"YAY, saya menang lagi!" Hazel bersorak ceria. Mika memandang ke arah buah caturnya yang sudah berada di tangan Hazel.
"Fine. Awak nak apa?" tanya Mika. Aduh, boleh pula dia kalah dengan perempuan. Tiga kali pulak tu!
"Saya lapar. Boleh awak sediakan makanan?" balas Hazel dengan mata yang bersinar. Sejak petang tadi dia tidak menjamah apa-apa. Perut sudahpun berkeroncong tanda mahu diisi.
"Wait. Theo tak bawa kau pergi makan ke?"
Hazel mengangguk.
Tiba-tiba pintu bilik terkuak dari luar. Terus mati senyumannya. Kelihatan Theo sedang melihat mereka dengan wajah yang garang.
"Hei amico!" Mika bersuara. Tangannya dilambaikan ke arah lelaki itu.
"Apa yang awak berdua buat?" Theo merenung mereka dengan tajam.
"Main catur," jelasnya kepada Theo. Tak mahu pula dia fikir bukan-bukan nanti.
"Kau berambus," arah Theo dengan jelingan maut.
"Fine but please bring her something to eat. Dari petang tadi dia tak makan apa-apa kau tahu?"
"Go."
Mika menjeling ke arah Theo sebelum dia membuka langkah menuju ke pintu bilik.
"Night peanut. Nanti ada masa kita main lagi tau!" Dan sepantas kilat, dia menghilang di balik pintu.
Mata Hazel membulat. Kenapa dalam banyak-banyak nickname, peanut juga yang dipanggilnya? Selamba saja Mika memanggil dengan nama itu.
Theo ambil tepat di depannya. Ekspresi wajahnya kini agak tenang. Tubuhnya disandarkan di kerusi sebelum dia memandang ke arah Hazel.
"Lapar?"
Hazel angguk. Tak payah nak control ayu. Memang lapar gila!
"Jom. Kita makan dulu," ajak Theo.
Hazel musykil. Risau juga kalau Theo menyediakan makanan yang dilarang untuknya. Dia lebih sanggup menahan lapar daripada mengabaikan hukum halal dan haram.
"Jangan risau. Saya order makanan dari restoran arab," celah Theo apabila dia melihat wajah ragu-ragu Hazel.
Bibirnya mengukir senyuman. Terharu juga dengan usaha kecilnya.
"Let's eat."
RUANG makan yang bertemakan warna gelap itu sunyi tanpa sebarang bunyi. Ada meja panjang di tengah-tengah ruangan itu yang boleh memuatkan sehingga 12 orang. Tapi hanya mereka berdua saja yang sedang menjamu selera.
Meskipun Hazel berasa lapar, rasa canggung tetap menguasai diri. Setelah apa yang terjadi, sukar untuk dia berlawan mata dengan Theo. Apatah lagi berbicara. Lelaki itu pula hanya diam saja dari tadi. Akhirnya dia memutuskan untuk diam saja.
"Esok kita akan ke lokasi terakhir awak dan kawan-kawan awak berjumpa."
Sudu dan garfu di tangan diletakkan ke tepi. Mendongak ke arah Theo dengan mata yang bersinar.
"Sekarang ni awak hanya perlu rehat." Tambah Theo lagi. Tanpa sedar, bibir Theo melakar senyum simpul sebaik saja melihat ke arah gadis itu yang tak ubah seperti kanak-kanak kecil yang gembira.
Teragak-agak Hazel mengangguk. Ikutkan hati, dia memang berat ingin bermalam disini. Berdua-duaan dengan ajnabi. Dia kurang selesa.
Tapi memikirkan perasaan lelaki itu, dia terpaksa ikutkan saja. Lagipun Theo bukan seagama dengannya. Mungkin lelaki itu tidak tahu.

YOU ARE READING
Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]
AcciónKind of..stranger to lover? Lover to..