EIDLAN menatap adiknya dengan rasa tidak puas hati, menghampiri kuali yang masih panas di dapur kecil mereka.
"Syed Farhan Najmi! Aku suruh kau masak nasi goreng ayam, bukan sotong," tegas Eidlan sambil merenung isi kuali.
Farhan yang berdiri di sudut dapur, mengangkat bahu dengan malas. "Ayam habis, aku masak sotong lah."
Eidlan tidak puas hati, mengerutkan dahi. "Kau tepi, aku nak check."
Farhan mengeluh kecil. "Ish, tak perlulah sampai check begitu sekali. Penat tau aku kemas peti ais ni."
Eidlan meletakkan tangan di pinggang, lalu menoleh kepada Farhan dengan sinis. "Kepala usus kau lah kemas, bilik kau tu macam reban ikan dah."
Farhan mengekek. "Kepala pundi kau reban ikan! Reban kucing lah."
Eidlan membuka pintu peti sejuk sambil mengerutkan dahi, matanya tertancap pada satu bungkusan kecil yang mencurigakan.
"Ni apa? Katak?" Eidlan mengambil ayam yang terselit di celah rak dan, dengan tepat, melemparkan ayam itu ke arah dahi Farhan.
"Cari pakai mata ikan agaknya."
Farhan menepis lembut. "Jangan dibaling rezeki... Mak kau tak ajar ke hah?"
Eidlan tersenyum sinis. "Tak sempat nak ajar."
Farhan membalas, senyuman di bibirnya turut sinis. "Oh ya tak ye juga, mak kita kan sama."
Suasana santai tiba-tiba kacau bila telefon Ezzan berbunyi-nada lagu Twinkle, Twinkle, Little Star yang dia tak sempat nak tukar. Farhan terus tergelak, tak lepaskan peluang nak mengusik.
"Gaya ketua CID betul," dia menyindir sambil angkat kening.
Ezzan buat tak tahu, cepat-cepat jawab panggilan. Tapi sebaik dengar suara di hujung talian, riak mukanya berubah serius.
"Paan, kita ada misi," katanya tegas, terus tutup telefon. Melihat perubahan muka abangnya, Farhan bangun, bersedia.
"Kerja Tiger," sebut Ezzan perlahan, cukup untuk buat Farhan berhenti dekat muka pintu. Suasana jadi tegang dalam sekelip mata.
"Tiger?" ulang Farhan, nada suaranya mula berat. "Dia tak pernah buat benda kecil-kecilan. Apa kali ni?"
"Risikan dapat maklumat, ada penghantaran besar malam ni. Sindiket pemerdagangan manusia, dan mereka yakin Tiger dalangnya jelas Eidlan."
Farhan melangkah lebih dekat, tumpuan penuh. "Berapa ramai mangsa?"
"Ramai. Cukup untuk buat kita tak tidur malam," balas Ezzan sambil cepat sarung jaket. "Kalau kita lambat bergerak, nyawa mereka dalam bahaya."
Farhan gosok tengkuk, berfikir sekejap sebelum tanya, "Kau ingat Lion? Lim Khao."
"Ingat," balas Ezzan dengan pantas. "Lion mati kat tangan Secret. Dia sorang je yang terbunuh dalam sindiket besar tu. Lepas tu, semuanya senyap. Tiba-tiba, Tiger muncul ganti."
Farhan pandang abangnya dengan serius. "Jadi?"
Ezzan berkerut, cuba tangkap maksud Farhan.
"Kau tak rasa pelik? Secret bunuh Lion, tapi Tiger muncul cepat sangat. Macam ada sesuatu yang kita tak nampak."
Ezzan terdiam sejenak, berfikir dalam-dalam. "Kau maksudkan... Secret ada kaitan dengan Tiger?"
Farhan angkat bahu. "Aku tak pasti. Tapi setiap kali sindiket besar jatuh, yang baru muncul macam dah sedia awal. Tiger ni, dia bukan calang-calang, terlalu terancang."
YOU ARE READING
Al-Asraar : His Flower from Paradise
Romance"Al-Asraar: His Flower from Paradise" mengisahkan Inspektor Ezzan Eidlan yang terperangkap dalam jalinan misteri pembunuhan yang membingungkan, di mana seorang pembunuh yang dikenali sebagai "Secret" mengancam untuk mengungkap rahsia gelap yang tela...