LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR sentiasa sibuk, namun di satu sudut, suasana riang jelas terpancar di kalangan mereka yang menunggu. Eshal Erhal memerhati sahabatnya Alia yang tersenyum lebar, terpesona dengan adik perempuannya, Diandra.
"Amboi akak, apa yang kelakar sangat tu??" suara Diandra memecahkan suasana, mengejutkan Alia yang sedang terbuai dalam lamunannya. Seketika, Alia tercengang, matanya terkunci pada wajah Diandra. Terpesona oleh kecantikan adik Eshal, dia berdiri kaku seketika.
"KYAA!!!" Alia tiba-tiba meluru ke arah Diandra, tak mampu menahan keterujaannya. Tubuh Diandra dipeluk erat, kemudian digoyang-goyangkan dengan penuh semangat.
"OH MY GOD!! YOU'RE SO GORGEOUS BABE!" Alia terus meraba-raba tangan Diandra, mengagumi kulitnya yang putih mulus. Dia meneliti satu persatu ciri-ciri adik Eshal itu, tidak percaya bahawa semua kecantikan ini adalah asli.
Wajah Diandra begitu sempurna di mata Alia. Hidungnya mancung, mirip benar dengan Eshal. Bulu matanya lebat dan lentik, menambah tarikan pada wajahnya yang sudah sedia memukau. Muka putihnya kelihatan bersinar semula jadi, tanpa satu pun tanda palsu atau bedak tebal. Dengan ketinggian yang ideal dan tubuh yang langsing tetapi kuat, Diandra bagaikan satu model hidup.
Alia tak dapat berhenti menatap mata Diandra—kuning kecoklatan, seakan-akan menyimpan rahsia misteri di dalamnya. “Ya Allah, perfect gila,” gumamnya dalam hati. Jikalau dibandingkan dengan Eshal, Diandra sememangnya jelita, tetapi Eshal tetap ada kelebihan tersendiri. Dengan mata amber yang unik dan rupa paras eksotik, Eshal mempunyai aura yang lebih mempesona.
Alia akhirnya melepaskan pelukannya setelah menyedari Diandra sedikit kekok. “Sorry! Aku tak tahan tengok kau... lawa sangat! Kau ni bak model, sumpah!" puji Alia tanpa henti.
Diandra ketawa kecil, cuba menyembunyikan rasa segan. “Akak ni, puji lebih-lebih pulak,” balas Diandra dengan nada bersahaja.
Eshal yang berdiri di sebelah, hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu. “Alia, kau dah tenang?” sindir Eshal, mengangkat kening.
Alia tergelak besar, “Tenang? Mana boleh! Bila kau ada adik macam ni, siapa yang tak teruja?”
Diandra, yang baru sahaja membeli minuman dari Tealive, ketawa kecil akibat pujian melambung-lambung daripada sahabat kakaknya, Alia. Namun, matanya beralih ke arah Eshal. “Aik. Akak, bagaimana dengan Esra? Tadi, adik tinggal dia sekejap masa dia tengah beli Rotiboy. Line panjang sangat... tup-tup, bila Diandra balik, dia dah tak ada. Dia tengah beli Rotiboy lagi ke?"
Eshal mengangkat kening.
“Diandra ingat dia ada dengan akak," sambung Diandra lagi.
Eshal memandang skrin telefonnya. “Tak lama lagi dia cari kita la tu. Dia kan selalu lambat sikit.”
“Kau ada adik lagi?" Alia bertanya, wajahnya semakin ceria. “Aku tak sabar nak tengok dia. Kalau Diandra ni dah macam ni, macam mana pulak rupa Esra?”
“Diesra, my twin," ujar Diandra.
“Hah, kembar?!! WAHHH."
“Dia lain sikit perangai. Tapi muka kita orang sama je. Cuma mata dia hitam pekat. Rendah macam kakak! HAHAHA"
Eshal merenung ke arah adiknya sambil cekak pinggang. Sempat lagi adik bongsunya itu mengenakannya. Alia pula menahan tawa.
Diandra ketawa lagi, kali ini lebih lepas. “Esra tu memang lain sikit… Dia tak suka tunjuk diri sangat.”
Eshal tersenyum nipis, memikirkan Esra yang selalu dingin dan misteri. “Esra tu memang... lain. Tapi aku pasti kau akan suka dia."
Dalam keghairahan pertemuan itu, seketika suasana menjadi lebih santai. Eshal menoleh ke arah Alia, bersyukur kerana dia ada di situ, sentiasa ceria dan menjaga suasana. Tetapi dalam hati, dia tahu bahawa ada sesuatu yang sedang menunggu mereka—sesuatu yang mungkin akan mengubah segalanya.
YOU ARE READING
Al-Asraar : His Flower from Paradise
Romance"Al-Asraar: His Flower from Paradise" mengisahkan Inspektor Ezzan Eidlan yang terperangkap dalam jalinan misteri pembunuhan yang membingungkan, di mana seorang pembunuh yang dikenali sebagai "Secret" mengancam untuk mengungkap rahsia gelap yang tela...