"Terima kasih belanja aiskrim." Ucap Bunga.
Setelah berpenat lelah membasuh pinggan mangkuk dari majlis kahwin Rita, Hud sengaja ajak Bunga makan aiskrim di hujung taman yang ada. Walaupun aiskrim itu berharga RM1 saja tapi sudah mampu membuat Bunga senyum sampai ke telinga.
"Sure ke tak nak aiskrim mahal? I mean, aiskrim lain?" Tanya Hud. Bunga tetap menggeleng.
"Sama je rasa aiskrim. Ini pun dah memadai, buat sejuk tekak." Balas Bunga.
Wajah cantik Bunga ditenung beberapa saat oleh Hud. Dia berdua hati perlukah dia meneruskan rancangan Bunga yang rela bertarung nyawa agar pihak sindiket berjaya diberkas oleh pihak mereka.
"Saya cantik eh?" Kata Bunga tiba-tiba.
Hud angguk sambil tersenyum.
"Tahu. Awak bukan orang pertama yang puji saya cantik tapi pastinya awak lelaki pertama yang saya terima pujianya." Sempat lagi Bunga mahu mengusik. Hud hanya membalas dengan ketawa halusnya.
"Bunga." Hud menyeru.
Bunga menoleh dengan kening dinaikkan.
"Tak perlu teruskan rancangan tu boleh?" Soal Hud penuh risau.
"Kenapa?"
"Saya risau tentang keselamatan awak. Semua tentang awak, adalah tanggungjawab saya." Ujarnya.
Bunga menanggapinya dengan tenang. Senyuman nipis terukir di tubir bibirnya, langsung tak kelihatan gentar dengan apa yang akan terjadi beberapa hari kedepan.
"Saya okay aje, jangan risau sangat. Allah akan lindungi saya." Balasnya.
Hud geleng kepala. Dia alihkan pandangan ke tempat lain, menikmati pemandangan taman yang hijau serta dipenuhi oleh kanak-kanak yang seronok bermain.
"Yang penting awak ada dengan saya." Bicara Bunga memecahkan lamunan panjang Hud.
"Saya takkan ke mana-mana, selagi awak perlukan saya." Hud tersenyum, matanya lembut namun penuh keyakinan menatap Bunga.
Bunga terus tertunduk tersipu malu. Sedaya upaya dia menyembunyikan pipinya yang sudah merona merah itu.
"Ya Allah, lelaki ni dah bagi ayat-ayat manis pada hambamu ini... Sampaikan hamba cair meleleh bila bertatapan mata dengan dia. Jadikan dia jodoh hamba ya Allah, tak nak dah kenal siapa-siapa lagi lepas ni. Nak Hud je." Bisik Bunga di dalam hatinya.
Menyempat.
----
"Bunga tu, boleh tahan berani kan. Cerdik orangnya." Puji Amir yang duduk di ruang tamu.
"Itupun aku tak setuju sangat bila dia nak join ops kita, sanggup jadi umpan pula tu... Tapi dia berdegil nak tolong juga." Kata Hud pasrah. Amir tersenyum siring, anak matanya memerhati riak muka Hud.
"Kau risau sebab apa? Sayang ke?"
Hud diam sejenak, tak mahu menanggapi soalan Amir.
"Kalau kau tak suka tak payah nak bagi dia harapan palsu lah Hud. Aku nampak budak tu ceria orangnya, jangan kau jadi penyebab dia muram pula. Kalau tak suka direct to the point jangan nak gula-gulakan anak dara orang." Bebel Amir.
Hud bagi pandangan tak puas hati. Orang belum jawab lagi, dah keluar ayat abah-abah dia.
"Kau ingat aku ni playboy sangat ke? Sampai nak mainkan perasaan perempuan." Nafi Hud.
"Habis tu kenapa diam? Lambat sangat kau nak bagi respond."
"Dah bertahun kau hidup dengan aku takkan kau tak tahu lagi." Hud menjeling, Amir sudah menahan senyum.
"Kau tak payah nak tunjuk ego kau depan aku. Bagitahu aje apa yang terbuku dalam hati kau tu. Tak payah nak berselindung." Balas Amir masih memaksa Hud untuk berterus terang.
Hud letak telefon di atas meja. Mahu berikan tumpuan sepenuhnya pada Amir yang sedang duduk berhadapan denganya. Hud menghela nafas panjang, matanya terarah ke dinding seolah-olah mencari jawapan yang sukar untuk diluahkan.
"Ada benda dalam hidup ni, tak semua orang boleh faham, Mir,"
Hud memulakan, suaranya tenang tapi berlapik.
"Bukan semua keputusan kita boleh buat ikut hati. Kadang-kadang... ada yang kita nak lindungi, bukan sebab kita tak peduli, tapi sebab kita tak nak dia tanggung beban yang kita bawa."
Amir angkat kening, cuba memahami maksud Hud yang berkias.
"Bunga tu... dia macam bunga liar. Kau tak boleh biar dia terkurung, dia kena hidup bebas. Tapi dalam bebas tu, kalau kau terlalu dekat, takut kau tercalar sendiri."
Amir tersenyum sinis. "Maknanya kau takut luka, bukan sebab tak sayang."
Hud sekadar tersenyum kelat, tak menafikan, tapi juga tak mengiyakan.
"Kalau kau pernah hilang sesuatu yang kau sayang, kau akan faham, Mir. Rasa takut tu datang bukan sebab kita tak berani, tapi sebab kita tak mahu ulang benda yang sama." Hud menghela nafas panjang, matanya masih terarah ke siling.
"Takut luka kenapa? Kau risau apa sebenarnya?" Amir memandang Hud dengan lebih serius, nada suaranya ingin tahu.
"Bunga tu... dia ada sinar yang buat orang rasa tenang. Tapi kalau aku terlalu dekat, aku takut aku membawa awan mendung dalam hidup dia. Aku takut aku akan lukakan dia, bawa beban yang aku sendiri tak boleh nak tanggung." Hud tunduk sekejap sebelum sambung, suaranya perlahan dan penuh rasa.
"Kau tak percaya dia mampu hadapi semua tu? Kau underestimate dia?" Amir tersandar ke belakang, masih tak puas hati dengan jawapan Hud.
"Bukan soal percaya dia, Mir," Hud membalas, senyuman kelat di wajahnya.
"Aku tak yakin... dengan diri aku sendiri. Aku tahu diri aku macam mana. Setiap kali aku terlalu rapat dengan orang, ada saja yang tak kena."
Amir mencebik, tak setuju.
"Hud, kau tak boleh fikir macam tu. Kalau kau sayang dia, kau kena bagi dia peluang. Jangan anggap kau ni pembawa malang. Tak semua benda dalam hidup ni kita boleh kontrol."
Hud termenung, memikirkan kata-kata Amir.
"Aku bukan nak halang perasaan ni, Mir... tapi aku tak nak dia tanggung sesuatu yang dia tak patut tanggung."
"Hidup ni bukan pasal lindungi orang dari jauh, Hud. Kadang-kadang, kau kena berani ambil risiko. Kalau tak, kau takkan pernah tahu apa yang kau akan terlepas nanti." Amir tersenyum nipis, tapi dalam senyumannya ada sindiran.
Hud diam, tak membalas, hanya memandang Amir dengan pandangan kosong tanda fikirannya berkecamuk.
"Kau anggap Bunga sebagai beban ke?" Amir cuba memancing lagi. Pantas Hud gelengkan kepala tanda menafikan.
"Tak pernah terlintas pun Mir untuk aku anggap Bunga tu sebagai beban aku. Tapi aku tak nak esok hari aku terpaksa tinggalkan dia demi tugas aku pada negara, Bunga perlukan sahabat dan suami sedangkan aku? Kau sendiri tahu tugas aku macam mana." Suara Hud kedengaran sebak.
Amir meletakkan tangannya di bahu Hud, memberikan sokongan yang tulus.
"Hud, aku faham sangat apa yang kau maksudkan. Dalam kerjaya kita, memang ada risiko dan cabaran. Tapi itu bukan alasan untuk kau lepaskan peluang yang mungkin membawa kebahagiaan dalam hidup kau." Amir merenung mata Hud, penuh keyakinan.
"Bunga bukan hanya memerlukan sahabat dan suami, dia memerlukan seseorang yang kuat dan berani, seseorang yang boleh beri dia cinta dan sokongan. Kau dah tunjukkan yang kau boleh jadi tentera yang hebat. Kenapa kau tak boleh jadi pasangan yang hebat juga?"
"Jangan biarkan ketakutan dan keraguan menghalang kau dari mengejar kebahagiaan. Cinta dan tanggungjawab boleh berjalan seiring jika kau bijak mengaturnya. Kuatkan hati, Hud. Jangan biarkan diri kau terperangkap dalam rasa takut. Cinta bukanlah penghalang ia adalah kekuatan. Kau ada peluang untuk buktikan kau boleh jaga kedua-duanya. Ambil langkah ini tanpa ragu-ragu." Amir tersenyum lega. Selesai tugasnya menjadi pakar motivasi cinta.
Hud senyum nipis, dia mengangguk akur.
"Terima kasih Mir."
"No problem buddy. As long as we fight together, there's nothing we can't handle."
YOU ARE READING
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)
FanfictionLeftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Blurb coming soon...