58

333 18 0
                                    

"BILA Hazel nak sedar?" Soal Theo dengan nada yang sayu. Wajah pucat itu dipandang lama. Ingin saja dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

Dalam tak sedar, air mata mengalir keluar. Sudah hampir tiga minggu Hazel tidak sedarkan diri. Dan sejak itu, Theo tak pernah berputus asa. Malah ada saja perkara yang hendak dibual meskipun dia tahu bahawa dia tidak akan menerima balasan dari tubuh kaku itu.

"Sayang tak kesiankan saya ke? Dah hampir sebulan awak tinggalkan saya terkapai-kapai seorang diri. Hidup saya kucar-kacir, macam orang tak ada pendirian dalam hidup."

"Awak mesti marahkan saya kan? Saya terlalu sibuk dengan kerja sampai terlupa tentang awak." Kata Theo lagi.

"Svegliati piccola stellina...."(Wake up my little star.)

"Saya dah kehilangan mama, saya taknak kehilangan awak sayang. Bangunlah. Saya janji, lepas ni awak takkan rasa sakit lagi."

"Don't ever think to leave me. I'll burn this whole world down before I let you go." Air mata yang mengalir itu dibiarkan. Langsung tidak peduli dengan keadaan dirinya yang semakin tidak terurus. Dia jujur. Kehidupannya tanpa gadis itu sekarang seperti abu di atas tunggul.

Apa yang diinginkan sekarang hanya mahu gadis itu membuka mata. Dia mahu melihat senyuman gadis itu lagi. Dia mahu melindunginya. Dia mahu menjadi seseorang yang menjadi asbab buat gadis itu tertawa.

Irene dan Nufail berdiri dihadapan pintu wad. Hanya mendengar saja luahan dari lelaki itu. Irene menunduk menahan tangisan dari merembes keluar. Dia turut merindui sahabatnya itu.

Nufail menggenggam kemas tombol pintu yang tidak berkunci itu. Dia sangkakan, Theo sudahpun pulang ke rumah untuk berehat. Tujuan mereka datang ke sini adalah untuk melawat Hazel.

Bicara Theo sekaligus meruntunkan jiwa lelakinya. Nampaknya Hazel sudah berjaya menemui seorang lelaki yang tepat. Seorang lelaki yang setia menunggu dan menyayangi sahabatnya sepenuh hati.

Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku sekarang. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia mencari siapa angkara yang telah membuat gadis itu sebegini. Memikirkan Hazel yang sudah ada seseorang yang mampu menjaganya, dia tahu. Theo sendiri yang akan bertindak.

Pintu bilik wad itu dikuak perlahan. Menampakkan susuk Theo yang sedang menekup wajah.

"Assalamualaikum." Sapa Nufail.

"Waalaikumussalam." Jawab Theo. Sempat dia menyeka air mata yang masih mengalir.

"Hi Hazel. Aku datang lagi harini!" Sapa Irene ceria. Gadis itu melabuhkan punggung di tempat yang diduduki oleh Theo tadi setelah lelaki itu bangkit menuju ke sofa.

Theo hanya membiarkan saja gadis itu berbual dengan Hazel. Dia mengerling ke arah Nufail yang sudah mengambil tempat di hadapannya.

"Aku nak tanya kau sesuatu."

"Hm?"

"Kau ada upah orang jaga Hazel ke?"

"Hm. Tapi anak-anak buah aku tak ada harini. Jadi aku yang jaga."

Nufail memandang lelaki itu pelik.

"Dalam perjalanan aku kesini, Aku ada nampak seorang lelaki yang hendap kau dengan Hazel dari luar. Aku tak dapat kenal pasti siapa... kau kenal dia?"

Theo hanya diam tanpa kata. Mendengar saja apa yang diungkapkan oleh lelaki itu, dia sudah dapat mengagak siapa. Namun dia hanya membiarkan saja lelaki yang dianggap misteri itu memperhatikan setiap gerak-geri mereka.

Dia tahu. Lelaki itu tiada niat lain selain ingin menjaga Hazel. Dan dia juga tahu, suatu masa nanti, lelaki itu sendiri yang akan memunculkan diri. Dia hanya perlu tunggu dan menjadi pemerhati.

"Oh... Biarkan je dia."

Nufail mengerut kening. Tidak menyangka itu jawapan yang akan meluncur keluar dari mulut Theo.

"Aku nak tengok sejauh mana dia nak bersembunyi. Jadi biarkan dia. Lagipun dia takkan bahayakan Hazel. Aku tahu tu." Theo berkata dengan yakin.















HUNTER memandang ke arah tubuh kaku itu sepi. Kedua-dua tangan digenggam. Melihat saja seorang lelaki yang berada di samping Hazel. Seolah-olah sedang meluahkan sesuatu.

Dia kenal siapa.
Theo Gabriel D' Avellino. Seorang lelaki yang hampir memusnahkan seluruh empayar milik keluarganya dahulu. Dan dia sendiri pernah menyaksikan pertumpahan darah yang dilakukan oleh lelaki itu sendiri.

Hunter tidak menghalang mahupun melawan. Malah dia sendiri membiarkan Theo menghancurkan empayar milik keluarganya. Memang itu yang diinginkan selama ini. hancur sehancur-hancurnya.

Namun nasib berpihak pada datuknya. Satu letupan besar berjaya membuatkan Theo dan ahli kumpulannya berundur. Dan dengan itu, datuknya mengambil kesempatan untuk melarikan diri di Sepanyol.

Hunter mengetap bibir. Mencuba menahan air mata dari mengalir keluar. Sebagai salah seorang yang diamanahkan untuk menjaga Hazel, dia merasa gagal. Kerana dia. Gadis itu terpaksa bertarung nyawa seorang diri.

Ikutkan hati, mahu saja dia membawa Hazel pergi. Hunter mahu memulakan hidup baru bersama gadis itu. Dia mahu keluar dari neraka dunia ini dan bersama dengan orang yang paling bermakna dalam hidupnya.

Tapi apakah daya. Dia dihalang oleh sesuatu yang tak mungkin dilawan. Ya. Dia mampu. Kekuatan yang dia ada mungkin dapat memusnahkan Theo. Tapi bila memikirkan bagaimana perasaan Hazel nanti. Dia tak sanggup.

Hunter akui, dia bencikan takdir. Disebabkan takdir, hidupnya menjadi sebegini.

Sejak kecil lagi, Hunter dibesarkan oleh keluarga yang kejam. Dia juga menjadi saksi bagaimana orang tuanya dibunuh di depan mata. Dan dia juga pernah menjadi saksi bagaimana datuknya sendiri menghancurkan sebuah keluarga yang dahulu penuh dengan bahagia.

Kesan torehan pada lengan kiri hanya dibiarkan menjadi parut. Memang hal ini yang wajib dilakukan andai dia gagal melakukan sesuatu. Biarlah ini menjadi hukuman. Parut yang berbekas ini, tidak setanding dengan apa yang Hazel rasa.

"I can't protect you without holding a sword. I can't even embrace you while holding a sword." Bisik Hunter sepi. Kornea mata berwarna hazel itu tidak lepas dari merenung wajah gadis yang amat dia sayang.

Andai kata suatu hari nanti. Dia perlu mengorbankan diri semata-mata untuk Hazel, dia sanggup. Asalkan gadis itu bahagia.

Cukup dengan apa yang gadis itu hadapi. Hazel diuji dengan kematian orang tua dalam keadaan sadis. Gadis itu dibiarkan seorang diri. Bunga yang dulu selalu mekar itu semakin lama semakin layu. Dan itu sangat menyeksa jiwa Hunter. Apatah lagi, dia tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya menjadi pemerhati.

Dia tersepit.

Bunyi derapan kaki yang menghala ke bilik wad itu cepat Hunter menangkap. Topeng berwarna hitam yang digunakan untuk menutupi wajah itu dipakai. Dia menoleh ke kiri, melihat dua bayangan yang semakin menghampiri.

Sempat dia mengerling ke pintu wad itu sebelum bibir melakar senyum simpul.

"I have been made to protect you. Even in death, i will find a way."

Dengan langkah kaki yang laju, Hunter berdesup melarikan diri. Dia tidak mahu dicam oleh sesiapa.


















Hunter baik.

Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now