EIDLAN berdiri kaku sejenak, pandangannya tidak lepas dari kontena yang samar-samar di hujung lorong. Bunyi tapak kaki Afiq yang menghampiri di belakangnya tidak langsung mengusik lamunannya. Malam itu begitu sunyi, seolah-olah dunia sedang menahan nafas.
"Mu sero ada ore ko daley tu?" [Kau rasa ada orang ke dalam tu?] suara Afiq kedengaran, serak dan berhati-hati. Terkeluar loghat kelantannya, malas nak berformal bagai.
Eidlan tidak menjawab segera. Instingnya, sebagai pegawai CID yang berpengalaman, memberitahu bahawa ada sesuatu yang jauh lebih besar menanti di balik pintu kontena itu. Sesuatu yang bukan sekadar penghantaran biasa. Dia merasakan bayangan hitam, yang sudah lama menghantui kes mereka, sedang menanti.
Alangkah terkejutnya mereka lagi apabila mendekati kontena itu, seolah-olah ada kuasa yang menarik mereka semakin dekat. Saat pintu kontena ditarik sedikit, bau busuk menyelinap keluar. Afiq tersentak, melangkah ke belakang. Eidlan, bagaimanapun, tetap teguh, walaupun jantungnya mula berdetak laju.
Ketika cahaya lampu suluh memancar ke dalam, apa yang mereka temui membuat darah di urat mereka terasa beku. Di tengah-tengah kontena yang luas itu, sebuah meja kayu tua terletak di antara mayat-mayat yang berselerakan. Di atasnya, terdapat sekeping nota usang, dengan tulisan tangan yang tajam, seperti baru sahaja ditinggalkan.
Eidlan melangkah lebih dekat, mengambil nota tersebut. Hanya ada dua perkataan:
"I'm back."
Afiq mengangkat kening, ketakutan dan keliru. "Apa maksud ni, Eidlan?"
Eidlan menggenggam nota itu erat, memandang ke arah lorong gelap di luar kontena. Dia tahu, permainan ini baru sahaja bermula semula. Sang Misteri yang pernah mereka kejar bertahun-tahun dahulu... kembali.
Ketika mereka berdua berusaha mencerna makna di sebalik nota itu, bunyi siren ambulan dan kenderaan polis menghampiri. Suasana yang sunyi kini dikuasai oleh bunyi hiruk-pikuk. Unit forensik tiba dengan cepat, dan pegawai-pegawai berkumpul di sekitar kontena.
"Inspektor Ezzan Eidlan!" panggil seorang pegawai forensik, seorang wanita bernama Dr. Serena. "Apa yang inspektor temui di dalam tu?"
Eidlan beralih kepada Dr. Serena, wajahnya serius. "Banyak mayat dan nota ini. Perlu segera disiasat."
Dr. Serena mengangguk, membentuk isyarat kepada pasukannya untuk memulakan kerja. Mereka memasang tali penghalang dan mula mengambil gambar serta mengumpul bukti. Eidlan dan Afiq berdiri di tepi, memerhatikan dengan perasaan berat di hati.
Afiq merengus, "Kalau benar dia kembali, kita semua dalam bahaya."
"Memang. Kita tidak tahu apa yang dia rancangkan," jawab Eidlan, mengekalkan fokus. "Kita perlu beritahu unit lain dan bersiap sedia."
Ketika unit forensik bekerja, Eidlan dan Afiq merasa semakin tertekan. Setiap detik yang berlalu seolah-olah membawa mereka lebih dekat kepada kegelapan yang mengancam. Dalam hati mereka, mereka tahu bahawa ini bukan hanya satu kes biasa. Ini adalah permulaan kepada satu lagi cabaran yang bakal mengubah segalanya.
Sementara itu, Dr. Serena memanggil Eidlan semula. "Ada sesuatu yang kamu perlu lihat." Dia mengangkat satu objek dari dalam kontena, satu telefon pintar yang masih berfungsi, terbenam dalam darah.
"Ini mungkin milik salah seorang mangsa," ujar Dr. Serena. "Kita perlu periksa apa yang ada dalamnya."
Eidlan mengangguk, merasakan jantungnya berdegup laju. "Apa pun yang ada, kita perlu ambil tindakan cepat. Setiap maklumat berharga dalam situasi ini."
Afiq menjeling ke arah kontena yang lain. "Eidlan, bagaimana kalau ada mangsa yang masih hidup di dalam sana?"
Eidlan mengerut dahi, memandang Dr. Serena. "Kita perlu siasat dengan lebih mendalam. Mari kita lihat jika ada peluang untuk menyelamatkan mereka."
YOU ARE READING
Al-Asraar : His Flower from Paradise
Romance"Al-Asraar: His Flower from Paradise" mengisahkan Inspektor Ezzan Eidlan yang terperangkap dalam jalinan misteri pembunuhan yang membingungkan, di mana seorang pembunuh yang dikenali sebagai "Secret" mengancam untuk mengungkap rahsia gelap yang tela...