69

241 13 0
                                    





MAJILIS kesyukuran diadakan di rumah agam mereka berdua sempena meraikan bakal cahaya mata mereka yang bakal lahir tak lama lagi. Majlis diadakan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Theo dan Hazel hanya menjemput para ustaz serta jiran-jiran terdekat saja. Hanya ingin membuat majlis bacaan yassin serta memberi makan kepada tetamu yang hadir.

Para tetamu sudah pulang ke rumah. Kini hanya tinggal Arzhel, Mika, Nickolai, Tia dan mereka berdua saja. Pinggan mangkuk yang terletak di tempat yang disediakan itu sudah dibasuh oleh pihak catering. Theo langsung tidak memberi keizinan kepada isterinya untuk membuat kerja rumah. Tak mahu melihat isterinya itu berpenat lelah.

Hanya sekadar duduk dan berbual. Suasana yang berubah hening itu berubah ceria dengan kehadiran Tia. Gadis kecil itu tak habis berceloteh menceritakan hal yang terjadi di tadika.

"Abang, boleh tak Tia nak bawak Leo pergi tadika esok? Kawan-kawan Tia teringin nak tengok Leo. Bolehlah abang..." Rayu Tia dengan mata yang membulat. Harimau putih di sebelahnya itu diusap sambil memandang ke arah Theo.

"You mana boleh bawa Leo pergi sana. Silap-silap nanti kawan-kawan you yang lari keluar," ujar Mika. Ada saja karenah gadis kecil ini.

"Alah... Leo bukan makan orang pun. Abang... Bolehlah."

Gelas yang berisi air apple itu diambil lalu diteguk rakus. Theo memandang ke arah Tia tanpa senyuman. Dia meletakkan gelas kaca ke atas meja semula sebelum menggeleng perlahan.

"Ish abang ni! Semua tak boleh!" Tia memuncungkan bibir. Terus dia melabuhkan punggung di sebelah Hazel. Mulut terkumat-kamit membebelkan sesuatu.

"Ala sayang. Kalini dengar cakap abang okey? Leo tak boleh keluar mana-mana dengan bebas. Nanti polis tangkap Leo macam mana? Tia mesti taknak hilang Leo kan?" Sengaja Hazel mahu memancing. Tahu saja dengan perangai Tia. Gadis kecil itu memang sejenis yang berkeras hati.

Tia menggeleng laju. Gadis kecil itu memanggil Leo supaya duduk di sebelahnya.

"Taknak. Tia taknak dia kena tangkap. Okeylah, Tia takkan bawa dia pergi tadika. Leo kena duduk dalam rumah diam-diam kalau taknak kena tangkap tau?" Pesan Tia kepada harimau putih itu. Haiwan itu mengeram sambil menggosok-gosok kepalanya di lutut Tia.

"Perempuan tu masih ganggu kau lagi ke?" Theo bersuara. Melihat ke arah Nickolai yang diam saja. Lelaki ini memang jarang bercakap.

"Hmm." Nickolai mengurut dahinya. Hari ini sudah masuk dua minggu perempuan itu keluar masuk ke dalam pejabat. Sudah berkali-kali ditegur tapi masih tak ada kesan. Perempuan itu memang tak takut mati.

"Kau tak ada rasa apa-apa ke dekat dia? Takkanlah tak ada langsung? Come on bro. She's a freaking model! Ramai yang nakkan dia tapi kau tolak macamtu saja?" kata Arzhel. Tak faham betul dengan lelaki itu. Nuraien Ammara. Nama yang tak asing lagi di dunia fesyen. Gadis itu merupakan model yang terkenal di London.

"I can get someone to rip her if you want." Ujar Theo mendatar. Niatnya bukanlah untuk membunuh. Cuma memberi peringatan saja kepada perempuan itu supaya menjauhkan diri dari Nickolai. Dia tahu, Nickolai bukan sejenis yang bergaul dengan wanita.

"No need. I can handle it myself," balas Nickolai. Theo hanya mengangguk. Malas mahu bertanya apa-apa lagi.

"Hello gaiss. Niel yang kacak lagi bergaya sudah sampai!" Lantang Niel bersuara. Dia melangkah masuk ke dalam rumah agam Theo sambil menghayun tangannya dengan gembira.

"Datang dah..." Theo mengeluh perlahan. Naik turun nafas dia apabila melihat tindakan selamba lelaki itu. Mujur saja majlis kesyukuran yang dibuat sudah tamat.

Niel mengangkat beg kertas di udara. Dia tersenyum lebar apabila melihat Hazel yang anggun mengenakan gaun berwarna putih beserta rambut yang digayakan waterfall braids.

"Hi peanut. Saya buatkan cake in bowl untuk awak. Semalam awak cakap yang awak teringin nak makan tapi malas nak beratur kan? Ni saya buat terus. Just for my princess peanut comel meletop kebaboom!" Kata Niel kuat. Lantang betul sehinggakan ruangan itu bergema dengan suara merdu dia saja.

Hazel tersenyum lebar. Macam tahu-tahu saja yang dia memang mengidam makanan itu. Sengaja mahu mengadu kepada Niel semalam.
Kalau minta pada suaminya, alamak sampai bersalin dia tidak dapat makan dessert yang terkenal itu. Theo anti betul dengan makanan manis.

"Terima kasih Niel. Awak tahu-tahu je saya mengidam."

Kejap. Niel terkaku seketika. Sel-sel otak baru saja nak berfungsi setelah mendengar balasan dari wanita itu. Mengidam?

Mengidam tu bukan tanda....

"Eh jap. Awak pregnant ke, peanut?"

Hazel senyum tanpa sebersalah. Hanya Niel saja yang tidak tahu yang dia sekarang tengah berbadan dua saat ini. Kali terakhir dia bertemu dengan Niel sewaktu acara makan malam bulan lepas. Kemudian, dia mendapat berita bahawa Niel tidak berada di Malaysia buat beberapa hari kerana ada hal yang perlu diselesaikan di luar negara.

Arzhel memandang ke arah Mika dan Nicko yang duduk tenang di kerusi makan. Dia membuat isyarat supaya menekup kedua-kedua telinga. Tahu saja bakal ada jeritan yang mungkin boleh menggoncang rumah.

"Oh my Allah! You're pregnant? Maknanya tak lama lagi akan ada baby peanut in the house lah!" Niel menari dengan gembira. Teruja betul.

Niel meluru ke arah Arzhel sebelum menggoncang bahu lelaki itu kuat. Dia mencekup pipi Arzhel sehingga bibir lelaki itu memuncung ke hadapan. Tak lupa juga, pipi itu dicubit berkali-kali.

"Kau dengar kan peanut cakap apa tadi? Tak lama lagi kita akan jadi uncle! Tak sabarnya aku. Lepas ni boleh culik baby peanut jadi geng!"

Niel akui, dia memang sukakan budak-budak. Lebih-lebih lagi bayi kecil. Ingin dicubit saja pipi tembam itu setiap hari macam yang dia buat pada Arzhel ketika ini.

"Woi kau nak lepas geram dekat aku ke apa? Tepilah tangan kau tu. Nanti habis berkurap muka hensem aku ni." Arzhel merengus kesal. Kemudian tangan Niel ditolak menjauh.

Pecah tawa Hazel tatkala mendengar suara itu. Dia menoleh ke arah suaminya yang hanya berwajah dingin. Theo sedang merenung tajam ke arah Niel.

Mika dan Nickolai bangun berdiri. Mereka melangkah ke arah Theo yang diam melihat gelagat isterinya yang sedang mengambil gambar bersama Tia, Niel dan Arzhel. Mahu dijadikan kenangan katanya.

"Aku harap perangai diorang tak berjangkit dengan anak kau lah ya," ujar Mika sebelum tertawa kecil. Tak terbayang bagaimana sikap anak Theo dan Hazel ketika berada dalam jagaan Niel nanti.

"Jom kita shopping barang baby!"

Tia berpaling muka menghadap Niel. Tangan dinaikkan dada.

"Kakak jangan izinkan uncle beli barang baby. Uncle tu bukan boleh. Silap-silap dia beli semua barang yang ada kartun barbie."

"Biarlah! Yang you nak marah-marah dah kenapa? Tak salah pun kalau i beli semua barang barbie. Betul tak?" Niel menoleh ke arah Hazel. Mulut terkumat-kamit memberi isyarat kepada Hazel supaya mempertahankan dirinya.

"Kalau baby lelaki macam mana? Takkan dia nak pakai baju warna pink? Eeeee taknak! Tia taknak baby jadi macam uncle!"

"Kalau baby peanut lelaki, uncle belikan baju ada gambar patung Ken lah! Apa susah." Niel senyum kemenangan. Bab-bab ini, kalau Tia mahu melawan memang nescaya akan kalah. Dia peminat setia Barbie kut. Semua movie dia dah tengok.

"Niel... Awal lagi nak beli barang baby. Kita tunggu tiga empat bulan then ikut koranglah nak beli apa. Kakak tak kesah."

"Ha dengar tu. Jangan beria sangat." tutur Tia dengan nada sinis.

Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now