HAZEL memandang ke arah matahari yang mula terbenam itu. Tak lama lagi, hari akan menjadi gelap atau lebih baik, dihiasi taburan bintang-bintang dan bulan. Tapi melihatkan cuaca yang baru saja selepas hujan tadi. Dia tak rasa semua itu akan terjadi. Mungkin suram.
Tiba-tiba dia teringatkan peristiwa petang tadi. Perlahan, rona merah merayap di pipi. Kalau bukan kerana dia yang berdegil ingin bermain biola
sewaktu musim hujan, pasti dia takkan bertembung langsung dengan lelaki itu.Mata mengerling ke arah jam dinding. Hari sudah hampir malam, namun kelibat Irene langsung tidak kelihatan. Sejak gadis itu mempunyai hubungan istimewa dengan Kyle, Irene kerap lambat pulang ke rumah. Bukan apa, dia cuma risau. Lebih-lebih lagi dengan jarak usia mereka yang berbeza dua tahun.
Tangan naik ke atas dada. Selalunya, ketika dia dalam keadaan resah seperti ini, pasti dia akan memegang loket berbentuk bintang yang dihadiahkan oleh umi. Baginya, ini adalah salah satu cara untuk menenangkan diri dan untuk melepaskan rindu kepada umi yang berada jauh beribu batu.
Tiba-tiba dia tidak merasakan sesuatu. Loket yang dihadiahkan oleh Puan Aisyah telahpun hilang. Puas cari di merata-rata tempat namun hampa.
"Rantai aku.." rintihnya perlahan. Tiba-tiba rasa mahu menangis. Sudahlah itu merupakan pemberian orang tuanya.
Mahu keluar, hari sudah gelap. Biasanya dia akan ditemani oleh Irene jika hendak keluar pada waktu malam. Tapi memandangkan Irene tiada, maka dia terpaksa mencarinya esok.
HAZEL kini sudah berada di Milan, Italy. Beberapa jam lepas, dia, Aurora, Avrin dan Irene selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Milan. Walaupun penat penerbangan yang hampir memakan waktu sepuluh jam belum hilang, mereka tetap meneruskan agenda utama iaitu berjalan-jalan di sekeliling kota Milan.
Tapi sekarang hanya tinggal agenda. Sebab apa? Sebab aku sekarang ni tak tahu aku dekat mana.
Yes everyone. I'm getting lost. Yay!
Dia pun tak tahu mana silapnya. Tadi mereka berempat pergi ke sebuah kedai untuk mencuba gelatto yang terkenal disitu. Dia berlalu untuk ke tandas sekejap. Dan bila balik, rakan-rakannya telah hilang. Aiskrim yang diletakkan di atas meja turut hilang sekali.
Nasib bertambah malang sebaik saja dia keluarkan telefon dan skrin gelap tidak bernyala. Puas butang kuasa ditekan berkali-kali tapi yang muncul hanya simbol,
Perlu dicas
Innalillah. Gara-gara teruja mengambil gambar dan video, tak sedar bateri telah habis. Hilang sudah satu-satunya medium untuk dia dan yang lain untuk berkomunikasi.
Mahu bertanya sekeliling, dah tentulah bahasa yang menjadi penghalang. Dah enam orang dia tanya sama ada tahu bahasa inggeris atau tak, semua jawab tak. Agaknya memang nasib malang tidak bertemu dengan orang yang fasih berbahasa Inggeris. Sudahnya Hazel mengalah.
Mendongak ke arah langit sekali lagi. Langit yang gelap menambahkan keresahan di dada. Hilang harapan. Dimana dia perlu tidur malam ini? Di tangan pula hanya ada beberapa Euro saja. Hanya lepas untuk membeli makanan. Itupun untuk sehari.
Ya Allah..
HAZEL berdiri tegak di depan sebuah restoran yang baru ditutup. Hanya ini sajalah tempat untuk dia berteduh daripada tangisan langit yang mulai turun.
Hazel memeluk tubuh sendiri bila terasa angin bertiup. Anak rambut turut diselakkan ke belakang telinga. Kawasan disini sudah makin sunyi kerana banyak restoran dan kedai dah ditutup.

YOU ARE READING
Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]
AcciónKind of..stranger to lover? Lover to..