23

209 56 12
                                    

KEHENINGAN di dalam kereta milik Hafiq itu pecah apabila Naaila bersuara tak lama selepas pacuan empat roda tersebut meluncur keluar dari pekarangan pasar raya.

"Hafiq."

Seruan itu membuatkan Hafiq melirik mata ke arah Naaila. Memegang stereng dengan kemas, pemanduan diteruskan. Walau hanya nama yang dipanggil, seolah berat bunyinya didengari Hafiq. Mengundang tanda tanya dari dia sekiranya ada sesuatu yang mengganggu fikiran Naaila. Lebih-lebih lagi melihat air muka Naaila yang sukar dia ingin baca itu; tidak seperti kebiasaan yang jelas ekspresif. Yang selalu menjadi penyebab Hafiq suka ingin berlelucon dengannya.

"Hmm, kenapa?" soal Hafiq dengan julat suara yang rendah.

"Apa hubungan sebenar kau dengan Rania?" Lama Naaila tahan keinginan hendak bertanya tentang ini, namun akhirnya terluah jua di bibir. Daripada dalam tandas sehingga mereka sempat menghabiskan masa membeli-belah barangan Najla soalan itu berlegar-legar di ruang fikiran Naaila.

Mencerun kening Hafiq mendengar pertanyaan tersebut. Rawak betul soalan Naaila. Dalam banyak-banyak hal, kenapa itu yang dia terfikir hendak lontarkan? Rasanya, ini kali pertama Naaila menyoal sesuatu tentang diri dia; sesuatu yang bagi Hafiq agak personal. Mengenali Naaila setakat ini, dia tak rasa Naaila bertanya atas dasar meminatinya sebagai pelakon. Selalunya yang ingin tahu ini sama ada tiga sahaja; peminat, keluarga atau kenalan kepada keluarga.

"Kenapa tiba-tiba nak tahu?" Sengaja Hafiq memancing dengan nada senang. Wajahnya mungkin tidak terlakar sebarang riak, tetapi ada senyum yang tersembunyi di sebalik kesenangan itu.

"Sebab..." Naaila meleretkan suara sembari kepala diputar ke sekeliling tanpa sebab. Mencari alasan apa saja yang muncul di benak dengan mengemam bibir. Sebelum pandangannya berhenti di sisi muka Hafiq. "Tiba-tiba tertanya?"

"Nak jawapan apa? Ringkas ke detail?"

"Detail, of course."

"Selalunya, jawapan detail ni aku tak bagitahu dekat sembarangan orang." Jeda Hafiq. Di kesempatan itu, dia cuba memerhati riak muka Naaila. "Melainkan orang tertentu."

Dahi Naaila mula muncul kerutan-kerutan halus. "Siapa orang tertentu tu?"

"Orang yang rapat dengan aku. Atau... orang yang spesial untuk aku."

"Faham..." Naaila membalas tenang. Maknanya, dia bukan tergolong di dalam kedua-dua kategori itu. Kalau bukan kerana apa yang dia dengar dalam tandas tadi, Naaila pun tak berniat nak tanya. Yalah, dia tak nak la ganggu hubungan orang kalau benarlah Hafiq ada sesuatu dengan Rania. Hafiq itu figura publik, mestilah apa-apa yang melibatkan perkara privasi tidak boleh dikongsi sebegitu mudah dengan sesiapa sahaja. Logik juga kalau dia merahsiakan hubungan cinta bersama Rania.

Beberapa ketika kemudian, Hafiq bersuara lagi. "Jawapan ringkas, aku dengan Rania tak ada hubungan apa-apa melainkan kita orang cuma profesional bila berkaitan dengan drama. Jawapan detail..."

"Aik, tadi kata orang tertentu je boleh tahu." Picing mata Naaila memandang Hafiq. Seketika, mata mereka bertautan apabila Hafiq secara mengejut berpaling ke sebelah kiri.

"Tiba-tiba rasa nak bagitahu. Kenapa? Tak nak tahu?" Sengaja Hafiq tekankan perkataan 'tiba-tiba' yang sejak tadi menjadi alasan mereka setiap kali ingin berselindung akan alasan yang sebenar. Wajahnya terlakar satu senyuman nipis yang seakan mahu menguji Naaila.

"Bagitahu je la. Macam la tak biasa orang tanya. Orang lain pun mesti akan curious benda yang sama juga."

"Tapi, sebabnya orang tu kau... aku tak rasa kau tanya sebab kau minat aku sebagai pelakon. But nevermind, let's just slide that. Jawapan detail, still sama. Dalam set, luar set, waktu promosi drama, gambar-gambar berdua dekat Instagram atau TikTok, semuanya atas dasar kerja. No romantic feelings involved. Aku dengan Rania cuma contact atas urusan kerja. Tak lebih, tak kurang," jelas Hafiq. Cukup terperinci rasanya apa yang dia beritahu ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love, In Action! | ON-GOINGWhere stories live. Discover now