"Macam kau dah dapat greenlight je ni." Amir tersenyum siring, memandang Hud yang sedang bersiap-siap untuk keluar kem berjumpa dengan Bunga.
Senyuman tidak lekang dari bibir Hud. Hal yang paling merisaukannya adalah berhadapan dengan abang-abang Bunga, namun Allah mempermudahkan segala urusan. Seolah-olah sudah tertulis jodoh di antara mereka.
"Aku bersyukur bila Zambri sendiri yang ajak aku jumpa dengan adik dia. Kalau nak tunggu aku keluar sendiri dari sini? Hampeh! Dah lah kena jaga 24 jam. Tak pernah lagi aku dengar tentera jadi pencuri, aku agaknya yang pertama." gurau Hud.
Amir tergelak kecil.
"Itu tandanya Allah buka jalan untuk kau. Untung bila Allah sendiri yang bantu, banyakkan berdoa... Allah kabulkan do’a sesuai usaha. Aku yakin, kau boleh." Amir memberi kata semangat pada Hud.
"InsyaAllah. Doakan aku," Hud mengenakan jam tangan di pergelangan.
"Selalu! Aku pun tak sabar nak makan nasi minyak." Amir tersengih sambil mengusap perutnya.
Hud tersenyum lebar. Dia menatap pantulan dirinya di cermin, wajahnya berseri-seri bila memikirkan Leftenan Zambri yang akan membawanya sendiri bertemu dengan Bunga. Sudah lama dia tidak melihat telatah gadis nakal itu yang sering mencuit ruang hati Hud.
----
"Cantik tak?" Bunga sibuk memperagakan baju kurung yang dipakainya di hadapan Syafiq dan Fakhrul, nak acah model di atas pentas.
Syafiq tersenyum lebar, sementara Fakhrul tak henti-henti mengejek cara Bunga berpusing.
"Kayu! Macam lelaki." Usik Fakhrul, buatkan Bunga menjelirkan lidah tanda dia tak ambil hati dengan sindiran abangnya itu.
"Cantik kan abang?" Bunga kembali tersenyum, matanya tertuju pada Syafiq yang bersandar di tepi kereta.
"Cantik. Adik abang memang selalu cantik." Pujinya penuh kelembutan. Bunga tersengih, tersipu malu. Sesekali, matanya melirik jam tangan, tak sabar menunggu pertemuannya dengan Hud.
"Syafiq!"
Mereka bertiga berpaling ke arah suara itu. Husnie datang mendekat, langkahnya penuh gagah menghampiri mereka.
Bunga hanya memerhati abang-abangnya yang mula berbual mesra dengan Husnie. Ketika Husnie berpaling padanya, Bunga hanya menghadiahkan senyuman kecil.
"Pergi mana ni?" Tanya Husnie ingin tahu.
"Nak hantar Bunga balik kampung." Jawab Syafiq ringkas.
Husnie terdiam sejenak, anak matanya kembali melirik ke arah Bunga. Wajahnya seolah-olah tak percaya bahawa Bunga akan berpindah secepat ini.
"Oh, hari ni ke?"
"Ha'ah, hari ni. Kenapa muka macam tu?" Fakhrul tersenyum siring.
Husnie ketawa kecil, tangannya menggaru belakang kepala. Kelihatan sedikit segan.
"Tak ada lah, rasa macam cepat sangat... Baru nak kenal-kenal lebih dalam dengan Bunga." Kata Husnie lembut.
Bunga hanya diam, perlahan-lahan dia menjauhkan diri dari perbualan mereka.
"Nak kenal lebih dalam apa lagi? Bukankah kau dah kenal Bunga dari dulu?" Soalan Fakhrul kedengaran memancing. Syafiq tersenyum kecil.
Husnie tak membalas, hanya sekadar mengukir senyuman tipis di hujung bibir. Sesekali, matanya tak lepas dari memandang Bunga yang berdiri sedikit jauh. Syafiq dan Fakhrul saling berpandangan. Sebagai lelaki, mereka faham maksud pandangan Husnie. Tanpa perlu berbicara, mereka tahu Husnie menyimpan perasaan pada adik perempuan mereka.
YOU ARE READING
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)
FanficLeftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Blurb coming soon...