50

668 17 3
                                    

"TUAN!" Arzhel muncul. Tercungap-cungap dia di hadapan Hazel.

"Penat saya cari tuan sampai tingkat bawah. Dekat sini rupanya," ujar Arzhel. Rasa penat masih belum hilang kerana dia berulang-alik mencari ketuanya itu.

Mata Hazel terus membulat sebaik saja mendengar kata-kata dari lelaki itu. Terkedu. Dia menoleh ke arah Theo, yang hanya berwajah dingin di depan Arzhel.

"Dia ni majikan awak ke?" Bisik Hazel perlahan.

"Ya. Dialah orang atasan saya. Kenapa?" Arzhel kerutkan dahi, kecilkan mata memandang Hazel.

"Kenapa cari aku?" Suara garau itu menyentakkan lamunan Hazel.

"Tadi Lucy beritahu saya yang tuan perlu hadir meeting selepas makan tengahari ni."

Theo diam.

"Cancel meeting. Aku ada hal lain yang perlu dibuat," balas Theo sambil senyum senget ke arah Hazel.

"Baik tuan," balas Arzhel. Dia memandang ke arah Theo dan Hazel bersilih ganti.

"Aku nak bawa dia keluar," Theo bersuara. Sambil itu, dia turut melawan panahan mata tajam dari gadis itu.

"Okey tuan, no problem. Asalkan tuan bahagia, saya okey je tuan!" Bibir Arzhel naik menguntum senyum.

"Tapi tuan jangan bawa dia pergi tempat pelik-pelik pula."

"Aku tahulah. Kau ingat aku ni jahat sangat ke. Dah lah kau pergi lunch. Jangan sibuk hal aku."

"Manusia ni depan lain belakang lain tuan. Saya nasihatkan aje. Saya taknak tuan buat perkara yang melanggar syariah"

"Kau ni sejak-sejak bercampur dengan jantan tu makin menjadi-jadi perangai kau ya. Kau jangan sampai aku bawa kau jumpa Leo." Kata Theo sambil mencerlung anak mata berwarna hitam gelap itu tajam.

Wajah Arzhel setelah mendengar nama itu terus berubah. Dia mengundur setapak. Lelaki ni bukan boleh. Pantang cuit sikit terus meletup. Baik aku bla sebelum dia naik hantu.

"Hehehe gurau je tuan. Tuan pergilah sambung dating. Saya nak pergi makan dulu. Tata!" Arzhel sengih lalu meninggalkan pasangan itu.

Hazel terkejut apabila lengan baju kemejanya ditarik lembut. Tergamam dia apabila melihat tangan lelaki itu merangkul lembut hujung baju itu.

"Jom. Saya tak nak kita terlambat." Kata Theo dengan senyum manis. Personaliti yang dingin tadi juga sudah bertukar kepada ceria. Cerah saja wajah lelaki itu bila dipandang sekarang.

Split personality ke apa?

"Jangan pegang saya."

Laju dia menepis tangan yang berurat itu. Tidak mahu menolak, dia hanya ikut tubuh tegap itu dari belakang.

Theo hanya mengangguk. Kemudian, mereka sama-sama menuju ke lif peribadi milik Theo.

"Saya rasa, bukan hak saya untuk naik lif ni. Awak naik jela lif ni. Saya naik lif biasa. Kita jumpa dekat bawah."

Theo hanya diam. Sebaliknya dia terus menolak tubuh gadis itu masuk ke dalam lif bersamanya. Hazel yang tidak sempat bertindak, terus masuk ke dalam lif itu.

"Awak!"

"Saya tak nak staff-staff dekat sini bercakap buruk pasal awak. Ikut je cakap saya kalau awak nak selamat."

Pintu lif terbuka. Cepat-cepat Hazel keluar dari situ lalu menarik nafas sedalam-dalamnya. Sesak nafas apabila berada di ruangan kecil bersama lelaki itu.

Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now