Bunga bernafas lega. Pantas tubuhnya ditarik oleh Hud ke samping teres agar ahli sindiket itu tidak melihat keberadaan mereka.
Penampilan Hud yang berpakaian lengkap 11 RGK itu ditenung oleh Bunga, bermaksud Hud sedang dalam operasi."Kenapa awak kat sini, tak balik lagi?" Soalnya dengan nada yang perlahan.
"Saya lewat tutup kedai hari ni." Bunga bernafas laju, rasa gementar masih belum hilang.
Hud memandang ke samping, perbuatanya turut ditiru oleh Bunga. Beberapa anggota ATM sudah pun mengambil posisi masing-masing, bersiap siaga untuk melakukan ops sekali lagi.
"Kami on duty, sebab terima laporan beberapa sindiket masih berada di kampung ini." Hud memberitahu.
Bunga letak jari telunjuk di bibirnya. Lengan Hud di tarik supaya Hud mengikuti langkahnya untuk menjauhkan diri dari teres tersebut.
"Diorang ada dalam teres tu." Bisik Bunga di telinga Hud.
Hud buntangkan mata seraya keningnya sedikit berkerut. Anak matanya melirik sekilas ke tempat anggota yang lain.
"Biar betul?" Tanya Hud ragu. Namun Bunga mengangguk laju.
"Saya ada bukti." Bunga tunjuk telefon pintar miliknya.
Hud diam sejenak, selepas itu dia membuat isyarat pada anggota yang ada agar mengikuti pergerakannya untuk naik ke atas lori tentera darat yang memang sudah ditempatkan agak jauh dari tempat mereka. Bunga juga ikut mengatur langkahnya bersama Hud, manakala separuh angkatan tentera yang lain masih mengawal kawasan perumahan tersebut.
Hud dan Bunga duduk di tempat yang ada. Turut serta bersama mereka leftenan Amir, dan beberapa koperal.
"Ada apa-apa maklumat ke Leftenan?" Tanya Amir.
"Bunga ada bukti." Kata Hud.
Semua mata tertumpu ke arah Bunga. Tanpa ragu, Bunga terus membuka rakaman suara yang berjaya dia tangkap beberapa minit tadi. Mereka fokus ke rakaman suara itu. Bukti yang Bunga miliki jelas kukuh dan boleh diguna pakai untuk mengepung mereka sesuai masa yang akan ditetapkan nanti.
Setelah mendengar rakaman suara dari ahli sindiket tadi, suasana dalam lori tentera darat itu menjadi tegang. Semua anggota kelihatan serius, bersiap siaga untuk menerima arahan seterusnya daripada Hud.
Amir menyandarkan diri, wajahnya keruh, seolah memikirkan langkah seterusnya.
"Maklumat ni cukup kukuh untuk kita buat gerakan mengepung, tapi kita kena berhati-hati. Diorang ramai, kita tak boleh buat silap." Ucap Amir.
Hud yang duduk di sebelah Bunga memandang ke arah Amir. "Betul, kita tak boleh gopoh. Perlu rancangan yang rapi."
Tiba-tiba, Bunga mencelah dengan suara yang tegas, namun ada getar berani dalam nada bicaranya. "Saya boleh bantu, kalau awak semua bagi kepercayaan."
Hud memandangnya dengan dahi berkerut, sedikit terkejut. "Bantu macam mana? Ini bukan kerja main-main Bunga, ini operasi tentera."
Dia faham Bunga tak pernah serius dan suka bergurau tapi berkaitan hal ini Bunga tak boleh ambil sambil lewa.
Bunga menelan air liur kelat, namun dia tetap teguh. "Saya ada idea untuk perangkap mereka."
Hud memandang Amir, wajahnya jelas menunjukkan dia memikirkan apa yang dikatakan Bunga. "Dia ada point, Tuan. Bunga tahu tempat ni lebih baik dari kita." Balas Amir yakin.
"Memang berisiko," Hud berkata, masih ragu-ragu. "Kalau awak ditangkap atau cedera, ini semua tanggungjawab kami." Sambungnya.
Bunga tersenyum nipis, matanya penuh keyakinan. "Saya sanggup tanggung risiko. Ini kampung saya, dan saya tak nak orang kampung saya pula jadi mangsa."
YOU ARE READING
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)
FanfictionLeftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Blurb coming soon...