Bab 12 : ?

164 8 2
                                    

BUNYI tembakan yang semakin kuat memecah kesunyian ruang, pintu bilik yang dimasuki Ghea terus ditembak tanpa henti, engselnya pecah berderai. Serpihan kayu berterbangan. Afiq dan Farhan segera berlindung di balik sofa, pandangan mereka tidak lepas daripada bilik tersebut, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Asap tipis masih berlegar di udara, bersama gema tembakan yang semakin menjauh. Sedikit terkejut, ASP Farouq berdiri di sudut gelap bilik operasi, wajahnya serius, menyusun strategi.

"Lily, sit rep? ( Situation report) Status?" suaranya lantang, tegas.

Inspektor Lily, di seberang koridor yang sempit, memerhati skrin thermal dari alat yang dipegangnya. Mata tajamnya menangkap pergerakan musuh di tingkat bawah. Sebelum sempat dia menjawab, suara cemas Farhan memecah keheningan melalui alat komunikasi.

Farhan mula melepaskan tembakan balas, dentuman peluru memecah udara.

Dum! Dum! Dum! Bunyi pistol Farhan bergema, peluru meluncur laju menuju sasaran. Prang! Kaca meja yang terkena tembakan pecah berderai, serpihannya bertaburan ke lantai.

Di sebalik sofa, Afiq menarik nafas panjang sebelum keluar dari perlindungan, melepaskan beberapa das tembakan tepat ke arah pintu bilik.

Bam! Bam! Dentuman peluru membelah kesunyian, suara peluru bertempur dengan bunyi kayu dan logam yang pecah menambah kekacauan di ruang itu.

"Kantoi, wei! Dia orang nampak kita, gila!" jerit Farhan, tubuhnya tersepit di celah pintu sambil menoleh ke arah Eidlan, yang sudah bersedia memberi arahan seterusnya.

"Move!" tegas Eidlan, langkah kakinya pantas bergerak, seakan tidak memberi ruang untuk kesilapan.

Namun, situasi semakin meruncing. "Tak guna!" marah Eidlan, menyedari bahawa musuh sudah semakin hampir. Suara Lily kemudian masuk dengan tenang namun padat dengan maklumat.

"Empat musuh, bawah tak selamat!"
jerit Farhan sambil memukul kuat orang bawahan Ghea.

"Tangos moving in. Paling sedikit 12 orang," lapor Lily, matanya masih fokus pada alat di tangan.

"Eidlan, cepat, Eidlan!" Farhan terus mendesak, jantungnya berdegup kencang. Sementara itu, Eidlan meraba-raba di bawah sofa mencari telefon. Dia tiba-tiba terasa sesuatu melanggar tangannya-seekor tikus putih yang tidak disangka-sangka muncul dari kegelapan, menolak telefon ke arahnya.

"Thanks, White!" ucap Eidlan sambil mencengkam telefon itu, bersedia meneruskan pertempuran.

Farhan terus melepaskan tembakan bertubi-tubi, setiap letupan pistolnya disambut oleh gema di dinding bilik. Tembakannya yang seterusnya memecahkan bingkai pintu, serpihan kayu jatuh bertaburan di lantai.

Dum! Dum! Prang! Tembakan berbalas dengan bunyi kaca pecah, suasana menjadi lebih tegang.

Afiq memalingkan badan ke arah Eidlan, isyarat diberikan untuk bersiap sedia bergerak. Sambil melindungi diri di balik sofa, dia menunggu saat yang tepat untuk kembali menyerang.

Tatatat! Tatatat! Bunyi tembakan dari Ghea semakin laju, peluru-peluru menembusi perabot, menyebabkan debu dan serpihan terbang ke udara. Eidlan menggertakkan giginya, melepaskan das tembakan terakhir sebelum berteriak,

"Masuk bilik!" arahnya tegas, memberi ruang untuk pasukan mereka berlindung sementara.

"Clear!" Suara Eidlan bergema, memastikan keadaan sebelum memberi isyarat seterusnya.

"Paan, move!"

Suara Lily tiba-tiba muncul, kali ini penuh desakan. "Kau orang kena keluar ikut balkoni, sekarang!"

Al-Asraar : His Flower from ParadiseWhere stories live. Discover now