Keesokkan harinya, kami pergi ke Kelantan di mana terletak kampung suami aku. Kami ambil flight dari KLIA. Sejam lebih perjalanannya. Akhirnya sampai di airport Kelantan. Dari situ kami sewa kereta untuk pergi ke kampung. Suami aku menyewa kereta Alphard untuk seminggu terus sebab senang sikit nak bawa family dan beli barang ii. RM10 ribu mat. Baik deposit kereta baru je HAHAHA. Tapi takpelah untuk family kan. Lagipun bagi suami aku duit tu sikit je.
So kami pun gerak ke kampung dan sampai pun rumah suami aku. Masa kami sampai tu dah siap pasang khemah bagai. Orang ii kampung di situ terus pandang kat kereta kami. Tetiba je ada kereta mahal di depan rumah kan. Mesti ingat YB datang. Tapi tak. Rupanya kami. Nampak je kami berdua, kedua-dua adik ipar aku iaitu Dania dan Nasrul terus lari ke kami dan peluknya abang long mereka. Kemudian mereka salam tangan aku dan peluk aku juga.
Dania : Along! Along gi mana? Along dah lupa kitaorang ke?
Nasrul : Adik rindu along tau. Adik call pun along x jawab. Along sihat ke?
Wan : Alhamdulilah sihat. Sorry la along terlalu busy dengan kerja. Nie along dah balik. Along akan tinggal sini seminggu tau.
Nasrul : YEKE along?! YAYYYY
Dania : Kak long sihat?
Aisyah : Sihat Nia. Dah besar ye adik ipar kak long. Dah nak kahwin dah pun.
Nia(Dania) : HEHEHE... Kak long la. tak datang jumpa Nia.
Aisyah : Along Nia tu haa. apa ii salahkan along.
Wan : Eh kita juga yang kene. Memang xnak bagi kitaorang masuk rumah ke macam mana nie?
Nas(Nasrul) : Jom along. Mari tengok bilik along. Adik dah cuztomise tau.
Wan : Oi! kau buat apa kat bilik aku.
Nas : Sinilah tengok.
Nas terus lari ke dalam rumah dan suami aku pula turut kejar dia di belakang. Risau dia bila Nas mention bilik dia. HAHAHA. Kemudian Nia pelawa aku masuk ke dalam rumah. Bapa mentua aku sedang kemaskan rumah. Nampaknya kami dua, terus dia datang peluk kami dan mula menangis.
Ayah : Akhirnya kau balik juga Wan. Ayah dah takut yang kau dah benci ayah sepenuhnya dan tak nak balik rumah lagi. Ayah minta maaf Wan.
Wan : Apa nie ayah? Kenapa Wan nak benci ayah? Ayah tak buat pape salah pun. Wan yang bersalah. Wan minta maaf. Wan tak jalankan tanggungjawab Wan. Lepas ni ayah tak perlu risau. Wan ada kat sini untuk keluarga kita. Wan tanggung semuanya. Ayah rehat je dan restu adik ni haa.
Aisyah : Ye ayah. Kami ada. Kami takkan biarkan ayah bersusah. Jangan nangis.
Ayah : Baiklah Aisyah. Ayah gembira sangat korang balik. Mesti penat jalan jauh ii kan. Pergi basuh muka dan tangan dulu. Ayah sediakan makanan. Lepas makan nanti rehatlah.
Aisyah : Baik ayah.
Nas : Along nak tidur bilik mana ayah?
Wan : Bilik along la... mana lagi?
Nas : EH mana boleh? Adik dah amik bilik abang. Itu bilik adik sekarang.
Nia : Banyaklah kau dik. Gi sediakan bilik along tu. Kau pindah balik ke bilik kau.
Nas : Alooooo...
Nia : Sini Kak long. Kak long boleh guna tandas bilik Nia.
Nia arah aku ke biliknya. Suami aku pula ikut Nas gi tengok biliknya dengan penuh kerisauan apa yang adiknya sudah buat kat biliknya. Ayah hanya tersenyum melihat anak-anaknya bersatu balik. Selepas kami siap basuh muka dan tangan, ayah jemput kami untuk makan. After long time aku dapat rasakan masakkan orang kampung yang asli. Taste dia memang sedap gila. Rupanya orang yang masak tu adalah bapa mentua aku. Patutlah suami aku pun pandai masak. Selepas makan, kami semua duduk bersembang.
YOU ARE READING
BFF Seorang Isteri
RomanceNama aku Aisyah. Ini adalah kisah aku berjumpa dengan seorang lelaki dan menjadi kawan baiknya. Persahabatan kami direstui oleh suamiku untuk bermesra. Oleh kerana persahabatan kami tidak ada batas, hidup aku berubah menjadi lagi hebat dan aku dapat...