Saat-saat menjelang kejadian.
ESHAL ERHAL menghampiri tangga kecil berkilau dari kaca yang mewah menuju ke pintu utama D'Laurent, dia merasakan keanggunan malam itu seakan menyelubungi dirinya. Beg Lady Dior berwarna merah jambu melingkar di lengannya, sementara di tangan kanannya, dia memegang iPhone 15 berwarna rose gold, simbol kejayaannya sebagai CEO hotel terkemuka. Namun, keletihan menyusup ke dalam dirinya setelah dua minggu outstation.
Tiba-tiba, deruman enjin motosikal memecah kesunyian malam. Eshal tidak sempat berfikir sebelum sebuah motosikal meluncur laju ke arahnya. Seorang lelaki India dengan helm gelap menunggangnya, matanya berkilau dengan niat jahat. Dalam sekelip mata, dia meluru ke arah Eshal, tangannya mencapai beg tangan Eshal."Eh!" jerit Eshal, terkejut, tetapi dia bertekad untuk tidak menjadi mangsa. Tanpa berfikir panjang, dia menggenggam beg itu dengan erat.
"Lepaskan!"
Lelaki itu menghamburkan kata-kata kasar, menampakkan gigi taringnya. "Serahkan, atau aku akan buat kau menyesal!" Dia memecut motosikalnya lebih dekat, tangan kanannya menjulur untuk merampas beg Eshal.
Eshal berjuang, tetapi lelaki itu lebih pantas. Dalam satu gerakan rakus, dia menarik beg Eshal dengan kekuatan, dan tanpa diduga, Eshal terseret masuk ke lorong gelap di sebelah D'Laurent.
"Biar aku ajar kau!" lelaki itu menjerit, matanya berapi-api, sebelum dia mengeluarkan pisau lipat dari sakunya. Kilauan tajam pisau itu menakutkan, dan Eshal merasakan jantungnya berdegup kencang.
Suara 'flick!' ketika pisau lipat dibuka membuatkan jantung Eshal berdegup kencang, menandakan saat-saat terakhirnya semakin dekat.
"Jangan! Tolong!" Eshal menjerit, tetapi suara jeritannya terhalang oleh suara enjin motosikal yang mengaum. Jemari putih mulus Eshal bergetar hebat.
Dengan keberanian yang tersisa, Eshal menyepak kaki lelaki itu sekuat hati. Tendangannya mengenai lututnya, membuatkan lelaki itu terhuyung-hayang.
Namun, kemarahan yang membara dalam dirinya tidak dapat dibendung. "Kau ingat aku lemah, oleh kerana aku seorang wanita?" dia terjerit, berbalik semula untuk menyerang.
"Lelaki sampah!"
Thud!
Pisau itu menghunjam ke arah Eshal, dan dia merasakan sakit membakar ketika bilah tajam itu melukai sisi tubuhnya. Darah pekat mengalir dari lukanya, membasahi baju dan tangannya. Dia terjatuh ke tanah, matanya berkaca-kaca melihat lelaki itu bersiap untuk menikamnya lagi.
Dengan kesakitan yang melampau, Eshal berusaha untuk bangkit. Setiap kali dia cuba bergerak, lelaki itu terus menghujani dengan tikaman yang membuatkan dia terhimpit dalam kesakitan. Dia tahu waktu semakin singkat, dan harapannya semakin pudar.
Bunyi tajam itu berdering dengan menakutkan ketika pisau menusuk, mengoyakkan daging dengan suara 'splatter' yang mengerikan.
Setiap tusukan, darah mengalir bagaikan sungai yang melimpah, menciptakan kontras yang menakutkan di bawah sinar lampu jalan.
YOU ARE READING
Al-Asraar : His Flower from Paradise
Romance"Al-Asraar: His Flower from Paradise" mengisahkan Inspektor Ezzan Eidlan yang terperangkap dalam jalinan misteri pembunuhan yang membingungkan, di mana seorang pembunuh yang dikenali sebagai "Secret" mengancam untuk mengungkap rahsia gelap yang tela...