Hari isnin yang aku menantikan itu pun telah tiba. Aku dan Syera bertolak ke negeri Perak. Sejak dari saat aku mulakan perjalanan itu, hatiku berdebar lain macam. Aku rasa seperti aku pergi mencari sesuatu yang kepunyaan aku. Sesuatu yang menceritakan kisah aku. Selepas 2 jam lebih, kami pun sampai di Ipoh. Dari Ipoh tu, Syera tunjukkan aku jalan pergi ke kampung tukang urut itu.
Agak keliru juga jalan dia yang perlu melepasi beberapa kawasan kampung dan juga hutan. Walaupun ini kali pertama aku lalu di jalan tersebut, aku rasa seperti pernah lalu dan datang ke tempat ini. Kampung tukar urut itu terletak di dalam kawasan hutan sangat. Agak seram juga tempat itu dan hati aku makin berdebar kuat lagi dan mencari satu penemuan yang indah. Akhirnya kami sampai ke kampung tersebut dan Syera suruh aku hentikan kereta di depan sebuah rumah kayu di kampung itu. Aku cuba cari rumah lain tetapi hanya satu rumah tu je ada kat situ.
Aisyah : Syera... Memang satu rumah je ke kat sini?
Syera : Haah kak... Memang takde rumah lain kat sini... Lagipun bukan ramai yang tahu tempat ni...
Amat berbeza dari apa yang aku bayangkan. Takut pula aku tengok tempat ni. Dahle kawasan hutan yang dalam sangat. Kata kampung tapi ada satu rumah je. Lalu kami turun dari kereta dan bagi salam dari luar rumah. Seorang atuk yang tua sangat ii muncul di depan pintu rumah dan mempelawa kami masuk ke dalam. Masuk je dalam rumahnya, aku agak terkejut tengok tengkorak ii yang bergantung di dinding dan terdapat banyak botol ii yang diisi dengan ubat-ubatan di situ. Rupa dalam rumah itu nampak macam rumah ahli sihir. Diri aku hanya focus pada barang ii mistika di dalam rumahnya sahaja.
Aisyah : Atuk... Kat kampung ni ada satu rumah ni je ke? Atuk tinggal sorang ii je?
Atuk : Ye Aisyah... Mana lagi atuk nak pergi tinggalkan tanah kita?
Aisyah : Eh! Macam mana atuk tahu nama saya?
Atuk : Atuk tahu semua pasal kamu... Atuk tunggu kamu datang mencari atuk. Akhirnya kamu sudah mencari jalan untuk kembali ke tanah kamu.
Aisyah : Apa maksud atuk? Tanah saya?
Atuk : Ye Aisyah...
Aisyah : Atuk... Sejak saya mula perjalanan ke sini, saya asyik rasa lain macam... Rasa macam pergi ke tempat yang berkenaan dengan saya. Atuk... Atuk siapa sebenarnya?
Atuk : haha... Ikut atuk.
Aku tak faham apa maksud atuk tu. Dia hanya gelak kecil dan bawa aku dan Syera masuk ke dalam satu bilik. Di situ terdapat seorang lagi atuk yang berbaring di atas lantai yang ditaburkan dengan daun ii dan juga badannya disapu dengan ubat herbal.
Aisyah : Atuk kata atuk tinggal sorang ii. Ni siapa pulak?
Atuk : Abu... Abu Bakar... Dia disumpah oleh ahli sihir dan badan muda dia menjadi badan orang tua.
Aisyah : Ahli sihir?
Atuk : Aisyah... Kamu tahu tak siapa ibu kamu?
Aisyah : Tak tahu atuk. Aisyah ni anak yatim. Aisyah membesar pun kat rumah anak yatim juga. Lepas jumpa suami saya, kami bercinta dan berkahwin. Kenapa atuk?
Atuk : Aisyah... Kamu ingat semua soalan kamu sudah dijawab. Tetapi kamu belum tanya lagi soalan yang sebenar. Soalan yang menceritakan kisah kelahiran kami...
Aisyah : Atuk... Saya ni siapa sebenarnya?
Atuk : Cucu atuk... Abu Bakar ini... Kembar kamu... Ibu kamu berdua... Anak Atuk... INAYA AMANINA...
Aisyah : APA?!
Atuk : 1000 tahun yang lalu...
Kisah Seorang Puteri
AKAN BERSAMBUNG DI DALAM CERITA 1 SUMPAHAN ✵ 100 MANGSA!!!
-TaMaT-
YOU ARE READING
BFF Seorang Isteri
RomanceNama aku Aisyah. Ini adalah kisah aku berjumpa dengan seorang lelaki dan menjadi kawan baiknya. Persahabatan kami direstui oleh suamiku untuk bermesra. Oleh kerana persahabatan kami tidak ada batas, hidup aku berubah menjadi lagi hebat dan aku dapat...