PETANG itu dengan ceria Niel menempah pokok kaktus untuk diberikan pada Misha. Sampai saja, Niel membawa bunga itu keluar. Dia berjalan menghampiri pintu pagar rumah dua tingkat itu.
Cincin yang berada di dalam kotak baldu berwarna merah digenggam erat. Jantung berdegup kencang. Harini, dia bakal melamar gadis itu sebagai peneman hidup buat selama-lamanya.
Belum sempat dia memanggil, mata terlebih dahulu menangkap susuk tubuh Misha yang sedang berbual mesra bersama seorang lelaki di meja batu dihadapan pintu rumah. Niel mengerut kening hairan. Siapa tu? Perlahan-lahan Niel merapati mereka.
''Assalamualaikum Misha." Sapa Niel. Cuba berlagak mesra padahal hati sudah diselubungi rasa cemburu melihat mereka.
''Waalaikummusalam, eh bos. Bos buat apa datang sini?'' tanya Misha hairan.
''Saya nak hantar pokok ni pada awak. Haritu awak cakap yang awak nak saya hadiahkan pokok kaktus,'' kata Niel polos. Pokok kaktus yang ditanam di pasu kecil itu dihulurkan kepada Misha.
Misha mengambil sambil memandang lelaki di sebelahnya.
''Awak jaga elok-elok tau pokok ni. Kalau awak nak pokok lain, beritahu saja saya tau!''
Misha tersenyum kelat. Melihat saja senyuman itu, hati Niel terus berbunga-bunga. Akhirnya aku tak ditolak!
''Err... Ini siapa?'' tanya Niel. Jantung berdegup kencang.
Belum sempat gadis itu membalas pertanyaan tersebut, lelaki itu terlebih dahulu memintas.
''Aku tunang dia.''
Zap! Bagai dihiris pisau yang tajam. Luruh hati apabila mendengar jawapan dari lelaki itu.
Niel memandang ke arah gadis itu dengan penuh harapan. Namun Misha hanya diam. Terpaksa juga dia gagahkan senyum.
''Betul ke Misha?'' tanya Niel untuk mendapat kepastian.
Misha diam. Niel tersenyum kelat.
''Kalau macam tu, tahniah atas pertunangan korang berdua. By the way, kau jaga Misha baik-baik tau. Semoga sampai ke jinjang pelamin.'' Ucap Niel. Cuba menahan rasa sebak. Jadi ini sebab mengapa gadis itu selalu memilih untuk jauhkan diri darinya? Jadi ini sebab mengapa dia ditolak mentah-mentah.
'Come on Niel. Anak jantan tak menangis!'
Kotak cincin itu disorokkan ke belakang. Memandang ke arah mereka dengan senyum manis. Hatinya sakit. Terlalu sakit.
''Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Maaf menganggu.'' Niel mengundurkan diri. Dia meloloskan diri masuk ke dalam kereta. Kereta di bawa menuju ke rumah mummy nya. Entah bagaimana dia harus lakukan sekarang. Dalam tak sedar, air mata mengalir keluar.
Kereta dipandu laju. Air mata yang tak berhenti mengalir. Kata-kata dari lelaki tak guna itu masih terngiang-ngiang di kepala. Dimana hari ini sepatutnya menjadi hari bahagia buatnya kerana dia mahu melamar gadis itu secara serius kini berubah kepada hari yang dia perlu menahan rasa sakit kehilangan.
'Sampai hati awak rahsiakan perkara ni dari saya Misha..' Adu Niel seorang diri. Lagu di radio dihidupkan lantang.
Niel memasuki rumah agam bak istana itu. Mata meliar mencari Datin Nuranna. Melihat saja Datin Nuranna yang sedang memasak di bahagian dapur, laju dia berlari lalu memeluk wanita itu erat.
''Mummy.... Niel sayangkan dia. Niel tak sempat nak melamar dia lagi, dia dah ada orang yang dia sayang,'' kata Niel tersedu-sedu. Dia menyembamkan wajah di bahu wanita itu.

YOU ARE READING
Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]
ActionKind of..stranger to lover? Lover to..