamati dengan penuh kasih sayang. Susuk inilah yang menjaganya dari remaja hingga dewasa semenjak kehilangan arwah anaknya. Tak terkata jasa wanita berusia ini pada Bunga.
"Apo termenung awal pagi." Jerkah Puan Rosnah sambil menepuk lengan Bunga.
Bunga menelan sisa kuih seri muka yang dari tadi tersekat di ruang kerongkong. Sampai tersedak-sedak dia kerana terkejut.
"Mak long ni, orang diam salah... Orang banyak cakap pun lagi lah mak long pening kepala. Why?" Bunga hirup secawan teh panas.
"Bukanya salah tapi tak pernah pun kamu nak macam gini. Selalunya kalau tak riuh satu dapur, bukan Bunga lah orangnya." Puan Rosnah labuhkan punggung seraya tanganya mencapai salah satu kuih.
Bunga senyum siring, seperti ada sesuatu yang berlegar-legar di benak fikiranya.
"Pakcik Roslan dah hantar bunga-bunga dari kebun ke kedai ke?"
"Dah kemarin. Dah siap susun juga."
Puan Rosnah kerutkan kening.
"Awalnya kamu kemas, selalunya sampai hari ni esok baru kamu sibuk nak mencantasnya. Kena sampuk apa tiba-tiba rajin ni." Tanya Puan Rosnah dengan mimik mukanya.
"Ala saja je mak long. Kemarin orang bosan tak ada benda nak buat jadi apa salahnya siapkan kerja awal sikit lagipun hari ni Bunga nak balik awal, kalau pelanggan tak ada sampai pukul 4.30... Bunga akan tutup kedai." Ujarnya.
"Amboi amboi! Suka hati dia aje nak tutup bila-bila masa dia nak eh." Perli Puan Rosnah.
Bunga tak menjawab dia cuma tayang sengih dihadapan mak longnya seraya bangkit dari tempat duduk. Sedia nak pergi kerja.
Penampilan Bunga diperhati dari atas ke bawah.
"Pelik semacam aje kamu hari ni." Tegur Puan Rosnah.
"Apa yang peliknya mak long... Mak long ni ada aje lah serba tak kena." Bunga mencebik kecil.
"Tak eh, mak long nengok pakaian kau lain macam yo. Apo hal pakai seluar hari ni? Mano pi baju kurung kau tu?" Bila mak-mak negeri sembilan berleter, dah mula curiga dengan penampilan si Bunga.
Bunga sedikit terdiam. Penampilanya yang sedang memakai seluar fit cargo dipadankan dengan blouse panjang lengan itu menampakkan lagi sisi lasak terhadap penampilanya.
"Nak try fesyen baru mak long. Sekali sekala." Ujarnya.
"Rindu nak belanja tendangan depan ke macam mana?" Kata Puan Rosnah lagi. Umpama mengingatkan Bunga yang dia pernah menjadi ahli taekwando waktu sekolah menengah dulu.
Pantas Bunga membidas sangkaan mak long.
"Tak ada apalah mak long. Bunga pergi kerja dulu eh, assalamualaikum." Bunga berlalu pergi meninggalkan Puan Rosnah di meja makan. Dengan langkah terburu-buru dia berjalan keluar agar mak longnya tak bertanya lebih-lebih.
----
Tak berkedip mata Hud bila melihat penampilan Bunga. Ini kali pertama Bunga berpakaian seperti itu, selalunya Bunga mana nak berpisah dengan baju kurung cotton corak floral. Kononya nak tunjuk dia ayu orangnya walhal sebenarnya tak ada ciri-ciri kewanitaan.
"Kenapa pakai macam ni?" Tanya Hud aneh. Dia berlagak tenang dengan debaran hati yang makin kuat terasa.
"Senang nak lari, nak tendang dan sebagainya." Balas Bunga selamba.
YOU ARE READING
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)
Fiksi PenggemarLeftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Blurb coming soon...