Bab 16

110 7 0
                                    

JEMARI putih mulus Eshal mulai berpeluh. Bahang mulai terasa, menyelinap hingga ke kulit. Dia kaku, tak tahu bagaimana harus bereaksi. Namun satu hal yang pasti — dia tidak bersalah.

"Apa motif awak selama ni? Sebab ini?!"

Suara Eshal lirih, namun sarat dengan persoalan yang terbuku dalam hatinya.

Eidlan tetap berdiam, tatapan matanya seolah mengungkap segala yang tak terucap. Dalam keheningan itu, Eshal mengalihkan pandangan. Dia menunduk, cuba menahan perasaan yang berkecamuk. Bertentang mata dengan lelaki itu membuatnya tidak keruan.

"S— saya tak salah..."

Tap. Tap. Tap.

Bunyi langkah kaki yang menghampiri memecah suasana. Terlihat Farhan dengan wajah penuh serius, berdiri bersandar di dinding koridor hospital.

"Apa salah saya?"

Diam.

Farhan yang bersandar tadi mula berbicara, suaranya sedikit berat.

"Kau tahu apa kesalahan kau?"

Eshal menggeleng perlahan, wajahnya memancarkan kebingungan.

"Aku tanya. Jawab!" Farhan menengking, suaranya tajam.

Eidlan segera meraih kolar baju Farhan, matanya mencerlung tajam, memberi isyarat jelas agar tidak berkasar dengan Eshal.

"Tak! Aku tak tahu, sumpah!" Eshal menggeleng, suaranya hampir bergetar.

'Dia buat apa...' Suaranya tenggelam.
Tak mungkin 'dia' pulang ke Malaysia tanpa pengetahuannya. Apalagi... sepantas ini dirinya dijadikan kambing hitam.

"Oh, kau buat tak tahu pula ya?" Farhan mendengus, mencekak pinggangnya.

"Kau nak tahu apa kesalahan kau?"

Eshal mengangguk, masih cuba memahami maksud kata-kata itu.

"Kau dah buka hati abang aku yang kian lama terkunci ni, lepastu kau tak nak bertanggungjawab pula!"

Lily yang berdiri tidak jauh dari situ tersenyum, mungkin sudah menjangka apa yang bakal berlaku. Eidlan pula menepuk dahinya, jelas kecewa kerana perancangan asal sudah berubah. Disuruhnya A, dibuatnya F.

Eshal terpinga-pinga, tidak pasti apa yang cuba Farhan sampaikan.
"A—abang? Saya tak faham."

"Ha... Kau dah curi hati abang aku, so kau kena bertanggungjawab."

"Siapa?"

"Lah, kau tak tahu ke? Abang aku tu yang kacak ni lah," Farhan menunjuk-nunjuk ke arah Eidlan yang tersengih malu. Tangannya meraba-raba poket, mencari sesuatu.

Klak!

Suara gari dibuka dari pergelangan tangan Eshal. Dengan langkah penuh keyakinan, Eidlan mendekat, sambil tangannya mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poket. Mata Eshal tertumpu pada kotak itu, yang berkilau di bawah cahaya. Dia mula berdebar — kotak cincin?

"Tak reti la nak beli cincin. Saya bagi ni ok tak?" Kotak cincin itu dibuka, namun di dalamnya hanya ada sebuah kunci BMW. Eidlan menghulurkannya dengan senyuman kecil.

Eshal ternganga, matanya terkebil-kebil mencerna situasi yang tampak semakin kabur. Dia menghulurkan tangannya, ingin meraih kotak itu, namun Eidlan pantas menariknya kembali.

"Aip! Awak kena ingat, selepas saja awak terima hadiah ni... awak tunang saya."

Lekuk lesung pipit Eidlan mulai terlihat, jelas senyuman manis menghiasi wajahnya. Iris mossy green miliknya membuat Eshal terpana, lebih-lebih lagi dalam jarak sedekat ini. Baru kali ini dia benar-benar menyedari betapa indah warna mata lelaki itu, seolah ada sinar yang memukau dari dalam.

Al-Asraar : His Flower from ParadiseWhere stories live. Discover now