BAB O4

2.1K 105 4
                                    

Puan Rosnah bercekak pinggang memerhati Bunga yang sedang menyiapkan beberapa kepingan roti coklat untuk dibawa ke kedai sebagai bekal. Bunga yang dari tadi lagi perasan mata mak longnya itu tak lepas memandang dirinya terus menyapa terlebih dahulu.

"Bunga cantik sangat ke hari ni?" Soalnya tiba-tiba.

Puan Rosnah mencebik sambil labuhkan punggung di kerusi meja makan.

"Tak adalah cantik mana, sama je mak long tengok dengan yang dulu-dulu... Comot dan hingusan." Kata Puan Rosnah.

"Mak long cemburu kan dengan Bunga."

"Nak cemburu apa benda?" Puan Rosnah kerutkan kening.

"Iyalah, sebab mak long dah tua... Tak cantik macam Bunga." Gurau Bunga diiringi tawa pendek dihujung percakapannya.

Puan Rosnah buat muka tak kisah seraya menghirup air teh yang sudah terhidang. Penampilan Bunga dari atas hingga ke bawah di tenung penuh teliti, lawa juga anak saudara aku ni. Lawa-lawa macam ni mustahil nak pergi kerja aje.

"Cantik baju." Puji Puan Rosnah. Sengaja mahu memuji agar Bunga cerita lebih terperinci sebab dia berhias lawa-lawa.

"Baju bundle aje mak long. RM10, gosok bagi kilat dah nampak baru... Lagipun Bunga kan cantik orangnya fakta mengatakan orang cantik pakai apapun tetap lawa. Kalau dia pakai karung aje pun tetap tiada tandinganya." Tutur Bunga selamba.

"Perasan aje lah Bunga ni. Bukan itu jawapan yang mak long nak dengar."

"Bunga nak dating, puas hati?" Bunga jelirkan lidah mengejek Puan Rosnah.

"Dating dengan siapa? Nak berahsia dari mak long ke?" Puan Rosnah mula senyum siring nak mengusik si anak dara.

Bunga diam sejenak, fokus memasukkan bekal ke dalam beg tanganya.

"Ha'ah, takut mak long rampas pula crush Bunga... Mak long kan dah lama menjanda."

Paha Bunga spontan ditepuk separuh kuat oleh Puan Rosnah. Bukanya rasa sakit malah Bunga ketawa terkekeh-kekeh bila berjaya mengundang emosi mak saudara itu.

"Cili mulut tu karang!" Puan Rosnah jegilkan mata.

"Bunga dating dengan leftenan hari tu haa... Dah kitaorang sama-sama menggelitis, apa salahnya kenal hati budi masing-masing kan." Akhirnya Bunga menjawab pertanyaan Puan Rosnah. Seketika mak longnya ketawa halus mendengar jawapan dari Bunga.

"Yang ini boyfriend ke berapa?" Soal Puan Rosnah.

Bunga terus berkira-kira dengan jari jemarinya. Matanya memandang ke atas sesekali ke kiri dan kanan, seolah-olah sedang mengira.

"Ke-50 kot mak long." Ucapnya. Puan Rosnah bulatkan mata, terkejut.

"Banyaknya!"

"Iyalah, kalau nak kira lelaki yang Bunga dah usik-usik sejak tadika dulu sampailah berusia 25 tahun ni... Genaplah leftenan tu yang ke-50, harapnya dia lah penutup." kata Bunga pula.

Puan Rosnah ketawa terbahak-bahak, dia gelengkan kepala bila sering tak lepas dengan setiap balasan anak saudaranya itu. Terlalu celupar macam burung murai.

----

"Boleh lah taukey, ni bunga banyak khasiat oh... Boleh buat body you strong! Rawr! Beli eh? Saya bungkus sekarang."

"Tak mau. Saya tak mau yang tu, bagi saya pilih dulu lah... Bunga hari tu sudah berapa hari saya letak di rumah, tapi tetap juga badan saya rasa letih... Tak ada tenaga mau senam."

Bunga menghela nafas panjang, penat melayan lelaki cina yang berusia itu. Sudah setengah jam dia berleter dan mengadu tentang keadaan tubuh badanya, dah cuba macam-macam cara pun tetap taukey tu menolak. Pening aku.

Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)Where stories live. Discover now