SEMPORNA, SABAH"Hello, Semporna!" Jerit Irene sekuat hati diatas boat pelancongan yang dinaiki oleh mereka. Dia apalagi. Terus ambil telefon lalu dirakam dari mula naik boat sehingga tiba di jeti.
"Hazel, tengok tu!" Jerit Hazel dengan nada teruja. Jari telunjuknya dihalakan ke resort atas air yang semakin hampir.
"Irene duduk diam-diam. Aku pening kepala ni," cebik Hazel sambil memicit kepalanya. Dah agak dah. Memang akan mabuk laut. Berjam-jam Hazel berada di atas boat membuatkan dia pening.
Namun, Hazel turut terpesona melihat Blue Serenity Resort yang baru dibina di atas air itu. Tak tergambar bagaimana indahnya tempat itu. Sebuah resort yang berbentuk panjang, berada di atas laut yang membiru. Pasti akan jadi detik indah bila tiba matahari terbenam nanti.
"Okay semua, kita dah sampai. Hari ni kita berehat dulu. Esok kita akan teruskan perjalanan untuk tengok kawasan pelancongan dan kawasan larangan. Enjoy your days at Semporna." Ucap Asyraf, selaku pengurus resort di sini.
Para tetamu, termasuk Hazel hanya mengangguk kepala tanda faham. Lega rasanya apabila dia diberi kesempatan untuk berehat harini. Kemudian, masing-masing mula turun dari boat. Beg bagasi diserahkan kepada Nufail sebelum dia memberikan kepada pekerja-pekerja disini untuk dibawa ke bilik.
"Awak ikut Asyraf. Nanti dia akan tunjuk bilik awak," ujar Hazel.
"Yela, kau jaga diri baik-baik." Sekonyong-konyong Nufail berjalan mendapatkan Asyraf yang sudah menunggu di lobby utama.
Setelah mendapatkan kunci, Hazel dan Irene pergi ke bilik yang bertulisan 304. Buka saja pintu, mereka telah dikejutkan dengan permandangan laut biru disebalik pintu gelangsar itu.
"Aku nak tengok laut dulu!" Irene terus berlari menuju ke balkoni. Jatuh cinta apabila melihat permandangan balkoni, betul-betul ke arah terbenamnya matahari.
Hazel mendengus kecil. Dia terus membaringkan tubuh di atas katil bersaiz king yang dihiasi dengan kelopak mawar berwarna merah.
"Cantik sungguh tempat ni. Kalau akulah....aku rela duduk dekat sini sampai bila-bila. Tiap-tiap hari boleh tengok matahari terbenam" tutur Irene.
"Tengoklah siapa pemiliknya" Hazel senyum bangga.
Kemudian, Hazel bangun dari katil. Berjalan ke arah balkoni. Berdiri di sebelah Irene yang sedang leka mengambil gambar di setiap sudut.
Tatkala Hazel sedang merenung jauh ke arah lautan sana. Luas sungguh. Pertama kali Hazel datang ke sini, ketika dia sedang melawat beberapa lokasi untuk membuat keputusan dimana tempat yang sesuai untuk Blue Serenity Resort dibina. Pertama kali Hazel datang, dia sudah tahu. Ini adalah lokasi yang terbaik.
"Abah kau mesti banggakan sebab kau dah berjaya bawa nama syarikat ke tahap yang macam ni," kata Irene tiba-tiba bila dia melihat Hazel yang masih mengamati permandangan air laut.
"Aku harap...Ya. Lagipun, ini saja cara untuk untuk aku balas setiap jasa yang dia dah buat dekat aku," jawab Hazel sambil angguk kepala.
"Salah satu sebab kenapa aku pilih untuk bina resort di sini.. Sebab umi suka laut. Kau tahu tak? Umi dulu kalau bercuti aje, mesti pilih lokasi yang dekat dengan pantai. Kalau boleh, hari-hari dia pergi pantai semata-mata nak tengok matahari terbenam" gumam Hazel perlahan. Rasa kelakar pula bila teringat pergaduhan manja umi dengan abah semata-mata ingin mencari lokasi untuk percutian mereka. Akhirnya, abah kalah juga. Terpaksa menurut kehendak isterinya.
