Langkah demi langkah diatur rapi, setiap jejak seakan membawa cerita yang tidak terucap, tersembunyi di balik senyuman yang tenang. Di lantai kaca kafe itu, setiap hentakan kakinya memantulkan bayangan, namun apa yang terpendam di hatinya tetap kekal di luar jangkauan sesiapa.
Dia melayani pelanggan sambil menyiapkan pesanan dengan cepat. Dalam hatinya, dia mengeluh, "Staf ganti tak sampai lagi ni," sambil matanya melirik ke pintu masuk kafe, berharap ada kelibat yang akan meringankan beban yang makin terasa di penghujung hari itu.
Namun, kegusaran semakin meningkat. Saat tangannya sibuk, fikirannya tidak tenang. Dia menarik nafas panjang, berusaha menenangkan diri sambil berharap staf ganti segera muncul. Tekanan mula terasa, tetapi dia tahu bahawa tanggungjawabnya harus diutamakan.
Gadis itu memotong kek Benjiroll dengan sebilah pisau, setiap hirisan menghasilkan aroma manis yang memikat. Dia teringat akan pesanan lelaki itu sebelum meninggalkan kafe seketika untuk menunaikan ibadah wajib.
"Nanti saya datang balik tau."
Dengan senyuman puas, gadis itu mengagumi hasil kerjanya, lapisan krim yang lembut menampakkan warna-warni menggoda selera. Hati-hatinya, dia menyusun potongan kek di atas piring. Suasana kafe yang ceria semakin menghangatkan suasana, dan dia tidak sabar menanti reaksi lelaki itu apabila kembali nanti.
Gumam Eshal, "Alim betul dia; aku sangka dia sama seperti lelaki-lelaki lain. Tapi, dia siap menyebutkan hadis lagi! Fuh, memang mengagumkan! Tadi aku fikir dia akan terkejut dengan kefasihan bahasa Arab aku, tetapi rupanya dia pun terer juga!"
Mata Eshal mencari-cari di sekeliling, bingung dengan ketidakhadiran lelaki itu. 'Mana dia ni? Eh, kenapa aku pula yang cari dia?'
Dia meraih iPhone 15 Pro Max berwarna rose gold, jarinya laju mendail personal assistantnya, Maya. "Mana staf ganti ni? Sudah lama aku menunggu," desahnya, rasa resah semakin menguasai diri. Dahlah, meeting jam 3 petang nanti. Ahh, tunda jelah ke esok. Rasa hati ini sudah tidak sabar menunggu.
Niatnya terbantut tika bertentang empat mata dengan lelaki yang dicarinya, yang meninggalkan pesanan.
"Haa, melamun apa? Saya dah sampai ni," ujar lelaki itu dengan senyuman.
"Tak. Saya baru lepas siapkan pesanan awak lah ni," balas Eshal sambil menyusun potongan kek terakhir di atas piring. Dia berusaha untuk berlagak tenang, walau sebenarnya terkejut dengan kehadiran lelaki itu yang muncul entah dari mana, mungkin baru sahaja selesai solat di masjid.
"Wah! Baiklah, saya duduk di sini, ye," katanya sambil mengambil tempat di kerusi yang didudukinya tadi.
"Sila," jawab Eshal dengan 'terpaksa' ramah, menunjukkan kerusi yang kosong.
Gadis itu menyusun langkah ke arah lelaki itu untuk menghantar pesanan. Heels Jimmy Choo berwarna putih, jenis 'Lancer 100', berkilau di bawah cahaya, digayakan bersama seragam kafe yang berwarna burgundy dan moden. Setiap langkahnya menghasilkan bunyi 'tap, tap' yang memikat, menarik perhatian semua yang berada di sekelilingnya, menandakan kehadiran yang penuh pesona.
Senyuman lelaki itu tidak lekang dari wajahnya, menambah suasana yang ceria. Gadis itu pun menghidangkan pesanan satu persatu dengan penuh perhatian, memastikan setiap hidangan disajikan dengan sempurna.
Ditenungnya wajah cantik gadis itu, yang merupakan pelayan. Pipinya mulus dan putih gebu, kening lebatnya terletak sempurna, serta tubuhnya yang solik menarik perhatian. Matanya berwarna light amber, menambah pesonanya. Hidungnya yang mancung, seolah-olah mirip dengan orang Arab, memberikan lagi keindahan pada wajahnya. Perfect!
YOU ARE READING
Al-Asraar : His Flower from Paradise
Romance"Al-Asraar: His Flower from Paradise" mengisahkan Inspektor Ezzan Eidlan yang terperangkap dalam jalinan misteri pembunuhan yang membingungkan, di mana seorang pembunuh yang dikenali sebagai "Secret" mengancam untuk mengungkap rahsia gelap yang tela...