MELIHAT dua garis yang muncul pada alat ujian kehamilan itu buatkan mata Hazel membulat tidak percaya. Sehinggalah tengahari itu dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Doktor mengesahkan dia kini sudah berbadan dua. Kandungannya sudah melebihi lapan minggu.
Melihat pada sekeping gambar hitam itu menimbulkan perasaan terharu dan teruja. Gembira sehingga menitiskan air mata. Perasaan seorang ibu. Tidak menyangka bahawa rezeki untuk menimang cahaya mata secepat ini.
"Macam mana?" Suara Irene buatkan dia tersentak dari lamunannya. Gadis itu yang menemani dia untuk ke klinik hari ini.
Hazel tersenyum. Tidak memberikan sebarang jawapan tapi menghulurkan sekeping gambar padanya.
"Tahniah Hazel! Ya Allah aku akan jadi aunty lepas ni!" Ucap Irene seraya memeluk tubuh mak buyung itu.
"Terima kasih..."
Tangan dibawa ke perut yang masih kempis itu. Diusap dengan penuh kasih. Jujur, Hazel sungguh gembira. Gembira yang tak usah dikata.
"Kenapa suami kau tak temankan kau pergi klinik harini?"
Mulut Hazel terus terkunci. Teringatkan suaminya yang hampir seminggu berada di Itali, terhenti usapannya pada perut yang masih kempis itu. Dia pandang wajah Irene sesaat. Dia melangkah keluar dari klinik sebaik sahaja urusan selesai.
Kebisuan Hazel menjadi tanda tanya. Irene mengekor langkah Hazel dari belakang. Dia ada tersalah cakapkah? Niat cuma ingin bertanya tentang Theo saja.
"Peanut."
Baru saja dia ingin menapak masuk ke dalam kenderaan milik Irene, suara garau lain laju memintas perbuatannya. Panggilan yang sudah biasa didengar.
Mika Hyder
Mika menghampiri mereka berdua dengan senyum simpul. Dia mengerling ke arah Irene sekilas sebelum beralih kepada Hazel pula.
"Jom, peanut. Kan saya dah mesej nak bawa awak keluar makan harini." Ujar Mika.
Hazel hanya menjatuhkan kepala sekali sebelum mengikuti langkah Mika menuju ke kereta. Sempat dia mengucapkan selamat tinggal kepada Irene.
Mika membukakan pintu kereta buat isteri sahabatnya.
"Kenapa awak pergi klinik tadi?" Soal Mika hairan. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Hazel sejak wanita itu berumah tangga. Inipun kerana dia telah diberi arahan oleh Theo supaya menjaga gerak geri Hazel kemana saja dia pergi.
"Saya pregnant, Mika."
Mika terus menoleh ke sisi. Dia menyungging senyuman lebar pada wanita itu. Gembira dengan berita kehamilan Hazel.
"Saya tak salah dengar kan? You're pregnant?!"
Hazel mengangguk seraya membalas senyuman tersebut. Terhibur dengan sikap Mika yang terlalu teruja. Namun senyuman dibibir mulai pudar apabila teringatkan sesuatu.
"I miss my husband." Tanpa sedar, perkataan itu meluncur keluar di bibir. Sudah seminggu dia tidak mendengar khabar berita mengenai suaminya. Masa-masa ini mulalah syaitan menghasut diri. Namun tetap kuatkan hati bahawa Theo akan pulang dengan selamat.
"Peanut i have something to tell you." Ujar Mika dengan tegas.
Serta merta kepala ditolehkan kepada Mika. Jantung berdegup kencang. Lihat pada wajah Mika yang seperti sembunyikan sesuatu. Adakah mengenai Theo?
"Malam ni dia akan pulang, peanut. Awak jangan risau okay? Dia dah selamat menaiki kapal terbang tadi. Inipun saya ajak awak makan sebab nak beritahu pasal ni. Dia tak sempat beritahu awak sebab perlu uruskan hal lain sebelum dia balik."

YOU ARE READING
Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]
ActionKind of..stranger to lover? Lover to..