DIORA meletakkan busur panah yang digunakan untuk berlatih tadi di atas meja. Dia melabuhkan punggung di kerusi kayu yang terletak di belakang rumah. Rumah agam ini sudah menjadi rumah kedua buatnya. Avellino sentiasa mengalu-alukan kedatangannya.
Dan harini dia tiba. Diora mendapat berita bahawa Theo akan pulang kesini hari ini. Bertapa gembiranya dia setelah dua tahun lelaki itu menghilangkan diri. Dan sejak itu juga Diora setia menunggu. Dia tahu akan tiba masanya lelaki itu kembali.
Dan dia sudah kembali.
Dia menoleh ke tepi dan melihat seorang wanita berpakaian seragam pembantu rumah. Wanita itu menunduk ketakutan pada Diora sambil menatang sedulang air arak.
Diora menjeling ke arah pergelangan tangan milik wanita itu sekilas. Ada kesan torehan panjang. Diora malah tersenyum sinis. Siapa lagi kalau bukan dia yang menyebabkan wanita itu terluka sebegitu.
Diora mempunyai sikap panas baran. Jangan pernah mencari pasal dengannya kalau tidak mahu menempah maut. Satu saja kesalahan dibuat, akan ada hukuman yang bakal menghantui.
Buktinya lihat saja kesan torehan di pergelangan tangan pembantu rumah itu. Diora menggunakan pisau pengupas yang asalnya digunakan untuk memotong buah lalu menghiris pergelangan tangan itu perlahan-lahan. Dia marah. Dia marah kerana wanita itu tidak muncul ketika dia diperlukan. Diora tidak suka pada orang yang tidak menepati masa.
"È tornato?" (Is he back?) Soal Diora seraya memecahkan keheningan suasana.
Wanita itu tidak menjawab. Malah tubuhnya mengigil ketakutan. Diora mengerut kening. Tidak gemar jika ada orang yang menggantung soalan dia tidak bertali.
"Sei davvero così stupido da non saper rispondere alle mie domande? Ti ho già tagliato il polso vuoi che dopo ti tagli la lingua?" (Are you really that dumb that you can't answer my questions? I've already cut your wrist, do you want me to cut out your tongue next?) Ugut Diora tajam. Dia paling pantang Jika orang dibawahnya bereaksi seperti itu. Dianggap biadab.
"Mi... Mi dispiace." (I'm... I'm sorry.) Wanita itu menunduk kepala ketakutan. Kedua-dua tangan milik wanita itu dicengkam di bahagian sisi seragam yang dipakai.
"Si... Il signore è tornato. Ora si trova nella sua stanza."(Sig... Signor has returned. He is now in his room.) Jawab wanita itu. Jantung Linda berdetak kencang. Melihat wanita itu tidak membalas apa-apa, itu pertanda bahawa bakal ada bala yang akan muncul.
Air arak yang berada di atas meja itu diambil. Diora menghampiri Linda sebelum mencurahkan air tersebut di seluruh tubuh wanita itu. Gelas yang sudah kosong itu dibaling sehingga mengenai kaki Linda yang tidak berlapik.
"Diora."
Suara garau itu memecah suasana tegang diantara mereka. Diora berpaling ke belakang, ingin mengenal pasti punca suara itu. Dan seketika, dia tersenyum nipis. Melihat seorang lelaki yang kelihatan berusia sedang memandang ke arahnya.

YOU ARE READING
Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]
БоевикKind of..stranger to lover? Lover to..