19

416 17 0
                                    

HAZEL mengorak langkah keluar dari balai ketibaan.Udara dihirup segar. Rindunya Malaysia setelah hampir setahun dia menetap di Melbourne.

Rambutnya yang berwarna hitam berkilat itu dibetulkan lalu dikeluarkan telefon pintar untuk menjawab panggilan dari sahabat baiknya, Nufail Aryan. Lelaki itu sudah berjanji akan mengambilnya di airport hari ini.

Tanpa salam, suara Nufail terus memetir di hujung talian.

"Kau kat mana?"

"Saya dekat dalam lagi, kejap saya datang."

Hazel terus memutuskan panggilan. Matanya meliar melihat sekeliling. Mencari susuk lelaki itu.

Tidak jauh dari situ, matanya tertumpu pada sebatang tubuh yang sedang bersandar di sebuah kereta Lexus berwarna hitam. Lihatkan pada wajah lelaki itu, hanya tenang. Meskipun ramai gadis-gadis muda yang asyik mencuri pandang ke arahnya.

Langkah dilajukan ke arah Nufail. Lelaki itu hanya tersenyum ke arahnya. Memandang Hazel atas bawah. Gadis itu tetap sama seperti dahulu. Mesra dengan senyuman. Bagai bunga mekar yang tidak pernah layu.

"Dah kenapa pandang saya macam tu?" Soal Hazel sambil tertawa. Namun lelaki itu masih dalam dilema. Masih merenung dalam anak matanya.

"Tak ada apa. Dahlah jom."

But kenderaan dibuka. Dengan cekap, segala barangan milik gadis itu dimasukkan satu persatu. Hazel berdiri di sebelah dan menjadi pemerhati.

"Saya ingatkan awak lupa janji awak. Yela. Sejak jadi ceo ni, selalu busy kan?"

Nufail tersenyum sambil menutup but kereta. Lelaki itu memang jarang bercakap. Seperti ada emas di dalam mulut. Jauh sekali memiliki pasangan hidup. Malah sehingga kini, hanya Hazel saja yang berjaya mendapat tempat istimewa di dalam hatinya. Bukan sebagai kekasih, tapi sebagai kawan baik.

Kenderaan mewah itu mula meluncur keluar meninggalkan kawasan perkarangan lapangan terbang. Hazel hanya fokus melihat ke luar tingkap.

Menetap di Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai bandar tanpa tidur ini, mereka pun tidak terkecuali dari menghadapi jalan raya yang sesak.

"Thanks, Ian. Sebab sudi ambil saya."

"No hal lah. Lagipun aku kan bos. Ikut suka akulah nak masuk kerja atau tak."

Hazel menjeling tubuh tegap itu sekilas. Yalah tu. Bukan dia tahu, lelaki inilah yang paling workaholic sekali. Kadang-kadang dia menerima aduan mulut dari Datin Nurana, iaitu ibu kepada Nufail. Kerap pulang lewat ke rumah atau lebih teruk, tak balik langsung!

Masih bujang lah katakan. Tak apalah. Cuba kalau dah berkahwin, memang tidur luarlah jawabnya.

"So, apa plan kau hari ni? Balik rumah terus ke atau nak singgah mana-mana dulu?" Tanya Nufail setelah lama mereka berdua mendiamkan diri.

Hazel termenung sekejap. Tiba-tiba pula perut mengidam inginkan sesuatu.

"Hmm... sebenarnya, saya malas nak balik rumah lagi. Mungkin kita boleh lepak dulu somewhere? Nak hilangkan jet lag and... you know, get used to being back."

Nufail angguk, faham.

"Kita pergi restoran mamak dulu tu nak tak?"

Hazel mengangguk laju. Macam tahu-tahu saja yang dia memang berniat ingin kesana.

"Nak!" Hazel ketawa kecil.

Tak lama kemudian, mereka tiba di restoran mamak yang terkenal di kawasan itu. Memang ini lokasi mereka berdua bertandang sewaktu zaman belajar dahulu. Tanpa berlengah, mereka terus melangkah mengambil tempat di meja makan yang terletak paling hujung.

Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now